Najib Fail Petisyen Kepada Pbb Minta Dibebaskan



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) bagi meminta dibebaskan atau dibicarakan semula.
Ia susulan hasil pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu, sekali gus didakwa mempunyai kecacatan serius dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata anak guamnya memohon panel UNWGAD membabitkan lima pakar keadilan antarabangsa memutuskan bahawa penolakan rayuannya pada 23 Ogos lalu adalah tidak adil, melanggar hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan juga didakwa gagal memberi peluang munasabah dan masa yang mencukupi kepada pasukan pembelaan Najib untuk berhujah mengenai kesnya.
"Mahkamah itu tidak membenarkan pembelaan untuk berhujah dalam rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun. Pada dasarnya, Najib dihantar ke penjara tanpa diberi peluang membela diri di Mahkamah Persekutuan.
"Beberapa hari terakhir untuk rayuan pada Ogos lalu membawa kepada 'keadilan tergesa-gesa' apabila peguam baharu dilantik (Datuk Mohd Zaid Ibrahim) tidak diberikan masa yang jelas untuk membaca berpuluh ribu muka dokumen rayuan atau untuk melihat 94 alasan rayuan difailkan peguam sebelum ini.
"UNWGAD yang akan meneliti rayuan itu membabitkan lima hakim hak asasi manusia yang terkenal. Mereka tidak akan dipanggil untuk memutuskan sama ada Najib bersalah atau tidak tetapi untuk menentukan sama ada perbicaraannya adil.
"Jika tidak adil, Najib boleh meminta kerajaan membebaskannya atau memberi perbicaraan semula.
"Walaupun keputusan ini tidak menjejaskan secara langsung, ia amat memberi impak kerana Malaysia mempunyai ahli perundangan yang terkenal dan kini menjadi ahli kumpulan kerja terbabit," katanya pada sidang media pejabatnya di sini, hari ini.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Muhammad Shafee berkata, beberapa penyokong kuat UNWGAD termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada memberitahu kepada Universiti Cambridge bahawa pendapat kumpulan itu adalah penting dalam usaha mendapatkan kebebasan.
"Najib menyuarakan harapan dan keyakinan bahawa kerajaan sedia ada akan mengikut keputusan UNWGAD," katanya.
Ditanya tempoh maklum balas UNWGAD, Muhammad Shafee menjangka respon diterima dalam beberapa bulan ini.
"Saya pasti apabila UNWGAD terima petisyen itu, mereka akan terus proses. Prosedurnya mereka akan hantar semua dokumen berkaitan kepada Kerajaan Malaysia.
"Bukan tugas kita untuk berbuat demikian. Petisyen itu akan dihantar oleh UNWGAD kepada Kerajaan Malaysia menerusi proses diplomatik iaitu Wisma Putra," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/01/najib-fail-petisyen-kepada-pbb-minta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serba Dinamik Akan Fail Rayuan Atas Perintah Penggulungan

Serba Dinamik Akan Fail Rayuan Atas Perintah Penggulungan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 163 hits
LEMBAGA Pengarah Serba Dinamik Holdings Berhad hari ini memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penggulungan syarikat itu dan tiga anak syarikatnya nbsp Dalam satu kenyataan SDHB berkata ia juga memfailkan ra
Calon Psb Kemuka Petisyen Bantah Keputusan Pru15 Bagi Parlimen Lubok Antu

Calon Psb Kemuka Petisyen Bantah Keputusan Pru15 Bagi Parlimen Lubok Antu

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 163 hits
CALON Parti Sarawak Bersatu bagi Parlimen Lubok Antu Dr Johnichal Rayong Ngipa yang kalah tipis pada Pilihan Raya Umum ke 15 memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan itu Petisyen itu difailkan oleh firma guaman yang mewakili Dr Rayo
Resolusi Pbb Minta Nasihat Icj Senarai Akibat Penjajahan Israel Di Palestin

Resolusi Pbb Minta Nasihat Icj Senarai Akibat Penjajahan Israel Di Palestin

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 151 hits
PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada Jumaat menerima pakai resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberi khidmat nasihat dari segi undang undang mengenai akibat pendudukan Israel di wilayah Palestin lapor A...
Pbb Gesa Taliban Tarik Balik Sekatan Kejam Terhadap Wanita

Pbb Gesa Taliban Tarik Balik Sekatan Kejam Terhadap Wanita

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 137 hits
PBB gesa Taliban tarik balik sekatan kejam terhadap wanita Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Dec 2022 10
Dewan Keamanan Pbb Desak Taliban Batalkan Larangan Perempuan Kuliah Dan Bekerja

Dewan Keamanan Pbb Desak Taliban Batalkan Larangan Perempuan Kuliah Dan Bekerja

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 145 hits
Baru baru ini Taliban mengeluarkan kebijakan melarang perempuan kuliah dan bekerja di organisasi non pemerintah
Court Acquits Shahrir Samad Over Najib S Rm1m Cheque After Prosecution Drops Case

Court Acquits Shahrir Samad Over Najib S Rm1m Cheque After Prosecution Drops Case

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 285 hits
The High Court today acquitted Tan Sri Shahrir Ab Samad from a money laundering case over his alleged failure to include a RM1 million cheque from Datuk Seri Najib Razak in his income tax declaration after the prosecution decided to discont...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil