Najib Diarah Bela Diri Buktikan Tidak Bersalah



Angka 11 nampaknya tidak bertuah bagi bekas PM Najib Razak apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memutuskan beliau perlu membela diri atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dalam kes penyelewengan dana SRC International
Najib didakwa meluluskan jaminan kerajaan bagi SRC International mememperolehi pinjaman RM4 bilion dan Mahkamah Tinggi mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas beliau berhubung tuduhan salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian untuk jaminan pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP pada 2011.
“Disebabkan kedudukannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan negara ini, tertuduh berupaya menyebabkan aturan (operasi) SRC International…untuk menjadi penggerak bagi digunakan tertuduh untuk kepentingan peribadinya,” katanya dipetik TMI.
Nazlan mendapati pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie berkaitan satu kesalahan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tiga kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan tiga kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Alma).
Bukti juga menunjukkan Najib menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet pada 2011 dan 2012 untuk menggerakkan usul kelulusan pinjaman RM4 bilion daripada KWAP kepada SRC International. Daripada jumlah itu, RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di AmBank, jelas Nazlan lagi.
Nazlan menambah yang SRC International “bukanlah syarikat biasa” kerana Najib dinamakan sebagai penasihatnya.
Katanya, bukti juga menunjukkan wang sebanyak RM42 juta “diperolehi secara salah” kerana Najib mengeluarkan cek untuk jumlah tersebut.
Walaupun Najib mendakwa beliau “terkejut” apabila mendapati wang itu berada di dalam akaunnya, beliau tidak mengarahkan sesiapa membuat laporan polis atau menyaman bank kerana salah urus, kata hakim lagi.
Tambahnya, kesalahan salah guna kuasa berlaku apabila wang tersebut keluar daripada SRC International dan sebelum masuk ke dalam akaun Najib, kerana perdana menteri dipertanggungjawabkan menguruskan syarikat itu.
“Dalam penghakiman saya, pendakwaan membuktikan bukti berwibawa (terhadap pertuduhan menggunakan) jawatan untuk kepuasan diri, tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram. Sekiranya tidak berjaya dibantah, ia akan disabitkan bersalah.”
Najib memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi, selepas itu beliau akan disoal balas oleh pihak pendakwaan.
Tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 3 sehingga 19 Disember ini.
Turut hadir di kamar mahkamah hari ini ialah anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, Ketua Pembangkang Sabri Yaakob, bekas ahli Parlimen Jerai Khir Baharom dan berpuluh penyokongnya.
Najib yang bersuit kelabu dan bertali leher oren bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika penghakiman dikeluarkan, manakala penyokongnya berdiam diri.
Kes SRC International menyaksikan 57 saksi memberi keterangan selama 57 hari bermula daripada 3 April sehingga 27 Ogos. Pihak pendakwaan menyerahkan 750 bahan bukti termasuklah dokumen bank berkaitan akaun Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan log perbualan Blackberry Messenger mengenai transaksi dibuatnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25458

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Di Perintah Bela Diri Terhadap Semua 7 Pertuduhan Src

Najib Di Perintah Bela Diri Terhadap Semua 7 Pertuduhan Src

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengumumkan ke...
Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 449 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut diperintah untuk membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata be...
Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 433 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menol...
Bela Diri Peluang Najib Panggil Saksinya

Bela Diri Peluang Najib Panggil Saksinya

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 454 hits
KES SRC MUNGKIN BERLANJUTAN SEMENTARA ITU Lokman dakwa Dr M campur tangan kes Najib Penyokong kuat Najib Razak yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendakwa wujud campur tangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membabi...
Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 344 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Apa susah Najib ada bany...
Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 413 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi Najib perlu membela diri selepas piha...
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 572 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Bela Diri Bukti Najib Seorang Yang Berani Hishammuddin

Bela Diri Bukti Najib Seorang Yang Berani Hishammuddin

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 397 hits
Keputusan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memilih membela diri menerusi keterangan bersumpah membuktikan beliau seorang yang berani untuk berdepan dengan pertuduhan membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd Ahli Parl...
Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 363 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Naz...
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Family Of Seven Stranded At Lata Batu Hampar Falls Due To Water Surge

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Cik Pon Bakal Talak Satu