Najib Cadangan Kerjasama Dengan Anwar Dengan Syarat Tak Libatkan Dap


malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 11:02 pm

Bekas perdana menteri Najib Razak mengakui bahawa dia ada mengemukakan cadangan untuk Umno mempertimbangkan kerjasama dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, Najib menegaskan bahawa cadangannya itu adalah dengan syarat DAP tidak terlibat.

Cadangan itu dikemuka dalam pertemuan anggota parlimen BN hari ini, berikutan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional untuk mendapatkan pengisytiharan darurat.

Dalam catatan di Facebook malam ini, Najib mengatakan bahawa cadangan pertamanya adalah untuk Umno mendesak satu tarikh yang tetap untuk pilihan raya umum pada masa hadapan selepas Covid-19 terkawal.

Jelasnya, pembubaran parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih semula adalah pilihan terbaik menstabilkan negara memandangkan majoriti yang tipis kerajaan PN .

"Cadangan kedua saya ialah jika cadangan pertama ditolak PN maka Umno perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika Umno masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah.

"Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini," katanya.

Najib menyorot bahawa Umno dan BN boleh bekerjasama dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada Februari lalu walaupun ketika itu mereka merupakan seteru Umno.

"Kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?" katanya.

Antara syarat yang sibeutkan Najib termasuklah membuka jalan untuk Umno mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi, memandangkan ketika ini Bersatu memonopoli jawatan perdana menteri, menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti Umno, PAS atau mana-mana parti lain.

Meskipun tidak menyebutkan nama, "menteri kanan paling kanan" yang dimaksudkan dipercayai merujuk kepada Azmin yang merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Jelas Najib, dengan Umno memainkan peranan dalam kewangan dan ekonomi, mereka boleh membantu merancang pelan rangsangan ekonomi yang lebih berkesan, dan mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera.

Sabah dilanda wabak Covid-19 dengan 7,488 kes aktif sehingga hari ini.

Najib juga mengatakan dia masih terbuka untuk terus mendukung PN dengan syarat tertentu, sehingga Umno dan BN diberi peranan yang lebih besar dalam urusan ekonomi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/najib-cadangan-kerjasama-dengan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Ds Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah

Cadangan Ds Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 449 hits
Sebaik sahaja tamat perjumpaan Ahli Parlimen UMNO tular di media sosial kononnya DS Najib telah cuba mengkhianati UMNO demi untuk kepentingan diri beliau sendiri dengan cuba mendesak Ahli Parlimen UMNO supaya memberikan sokongan kepada Anwa...
Kenapakah Najib Cadang Yes Anwar No Dap

Kenapakah Najib Cadang Yes Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 305 hits
SELEPAS Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menolak cadangan pengisytiharan darurat yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin drama krisis politik negara yang berpanjangan sejak sebul...
Najib Umno Has No Problem Striking Deal With Anwar But Dap Stays Out Of Picture

Najib Umno Has No Problem Striking Deal With Anwar But Dap Stays Out Of Picture

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 330 hits
Datuk Seri Najib Razak said if the party could enter into a cooperation with Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Azmin Ali why couldn t it do so with Anwar Bernama picKUALA LUMPUR There should be no issue for Umno to enter into a condit...
Dap Letak Syarat Pada Najib Dan Umno Untuk Bekerjasama

Dap Letak Syarat Pada Najib Dan Umno Untuk Bekerjasama

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 284 hits
Apa syaratnya GoogleLim kit siang buat lupa bahawa Lim Guan eng juga perlu mengaku terlibat dalam skandal terowong Kerjasama DAP dan UMNO di bawah Anwar bukankah suatu yang mustahil kerana kepentingan diri mengatasi prinsip Idea Tun Kerajaa...
Najib Admits Suggesting Umno Backs Anwar Provided Dap Not In Picture

Najib Admits Suggesting Umno Backs Anwar Provided Dap Not In Picture

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 523 hits
Anwar has agreed to give Najib and Zahid get out of jail free cards for their support Datuk Seri Najib Razak has confirmed today he suggested to Umno leaders to work with PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim if they are dissatisfied with ...
Benarkah Najib Jadi Kunci Kemaraan Anwar Dap

Benarkah Najib Jadi Kunci Kemaraan Anwar Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 288 hits
TANDA TANYA apa langkah yang akan dilakukan Barisan Nasional dalam situasi politik semasa pasti menjadi antara topik utama perbualan rakyat di alam nyata mahupun netizen di dunia maya Bilangan 41 kerusi milik BN jangan sesekali dinafikan ke...
Najib Support For Anwar Only If It Doesn T Involve Dap

Najib Support For Anwar Only If It Doesn T Involve Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 294 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak admitted that he floated the idea that Umno should consider cooperation with PKR president Anwar Ibrahim However he stressed that this is on condition that DAP is not involved The proposal was made at...
Kerjasama Dengan Pkr Bukan Satu Satunya Cadangan Saya Najib

Kerjasama Dengan Pkr Bukan Satu Satunya Cadangan Saya Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 325 hits
By 27 October 2020Datuk Seri Najib Tun RazakKUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kerjasama bersyarat dengan PKR tanpa DAP bukanlah satu satunya cadangan yang diutarakannya semasa mesyuarat bersama ahli ahli ...
Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 259 hits
October 18 2020 Anwar Ibrahim Dr Mahathir Mohamad dan DAP muncul dalam cakap cakap terbaru mengenai perubahan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Pemimpin veteran Umno Nazri Aziz menolak khabar angin bahawa Umno akan bekerjasam...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook