Benarkah Najib Jadi Kunci Kemaraan Anwar Dap



TANDA TANYA apa langkah yang akan dilakukan Barisan Nasional (BN) dalam situasi politik semasa pasti menjadi antara topik utama perbualan rakyat di alam nyata mahupun netizen di dunia maya

Bilangan 41 kerusi milik BN jangan sesekali dinafikan kekuatannya boleh menentukan jatuh atau kekalnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Perjumpaan Ahli Parlimen BN yang berlangsung pada petang Isnin seolah-olah tidak membawa mesej jelas dan sehingga kini tiada sebarang keputusan muktamad yang diperolehi mereka

Dilaporkan, bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, mesyuarat itu medan untuk mereka yang hadir memberikan pandangan selain tiada keputusan dicapai sama ada Muhyiddin perlu membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dapat diadakan dalam tempoh terdekat

Bagaimanapun, beberapa sumber yang menghubungi penulis dan berada di dalam mesyuarat itu memberitahu, rata-rata tergamam apabila Najib membuat permintaan untuk BN mula bekerjasama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dikatakan juga, Najib memberikan alasan keseimbangan jawatan yang tidak begitu jelas diperincikan kepada kalangan Ahli Parlimen BN sendiri

Difahamkan juga, cadangan Najib itu dikatakan tidak masuk akal dan jika benar-benar berlaku, ia sekali gus membuka pintu seluasnya untuk UMNO bekerjasama dengan Anwar dan menerima DAP sebagai kerajaan

Beza Ideologi
Tentu cadangan itu menerima pelbagai tanda tanya dan pasti BN terutama UMNO tidak mahu bekerjasama dengan DAP yang berbeza jauh dari segi ideologi, perjuangan, matlamat serta hala tuju masing-masing dalam politik dan kepentingan kepada rakyat

Ia pasti menjadi titik mula kecelaruan dan menambah sejarah percakaran dua parti yang diibarat tidak boleh bersama sejak berzaman seperti pepatah anjing dengan kucing

Cadangan Najib itu juga menjadikan mesyuarat 'tergendala' seketika. Bagaimana tidak, ia benar-benar di luar logik akal yang dikeluarkan sendiri daripada seorang bekas pemimpin nombor satu parti Melayu paling lama di negara ini


Dalam pada itu, sumber memberitahu, wajah tenang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepanjang lebih tiga jam mesyuarat itu jelas terpancar kerana jelas daripada kenyataan Presiden UMNO itu sebelum ini yang sudah menoktahkan sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP

Keputusan Ahmad Zahid itu juga sudah dimeterai dari kata sepakat yang diperoleh atas sebulat suara Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini

Walaupun rakyat tahu, Ahmad Zahid sendiri berhadapan dengan pelbagai kes mahkamah, beliau dilihat lebih mementingkan keputusan serta pandangan semua pihak sebelum membuat apa juga keputusan yang boleh mempengaruhi atau mencetus persepsi masyarakat serta ahli UMNO sendiri

Beberapa cadangan untuk memperkukuh parti ditimbulkan sepanjang mesyuarat berlangsung, ada juga yang memanaskan situasi termasuk pandangan Najib itu, namun Ahmad Zahid tetap tenang mendengar setiap patah kata-kata yang keluar daripada Najib kerana sebagai nakhoda, paling penting pada saat ini adalah merealisasikan hasrat melihat masa depan BN dan UMNO menyinar di hati rakyat seperti yang pernah dikecapi parti itu satu masa dahulu

Pada saat pandemik COVID-19 masih di tahap menakutkan, angka yang tinggi setiap hari serta trauma rakyat untuk bebas ke sana ke sini, sebarang keputusan yang akan diambil UMNO selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa sekarang pasti akan mencetuskan perubahan
Pasti, dalam situasi sekarang, drama politik sebenarnya belum lagi berakhir dan apa sahaja langkah yang akan dilakukan Muhyiddin - sama ada meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat akan didorong oleh keputusan yang diambil BN dan UMNO selepas ini. Itu faktanya

Namun, harapan rakyat tetap perlu diutamakan, walau apa hasilnya kelak perlu sejajar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang mahu negara diselamatkan dari kesan-kesan akibat COVID-19 yang bukan sahaja mencetuskan krisis politik malah kemelut ekonomi dan isu sosial tempatan.

Wan Syamsul Amly
wartawan di Astro AWANI
MR :  Najib nak lepas diri... demi survival politik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/benarkah-najib-jadi-kunci-kemaraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapakah Najib Cadang Yes Anwar No Dap

Kenapakah Najib Cadang Yes Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 286 hits
SELEPAS Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menolak cadangan pengisytiharan darurat yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin drama krisis politik negara yang berpanjangan sejak sebul...
Najib Support For Anwar Only If It Doesn T Involve Dap

Najib Support For Anwar Only If It Doesn T Involve Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 273 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak admitted that he floated the idea that Umno should consider cooperation with PKR president Anwar Ibrahim However he stressed that this is on condition that DAP is not involved The proposal was made at...
Najib Admits Suggesting Umno Backs Anwar Provided Dap Not In Picture

Najib Admits Suggesting Umno Backs Anwar Provided Dap Not In Picture

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 480 hits
Anwar has agreed to give Najib and Zahid get out of jail free cards for their support Datuk Seri Najib Razak has confirmed today he suggested to Umno leaders to work with PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim if they are dissatisfied with ...
Najib Cadangan Kerjasama Dengan Anwar Dengan Syarat Tak Libatkan Dap

Najib Cadangan Kerjasama Dengan Anwar Dengan Syarat Tak Libatkan Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 312 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 11 02 pmBekas perdana menteri Najib Razak mengakui bahawa dia ada mengemukakan cadangan untuk Umno mempertimbangkan kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim Bagaimanapun Najib menegaskan bahawa cadang...
Najib Umno Has No Problem Striking Deal With Anwar But Dap Stays Out Of Picture

Najib Umno Has No Problem Striking Deal With Anwar But Dap Stays Out Of Picture

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 317 hits
Datuk Seri Najib Razak said if the party could enter into a cooperation with Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Azmin Ali why couldn t it do so with Anwar Bernama picKUALA LUMPUR There should be no issue for Umno to enter into a condit...
Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam Kata Dap

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam Kata Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini menuduh mana mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak berprinsip serta kemaruk kuasa Ahli Parlimen D...
Najib Sokong Anwar Ini Jawapannya

Najib Sokong Anwar Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 344 hits
Oleh Najib Razak Ada media portal yang laporkan seolah olah saya mendesak semua ahli parlimen UMNO untuk sokong Anwar jadi PM Ini kurang tepat Mesyuarat hari ini adalah untuk semua ahli parlimen membincang halatuju parti dalam krisis Covid ...
Mp Pkr Gesa Anwar Tolak Sokongan Najib

Mp Pkr Gesa Anwar Tolak Sokongan Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 329 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen Pasir Gudang PKR Hassan Karim menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menolak sokongan bekas perdana menteri Najib Razak Sementara seorang bekas pemimpin PKR juga mempersoalkan tawaran yang dibuat kepada Najib un...
Najib Cadang Ahli Parlimen Barisan Nasional Beri Sokongan Kepada Anwar Ibrahim

Najib Cadang Ahli Parlimen Barisan Nasional Beri Sokongan Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Pertemuan ahli hali parlimen BN petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Cadangan itu dibuat Najib dengan alas...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation