Najib Berhak Saman Malaysiakini Saya Sokong Namun Kalau Saya Takkan Buat Begitu Tun M


GOMBAK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  hari ini berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhak untuk menyaman laman portal Malaysiakini.

Bagaimanapun Tun Mahathir berkata beliau sendiri tidak akan mengambil tindakan undang-undang seperti diambil Najib meskipun ramai yang memfitnahnya.

Ini kerana beliau tidak mempunyai wang untuk menyaman orang.

“Dia punya rights . You cakap satu benda bagi orang sakit hati. The law is there. Saya, banyak orang kata saya macam-macam.

“Tetapi saya tidak pergi ke mahkamah sebab tidak ada duit hendak bayar lawyer. Akhirnya lawyer dapat duit,” katanya semasa satu sidang media selepas program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Tun Mahathir menambah beliau hanya mendapat RM70,000 apabila disaman oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Baru-baru ini, Anwar saman saya untuk RM100 juta. Saya lawan dia lima tahun, bayar lawyer. Lepas tu dia kalah. Saya dapat RM70,000.

“Saya hendak bayar lawyer pun tak cukup. Sepatutnya dia saman saya RM100 juta, bila dia kalah dia bayarlah saya RM100 juta. Ini baru lah adil. Ini tak adil, RM70,000 bagi. Semuanya pergi dekat lawyer, saya tiada apa-apa. Lima tahun seksa,” katanya.

Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Najib dan Ab Rauf menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Malaysiakini.com Steven Gan dan Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan yang bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?"

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.

Mereka mendakwa artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan "Yoursay" di laman web portal www.malaysiakini.com oleh defendan-defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.

Najib, yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak UMNO, mendakwa defendan-defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.

Najib mendakwa kata-kata fitnah itu menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden UMNO dan perdana menteri.

Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen-komen tersebut membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan UMNO tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.

Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka terjejas teruk apabila UMNO dikecam terutama di media sosial dan media massa.

Dakwa plaintif lagi, artikel berkenaan adalah komen-komen yang diberi tanpa sebarang asas dan hanyalah tuduhan melulu yang berniat jahat terhadap Umno, menyebabkan ketegangan antara rakyat dan Umno.

Turut dituntut adalah ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan-defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel tersebut, perintah bahawa defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan kos.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2014/06/najib-berhak-saman-malaysiakini-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dokumen Lengkap Writ Saman Penyataan Tuntutan Najibrazak Pada Malaysiakini Didedah

Dokumen Lengkap Writ Saman Penyataan Tuntutan Najibrazak Pada Malaysiakini Didedah

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 184 hits
SELAMA INI UMNO HANYA BERDIAM DIRI APABILA DI FITNAH BILA SINARIO INI BERUBAH MAKA BERMACAM MACAM ALASAN PULA PEMBANGKANG CIPTA JADI INI DIA ADMIN PM JELASKAN APA YANG PM KITA NAK SAMPAIKAN MELALUI DOKUMEN LENGKAP WRIT SAMAN DAN PENYATAAN T...
Kes Saman Src Najib Diberi Kebenaran Keluar Notis Pihak Ketiga Terhadap Bekas Pengarah Src

Kes Saman Src Najib Diberi Kebenaran Keluar Notis Pihak Ketiga Terhadap Bekas Pengarah Src

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengeluarkan notis kepada enam bekas pengarah SRC International Sdn Bhd agar dinamakan sebagai pihak ketiga dalam kes saman US 1 18 bili...
Najib Gagal Ketepikan Injunksi Mareva Bagi Kes Saman Src

Najib Gagal Ketepikan Injunksi Mareva Bagi Kes Saman Src

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 289 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya untuk menghalang beliau daripada memindahkan atau melupuskan mana mana asetnya berjumlah RM42 juta Keputusan itu dib...
Mou Wajibkan Semua Mp Sokong Anwar Belanjawan

Mou Wajibkan Semua Mp Sokong Anwar Belanjawan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 296 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 16 2022 5 06 PMPerjanjian persefahaman kerajaan perpaduan yang dimeterai petang ini mewajibkan semua ahli parlimen gabungan politik terlibat menyokong usul undi percaya kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana me...
Rasanya Dia Sokong Brazil Awek Balik Kampung Pemuda Bawa Arnab Lepak Mamak Layan Piala Dunia Sopan Sebab Diupah Jambu

Rasanya Dia Sokong Brazil Awek Balik Kampung Pemuda Bawa Arnab Lepak Mamak Layan Piala Dunia Sopan Sebab Diupah Jambu

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 361 hits
Teman wanita tak ada arnab kesayangan diajak teman tengok Piala Dunia 2022 Dalam video tular yang dikongsi di akaun TikTok zackzarif73 kelihatan haiwan itu sedang mengunyah dan mengusap muka di atas meja makan Restoran Hakim Jalan Kristal S...
Anwar Terpaksa Terima Hakikat Zahid Ketua Blok Terbesar Sokong Ph Mujahid

Anwar Terpaksa Terima Hakikat Zahid Ketua Blok Terbesar Sokong Ph Mujahid

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 275 hits
bharian com my Disember 3 2022 5 14pmDatuk Seri Dr Mujahid Yusof NSTP L MANIMARANIPOH Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mujahid Yusof melihat pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota Kabinet...
Anthony Loke Sokong Anwar Tanpa Syarat Dap Sedia Berkorban

Anthony Loke Sokong Anwar Tanpa Syarat Dap Sedia Berkorban

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 418 hits
BERNAMAKuala Lumpur Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini berkata satu satunya objektif DAP dalam menyertai Kabinet adalah untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan Kerajaan Perpaduan Beliau b...
Pengaruh Pendakwah Selebriti Pro Pas Tarik Pengundi Sokong Pn

Pengaruh Pendakwah Selebriti Pro Pas Tarik Pengundi Sokong Pn

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 251 hits
nbsp Kejayaan PAS buat julung julung kali memenangi 49 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke 15 mengejutkan banyak pihak khasnya pemerhati politik Prestasi terbaik PAS pada pilihan raya sebelum ini adalah pada PRU 10 pada 1999 Ketika r
Barisan Nasional Yakin Dapat Rampas Kembali Sabah Berdasarkan 45 Kerusi Yang Ditandingi Dalam Pilihan Raya Negeri Ke 17

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Kecik Kecik Tapi Bau Power

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Medical Card

Jbl Grip Baru Sahaja Tiba Direka Untuk Bergerak Dibina Untuk Bunyi Hebat

Bawang Goreng

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup

Sampah Di Birmingham Krisis Pengurusan Dan Solusi Yang Diperlukan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan