Najib Arah Saya Dan Sirul Bunuh Altantuya Bekas Pegawai Polis Buat Pendedahan Mengejutkan


The Reporter


Azilah Hadri, yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang

Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak (ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri atau TPM) dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda

Dalam pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah mendakwa dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis

Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya

Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya “keadilan dapat ditegakkan”

Pengurusan kes ditetapkan pada esok hari

Azilah mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukakan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini

Dalam akuan berkanun (SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya “tangkap dan hapuskan” Altantuya, yang menurutnya, diberitahu sebagai “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”

“Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher,” SD itu dipetik

“Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan.’”
Azilah juga mendakwa Najib memberitahu supaya “berhati-hati dengan perempuan perisik asing tersebut kerana beliau pandai berkata-kata dan penuh tipu helah — salah satunya adalah bahawa beliau sedang mengandung.”
Azilah juga menjelaskan kenapa beliau baru membuat permohonan menyemak semula kes itu

Dalam afidavitnya, Azilah berkata, pada awal 2018, dia telah merancang untuk membuat SD itu tetapi menangguhkannya kerana bimbang disalah guna menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14

“Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu,” katanya

“Saya juga berharap agar sahabat-sahabat saya di UTK secara khususnya dan PDRM secara amnya berhati-hati dalam menjalankan arahan-arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi,” katanya

Jumpa Altantuya di London'
Azilah berkata, dia ada berjumpa Najib di Pekan pada 17 Oktober 2006

Dakwanya, Najib mengarahkan dia membunuh “perisik asing.”
Dakwanya lagi, perkara itu diulangi Razak Baginda di pejabatnya pada keesokan harinya

Berdasarkan SD itu, Azilah mendakwa Razak Baginda juga bertanya sama ada dia ingat wanita yang dia dan TPM jumpa di sebuah lobi kondominium di London

“...saya beritahu bahawa saya tak berapa ingat tentang perempuan tersebut tetapi tugas eskot (mengiring) TPM dan Razak Baginda dari hotel penginapan ke kondominium tersebut saya ingat. Razak Baginda beritahu perempuan itulah perisik asing yang dimaksudkan,” katanya

Azilah mendakwa selepas dia nampak wanita itu di luar kediaman Razak Baginda di Bukit Damansara kemudiannya, dia ingat pernah bertemuanya bersama Razak dan Najib di kondominium itu

Najib sebelum ini berulang kali menafikan pernah bertemu dengan Altantuya. Beliau malah bersumpah menafikannya dalam masjid

Sementara itu, Azilah berkata dia diarahkan, dimaklumkan dan percaya arahan untuk operasi sulit itu datang terus daripada TPM dan melalui aide-de-camp beliau ketika itu, DSP Musa Safri

Dalam afidavitnya, dia menyebut tiada motif atau sebab untuk membunuh Alatantunya tetapi Najib dan Musa, dakwanya, berkata operasi itu berkaitan keselamatan negara

“Selepas operasi sulit tersebut dilaksanakan, saya diarahkan untuk memberikan kerjasama di dalam siasatan pihak polis dan saya juga diberikan jaminan oleh DSP Musa bahawa sebarang perkara berbangkit akan dibantu oleh TPM selagi saya tidak libatkan nama baik TPM.”
Dalam afidavitnya, dia juga berkata:
“Pada setiap masa material, saya percaya bahawa saya bertanggungjawab menyimpan segala rahsia berkenaan operasi sulit tersebut dan saya yakin bahawa saya akan dibantu oleh TPM sama ada dengan cara bahawa saya tidak akan dituduh di Mahkamah dan/atau bahawa sebarang isu berbangkit di dalam operasi sulit ini akan diselesaikan.”
‘Maaf, tapi saya tiada pilihan’
Semasa siasatan polis, Azilah berkata pasukan siasatan menyedari “penglibatan” TPM tetapi menafikan maklumat itu datang daripadanya. Katanya, dia mengesyaki maklumat berkenaan diperoleh daripada Sirul

Antara lain, Azilah dalam afidavitnya mendakwa:Dia menerima arahan lisan, tidak secara bertulis, daripada TPM dan Musa.Dia setuju menjalankan operasi itu atas kepercayaan penuh ia melibatkan keselamatan negara.Dia percaya BN mempunyai kedudukan kukuh dalam kerajaan dan sebarang cubaan untuk mengingkari arahan TPM atau memburukkan namanya dalam kes itu akan menjadi sia-sia dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadapnya.Dia bimbang keselamatan diri dan keluarganya dan bimbang perintah hukuman mati terhadapnya dilaksanakan segera.
Katanya, selepas Mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dia menelefon Musa tetapi diminta bersabar

“Saya beritahu DSP Musa, ‘Kalau macam ini baik saya bongkar dan beritahu semua.’”
Azilah juga berkata dia melambatkan pemfailan pengampunan kepada Sultan Selangor agar proses pelaksanaan hukuman gantung dapat ditangguhkan

Bekas polis itu juga memohon maaf atas penglibatannya dalam operasi itu yang “meragut nyawa seorang manusia yang tidak bersalah”

“Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga Altantuya Shaariibuu di atas apa yang telah terjadi di mana saya tiada pilihan pada waktu tersebut melainkan untuk mematuhi arahan yang diberikan kepada saya dalam menjalankan tugas,” katanya

SUMBER BERITA: MALAYSIAKINI

December 16, 2019 at 07:33AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/12/najib-arah-saya-dan-sirul-bunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendedahan Mengejutkan Dari Azilah Najib Arah Saya Bunuh Altantuya

Pendedahan Mengejutkan Dari Azilah Najib Arah Saya Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 368 hits
Diterbitkan Hari ini 1 45 tengahari BERITAEKSKLUSIF Azilah Hadri yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung...
Najib Arah Saya Bunuh Altantuya Azilah Hadri

Najib Arah Saya Bunuh Altantuya Azilah Hadri

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 683 hits
Azilah Hadri yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang...
Najib Arah Saya Bunuh Altantuya Azilah

Najib Arah Saya Bunuh Altantuya Azilah

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 628 hits
Azilah Hadri yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang...
Kenapa Maklumat Ini Keluar Sekarang Najib Nafi Beri Arahan Bunuh Altantuya Shaariibuu

Kenapa Maklumat Ini Keluar Sekarang Najib Nafi Beri Arahan Bunuh Altantuya Shaariibuu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1352 hits
The ReporterSusulan pendedahan terkini bekas anggota UTK Azilah Hadri berhubung kes pembunuhan Altantuya yang membabitkan menteri pertahanan pada waktu itu Najib tampil menafikan dakwaan itu dan menganggap kenyataan akaun bersumpah itu bern...
Najib Arah Tangkap Dan Hapuskan Altantuya

Najib Arah Tangkap Dan Hapuskan Altantuya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 367 hits
BEKAS anggota Unit Tindakan Khas Azilah Hadri membuat dakwaan mengejutkan melalui akuan bersumpah mendakwa menerima arahan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya Shaariibuu Azilah membuat dakwaan itu ketika sedang menanti ...
Najib Yang Suruh Saya Bunuh Altantuya

Najib Yang Suruh Saya Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1155 hits
Azilah Hadri yang ketika ini sedang menunggu hukuman gantung mandatori kerana didapati bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu telah membuat dakwaan mengejutkan dari pejara Kajang Memetik laporan Malaysiakini dia ...
Najib Mahu Campur Tangan Azilah Ketepi Sabitan Bunuh Altantuya

Najib Mahu Campur Tangan Azilah Ketepi Sabitan Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 584 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak PUTRAJAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berusaha untuk campur tangan dalam permohonan semakan semula yang difailkan bekas anggota polis Azilah Hadri yang mahu sabitannya membunuh warga Mongolia Altantuy...
Rubbish Says Najib On Claim He Instructed Cops To Murder Altantuya

Rubbish Says Najib On Claim He Instructed Cops To Murder Altantuya

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 408 hits
Najib Razak has rubbished fresh claims by one of the convicted killers of Altantuya Shaariibuu that the former prime minister had ordered him to carry out the brutal murder of the Mongolian woman in 2006 This followed Azilah Hadri s allegat...
Kes Altantuya Cubaan Segera Mahu Sumbat Najib Masuk Penjara

Kes Altantuya Cubaan Segera Mahu Sumbat Najib Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 345 hits
Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Shafee Abdullah bercakap pada sidang media selepas keputusan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL 11 NOVEMBER 2019 Pendedahan melalui akuan bersu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt