Najib Bebas Melilau Rata Apa Yang Tun M Tak Tahu Sebenarnya



PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta memahami terlebih dahulu Kanun Prosedur Jenayah sebelum membuat komen berhubung isu layanan berbeza pelaksanaan undang-undang antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, dalam tulisan The Rule of Law semalam, bekas Perdana Menteri itu mempersoal mengapa Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Beliau berkata, Dr. Mahathir sepatutnya tahu bahawa Najib tidak menjalani hukuman itu bukanlah semata-mata kerana beliau telah membuat rayuan.
Jelas beliau, Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah menyebut, ‘Penggantungan Pelaksanaan Sementara Menantikan Rayuan’ yang berbunyi:
“… mahkamah bawahan atau hakim boleh menangguhkan pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menantikan rayuan dengan syarat-syarat mengenai jaminan membayar wang atau melaksanakan atau tidak apa-apa perbuatan atau pengenaan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah bawahan atau hakim itu.”
“Berdasarkan kepada asas-asas yang diberikan di dalam permohonan peguam Najib inilah maka Hakim Datuk Mohd. Nazlan memberikan Penggantungan Pelaksanaan kepada beliau pada 28 Julai 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam tulisan itu, Dr. Mahathir mendakwa, apabila seseorang didapati bersalah, beliau bersalah sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan beliau tidak bersalah, tetapi Mahkamah Rayuan belum memutuskan bahawa Najib tidak bersalah.
Oleh itu, kata Dr. Mahathir, Najib bersalah dan perlu menjalani hukuman, tetapi Najib dilayan seperti orang tidak bersalah, tidak membayar denda atau dipenjara.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu kemudiann mempersoal atas asas apa keistimewaan itu diberikan kepada Najib bila ia tidak diberikan kepada Anwar atau mana-mana pesalah lain dan ia sangat jelas peraturan undang-undang tidak dikenakan sama rata antara mereka.
Kamarul Zaman berkata, situasi sama turut berlaku ke atas Anwar apabila dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.
Katanya, peguam Anwar juga memohon supaya beliau diberikan Penggantungan Pelaksanaan dan diterima oleh hakim.
“Maka Anwar juga boleh terus bebas walaupun setelah dijatuhkan hukuman dan hanya menjalani hukuman setelah hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.
“Oleh itu, apa yang berbeza di dalam layanan terhadap Anwar dan Najibnya? Malah, bukan setakat mereka berdua, ramai lagi telah diberikan Penggantungan Pelaksanaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/najib-bebas-melilau-rata-apa-yang-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Berbuih Mulut Tuduh Saya Tapi Saya Bayar Cukai Sindir Tun M

Najib Berbuih Mulut Tuduh Saya Tapi Saya Bayar Cukai Sindir Tun M

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 160 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Seri Najib Razak yang mengeluarkan bermacam macam bukti berkenaan pajakan tanah di Langkawi untuk disamakan dengan permohonan hartanah RM100 jutanya Nampaknya ada orang yang berbuih mulut tuduh saya d...
Layanan Berbeza Terhadap Datuk Seri Anwar Dan Datuk Seri Najib Tun Dr Mahathir Naif Undang Undang

Layanan Berbeza Terhadap Datuk Seri Anwar Dan Datuk Seri Najib Tun Dr Mahathir Naif Undang Undang

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 226 hits
Kamarul Yusoff Dalam tulisan beliau bertajuk The Rule of Law semalam mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hu...
Apa Punya Tak Dak Akal Yang Sokong Bagi Tanah Pada Najib Dab Tu Nak Bagi Gelaran Tun Pulak Bukan Nak Kena 12 Tahun Kah

Apa Punya Tak Dak Akal Yang Sokong Bagi Tanah Pada Najib Dab Tu Nak Bagi Gelaran Tun Pulak Bukan Nak Kena 12 Tahun Kah

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 286 hits
Panas Portal dedah bukan hanya tanah RM100 juta Ismail Sabri juga hantar nama Najib diberi gelaran TunNovember 20 2021 Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan malah Datuk S...
Selain Tanah Rm100 Juta Pm Juga Hantar Nama Najib Diberi Gelaran Tun

Selain Tanah Rm100 Juta Pm Juga Hantar Nama Najib Diberi Gelaran Tun

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 207 hits
Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri itu untuk diberi gelaran Tun Sumber Agenda Daily bol...
Kita Lupakan Sajalah Insiden Ini Najib Terima Permohonan Maaf Kumpulan Puteh

Kita Lupakan Sajalah Insiden Ini Najib Terima Permohonan Maaf Kumpulan Puteh

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 169 hits
Oleh NAJIB Tun Razak ditemui Kumpulan Puteh dengan bantuan Shahrol Shiro di Melaka malam tadi Tangkap layar video di FB Najib WALAUPUN ramai mengecam lawak Kumpulan Puteh yang melakukan parodi Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Ser...
Terengganu Sultan Ordered Halt To Rm5bil 1mdb Bond Issuance But Najib Asked To Proceed As Planned

Terengganu Sultan Ordered Halt To Rm5bil 1mdb Bond Issuance But Najib Asked To Proceed As Planned

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 164 hits
A former 1MDB director told the High Court in Najib Razak s 1MDB corruption trial that Terengganu s Sultan Mizan Zainal Abidin had ordered him to suspend the issuance of Islamic medium term notes used to secure a RM5 billion loan for the th...
Najib Never Tried To Disassociate Self From Jho Low Witness

Najib Never Tried To Disassociate Self From Jho Low Witness

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 245 hits
1MDB TRIAL Then prime minister Najib Abdul Razak never tried to disassociate himself from 1MDB linked businessperson Low Taek Jho testified former 1MDB CEO Mohd Hazem Abdul Rahman During this today s RM2 28 billion 1MDB corruption trial aga...
Dato Zaharin Balun Muhyiddin Najib Isu Bodoh Kan Shahrir

Dato Zaharin Balun Muhyiddin Najib Isu Bodoh Kan Shahrir

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 217 hits
DATO ZAHARIN BALUN MUHYIDDIN NAJIB ISU MUHYIDDIN BODOH KAN SHAHRIR NAJIB JADI PUNCA UMNO KALAH DI MELAKA SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11