Najib Dan Pentaksubnya Tak Akan Mengaku Salah Terima Hakikat


Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno Najib Razak masih menafikan segala akibat dan kesan skandal 1MDB terhadap negara meski terbukti ‘terpempang’ di depan mata keruntuhan parti Melayu tersebut. – Foto Malaysiakini BM
oleh Shahbudin Husin
Sesuatu yang orang kata “buruk perangai” oleh Najib Razak ialah keengganannya mengaku sehingga sekarang mengenai sebab utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.
Di sebalik semua orang mengakui skandal 1MDB adalah punca terbesarnya, Najib masih bertegas mendakwa kekalahan UMNO dan BN adalah disebabkan penipuan, fitnah dan janji palsu oleh Pakatan Harapan.
Beliau juga mendakwa padang yang tidak sama rata yang menyebabkan kekalahan BN kepada Pakatan Harapan itu.
Lebih buruk lagi ialah pentaksub Najib sendiri yang turut tidak mahu mengakui hakikat yang sama, meskipun sudah hampir enam bergelar pembangkang.
Sebab itu, apabila Khairy Jamaluddin menyanggah kata-kata Najib itu dengan mengingatkannya bahawa punca kekalahan BN ialah kerana 1MDB dan bukan kerana penipuan, fitnah serta janji palsu, beliau sendiri dilabel meroyan dan datang bulan.
Realitinya, penyokong setia Najib masih terkepung dengan kemajalan dalam berpolitik, pendek akal dan buruk perangai yang sama seperti Najib sendiri yang enggan mengakui kesalahan serta kelemahan – dulu kini dan selamanya.
Jika pun mereka tidak setuju dan ingin menyanggah kenyataan KJ itu, ia sepatutnya dilawan dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan seperti meroyan atau datang bulan.
Serangan terhadap KJ itu hanya memperlihatkan sesetengah pemimpin UMNO masih tidak berubah, apalagi mampu berhujah dan nampaknya hanya mahu mengekalkan budaya lama ‘kenyataan bodoh’ yang sudah pun ditolak rakyat dalam pilihanraya lalu.
Dalam hal ini KJ terlihat berniat baik dan ingin melihat UMNO pulih serta mendapat semula sokongan rakyat.
Lagi pula, selain pendakwaan sedang berjalan dan proses perbicaraan akan berlangsung tidak lama lagi, di mahkamah Amerika Syarikat sendiri sudah ada yang mengakui terlibat dalam merancang penipuan berkaitan 1MDB itu.
Maka, di celah mana ia mahu dipertahankan lagi?
Dalam hal ini, UMNO bukan saja perlu memisahkan dirinya daripada Najib, malah jika terus membiarkan Najib menggunakan nama UMNO untuk membersihkan dirinya, parti itu tidak akan mampu bergerak ke depan dan memulihkan dirinya.
Selagi Najib terus bergayut dengan nama UMNO, malah enggan mengakui 1MDB sebagai punca kekalahan, malah syok sendiri mendakwa penipuan, fitnah, janji palsu dan padang yang tidak sama rata sebagai sebab-sebabnya, selagi itulah UMNO akan terus suram masa depannya.
Najib mesti belajar untuk mengakui silap dan salah sendiri. Tidak guna beliau terus mengatakan kekalahannya kerana fitnah, penipuan, janji palsu dan padang yang tidak sama rata ketika pilihanraya yang lalu.
Siapakah yang jadi memegang kuasa, yang menguasai jentera kerajaan, menguasai seluruh media dan mampu mengupah ribuan tentera maya dalam kempen PRU14 yang lepas?
Siapakah sebenarnya paling banyak mencipta fitnah, penipuan dan menabur janji palsu?
Jika BN yang menguasai kerajaan ketika itu, tetapi Najib tetap mahu mendakwa padang masih tidak sama rata, di mana logiknya Pakatan Harapan yang hanya pembangkang boleh dikatakan ada kelebihan?
Di sebalik Najib mengatakan bahawa beliau direndam 10 kali pun hatinya tetap UMNO, ia adalah pernyataan bahawa beliau akan terus bergayut atas nama UMNO dan menggunakan sesetengah pemimpinnya untuk terus membela dan melindunginya.
Bermakna, untuk tempoh yang lebih lama lagi UMNO akan terus memikul nama Najib, nama Rosmah dan nama 1MDB yang tidak lagi wangi dalam hari-hari muka yang akan dilaluinya.
Jika demikian, selain Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri ada 45 kes pendakwaan, bagaimanakah UMNO mampu memulihkan dirinya dan boleh diterima dengan baik oleh rakyat jelata?
KLIK BACA: Umno tak pernah kalah, kalah kerana menyeleweng kini dipandang jijik semua kaum di M’sia, kata Tun Mahathir
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil
DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1
KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid
KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…
KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Najib dan pentaksubnya tak akan mengaku salah terima hakikat appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190149/najib-dan-pentaksubnya-tak-akan-mengaku-salah-terima-hakikat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Rp 9 4 Triliun Di Rekening Pribadi Najib Mengaku Tak Tahu Dari Mana Asalnya

Terima Rp 9 4 Triliun Di Rekening Pribadi Najib Mengaku Tak Tahu Dari Mana Asalnya

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 257 hits
Sebelumnya Najib Razak mengaku bahwa uang sebesar RM 2 6 miliar yang disetor ke rekening pribadinya merupakan sumbangan dari Kerajaan Arab Saudi
Musa Mengaku Tidak Salah 35 Pertuduhan Terima Rasuah Rm263 Juta

Musa Mengaku Tidak Salah 35 Pertuduhan Terima Rasuah Rm263 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 375 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 05 November 2018 5 33 PM KUALA LUMPUR Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar t
Zamani Mengaku Malu Terima Pemilihan Ke Final Gv5 Dipersoalkan

Zamani Mengaku Malu Terima Pemilihan Ke Final Gv5 Dipersoalkan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 621 hits
PENYANYI Zamani memberitahu dia hampir berputus asa dan berasa malu apabila persembahannya menerusi lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima bermasalah Zamani memberitahu dia ...
Dah Salah Tak Nak Mengaku Bayar Je La Rm 200 000 Tu

Dah Salah Tak Nak Mengaku Bayar Je La Rm 200 000 Tu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 410 hits
Rayuan Razman ditolak ganti rugi RM200 000 Nizar dikekal N Faizal Ghazali Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria gagal dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan Mahkamah Sesyen Ipoh yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM200 000 kepa...
Suami Isteri Mengaku Salah Tuduhan Curi Bekalan Air Terawat

Suami Isteri Mengaku Salah Tuduhan Curi Bekalan Air Terawat

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 324 hits
KUANTAN Sepasang suami isteri tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dituduh mencuri bekalan air terawat bernilai RM5 015 44 pada Mac hingga Mei lalu Pasangan berusia 53 tahun berkenaan Raja Gopal Muni Samy bersama ...
Pm Mahathir Mengaku Selamatkan Malaysia Dari Hancur Ditangan Najib

Pm Mahathir Mengaku Selamatkan Malaysia Dari Hancur Ditangan Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 388 hits
Kerajaan Pakatan Harapan memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan dua tumpuan utama diberikan melibatkan pemulihan jentera pentadbiran yang dirosakkan dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar kata Perdana Me...
Rosmah Mengaku Tak Salah Bebas Dengan Jaminan Rm1 Juta

Rosmah Mengaku Tak Salah Bebas Dengan Jaminan Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 268 hits
Diterbitkan 15 Nov 2018 3 41 petangIsteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1 5 juta berhubung proje...
Najib Belajarlah Mengakui Salah Sendiri

Najib Belajarlah Mengakui Salah Sendiri

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 300 hits
Sesuatu yang orang kata buruk perangai oleh Najib Razak ialah keengganannya mengaku sehingga sekarang mengenai sebab utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu Di sebalik semua orang mengakui skandal 1MDB adalah punca ter...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game