Najib Belajarlah Mengakui Salah Sendiri




Sesuatu yang orang kata "buruk perangai"  oleh  Najib Razak ialah keengganannya mengaku sehingga sekarang mengenai sebab utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.


Di sebalik semua orang mengakui skandal 1MDB adalah punca terbesarnya, Najib masih bertegas mendakwa kekalahan UMNO dan BN adalah  disebabkan penipuan, fitnah dan janji palsu oleh Pakatan Harapan.


Beliau juga mendakwa padang yang tidak sama rata yang menyebabkan kekalahan BN kepada Pakatan Harapan itu.


Lebih buruk lagi ialah pentaksub Najib sendiri yang turut tidak mahu mengakui hakikat yang sama, meskipun sudah hampir enam bergelar pembangkang.


Sebab itu, apabila Khairy Jamaluddin menyanggah kata-kata Najib itu dengan mengingatkannya bahawa punca kekalahan BN ialah kerana 1MDB dan bukan kerana penipuan, fitnah serta janji palsu, beliau sendiri dilabel meroyan dan datang bulan.


Realitinya, penyokong setia Najib masih terkepung dengan kemajalan dalam berpolitik, pendek akal dan buruk perangai yang sama seperti Najib sendiri yang enggan mengakui kesalahan serta kelemahan - dulu kini dan selamanya.


Jika pun mereka tidak setuju dan ingin menyanggah kenyataan KJ itu, ia sepatutnya dilawan dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan seperti meroyan atau datang bulan.


Serangan terhadap KJ itu hanya memperlihatkan sesetengah pemimpin UMNO masih tidak berubah, apalagi mampu berhujah dan nampaknya hanya mahu mengekalkan budaya lama yang sudah pun ditolak rakyat dalam pilihanraya lalu.


Dalam hal ini KJ terlihat berniat baik dan ingin melihat UMNO pulih serta mendapat semula sokongan rakyat.


Lagi pula, selain pendakwaan sedang berjalan dan proses perbicaraan akan berlangsung tidak lama lagi, di Amerika Syarikat sendiri sudah ada yang mengakui terlibat dalam merancang penipuan berkaitan 1MDB itu.


Maka, di celah mana ia mahu dipertahankan lagi?


Dalam hal ini, UMNO bukan saja perlu memisahkan dirinya daripada Najib, malah jika terus membiarkan Najib menggunakan nama UMNO untuk membersihkan dirinya, parti itu tidak akan mampu bergerak ke depan dan memulihkan dirinya.


Selagi Najib terus bergayut dengan nama UMNO, malah enggan mengakui 1MDB sebagai punca kekalahan, malah syok sendiri mendakwa penipuan, fitnah, janji palsu dan padang yang tidak sama rata sebagai sebab-sebabnya, selagi itulah UMNO akan terus suram masa depannya.


Najib mesti belajar untuk mengakui silap dan salah sendiri. Tidak guna beliau terus mengatakan kekalahannya kerana fitnah, penipuan, janji palsu dan padang yang tidak sama rata ketika pilihanraya yang lalu.


Siapakah yang jadi memegang kuasa, yang menguasai jentera kerajaan, menguasai seluruh media dan mampu mengupah ribuan tentera maya dalam kempen PRU14 yang lepas?


Siapakah sebenarnya paling banyak mencipta fitnah, penipuan dan menabur janji palsu?


Jika BN yang menguasai kerajaan  ketika itu, tetapi Najib tetap mahu mendakwa padang masih tidak sama rata, di mana logiknya Pakatan Harapan yang hanya pembangkang boleh dikatakan ada kelebihan?


Di sebalik Najib mengatakan bahawa beliau direndam 10 kali pun hatinya tetap UMNO, ia adalah pernyataan bahawa beliau akan terus bergayut atas nama UMNO dan menggunakan sesetengah pemimpinnya untuk terus membela dan melindunginya.


Bermakna, untuk tempoh yang lebih lama lagi UMNO akan terus memikul nama  Najib, nama Rosmah dan nama 1MDB yang tidak lagi wangi dalam hari-hari muka yang akan dilaluinya.


Jika demikian, selain Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri ada 45 kes pendakwaan, bagaimanakah UMNO mampu memulihkan dirinya dan boleh diterima dengan baik oleh rakyat jelata? (ShahbudinHusin 04/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/najib-belajarlah-mengakui-salah-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dan Pentaksubnya Tak Akan Mengaku Salah Terima Hakikat

Najib Dan Pentaksubnya Tak Akan Mengaku Salah Terima Hakikat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 384 hits
Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno Najib Razak masih menafikan segala akibat dan kesan skandal 1MDB terhadap negara meski terbukti terpempang di depan mata keruntuhan parti Melayu tersebut Foto Malaysiakini BM oleh Shahbudin Husin Sesu...
Nak Dengar Dr Zaharuddin Atau Masih Nak Percaya Najib Nilai Sendiri Apa Kata Pakar Kewangan Islam Ni

Nak Dengar Dr Zaharuddin Atau Masih Nak Percaya Najib Nilai Sendiri Apa Kata Pakar Kewangan Islam Ni

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 376 hits
Pakar kewangan Islam Dr Zaharuddin Abdul Rahman memuji peruntukan terhadap hal ehwal agama Islam yang meningkat dalam belanjawan 2019 Beliau membangkitkan peningkatan peruntukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kepada RM 1 2 bilion ...
Guan Eng Jangan Tipu Rakyat Untuk Puji Diri Sendiri Najib

Guan Eng Jangan Tipu Rakyat Untuk Puji Diri Sendiri Najib

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 395 hits
Datuk Seri Najib Razak menempelak tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dikatakan menipu rakyat semata mata untuk memuji diri sendiri berkenaan situasi kewangan negara Najib menjelaskan corak hasil dan perbelanjaan kerajaan Pusat tida...
Najib Irwan Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih Rm6 6b

Najib Irwan Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih Rm6 6b

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas enam pertuduhan pecah amanah milik wang Ker...
Video Ph Perlu Akui Kelemahan Dan Kegagalan Sendiri Bukan Salahkan Saya Dan Bn Najib

Video Ph Perlu Akui Kelemahan Dan Kegagalan Sendiri Bukan Salahkan Saya Dan Bn Najib

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 371 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan berhenti daripada terus mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu sebaliknya memberi fokus untuk menyelamatkan ekonomi negara Najib berkata demikian menerusi video yan...
Batal Ecrl Tak Maksud Dapat Balik Rm10b Kata Najib

Batal Ecrl Tak Maksud Dapat Balik Rm10b Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 441 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata membatalkan projek Landasan Keretapi Pantai Timur tidak bermaksud kerajaan akan dapat mengembalikan RM10 02 bilion daripada projek itu Malahan sebaliknya kerajaan akan diminta oleh Export...
Najib Siasat Juga Ipic Isu As 3 5b

Najib Siasat Juga Ipic Isu As 3 5b

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 258 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menggesa agar syarikat International Petroleum Investment Co turut disiasat berhubung dana kerajaan berjumlah AS 3 5 bilion yang hilang Gesaan itu dibuat ketika beliau sendiri dijangka berd...
Najib Ramai Menteri Tak Dapat Tidur Malam Agaknya

Najib Ramai Menteri Tak Dapat Tidur Malam Agaknya

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 525 hits
MALAYSIAKINI PARLIMEN Lain kali saya tulis di FB sudah kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sejurus selepas beliau menyampaikan ucapan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat hari ini Terdahulu Najib berucap semasa membahaskan us...
Najib Irwan Dipanggil Hadir Di Sprm Esok

Najib Irwan Dipanggil Hadir Di Sprm Esok

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 333 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah dipanggil hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia esok kata sumber Sumber yang rapat dengan penyiasata...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu