Kes Altantuya Cubaan Segera Mahu Sumbat Najib Masuk Penjara




Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah bercakap pada sidang media selepas keputusan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2019.Pendedahan melalui akuan bersumpah (SD) oleh Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu melibatkan Datuk Seri Najib Razak disifatkan satu tindakan ‘terdesak’.
Ia dibuat hanya sekadar untuk melihat bekas Perdana Menteri terbabit masuk penjara secepat mungkin memandangkan kes-kes lain seperti SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin akan memakan masa lama untuk membuktikan pendakwaan terhadap Najib.
Itu adalah luahan peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengulas tindakan ‘bertubi-tubi’ ke atas anak guamnya sejak kebelakangan ini.
“Najib juga berminat untuk kita mohon menjadi pencelah dalam kes ini kerana ada bermacam-macam dakwaan itu dan ini. Sangat jelas sekali beliau (Najib) berminat untuk ‘membersihkan’ namanya.
“Juga jelas di sini, seseorang tidak boleh sesuka hati sahaja mengeluarkan dakwaan memburukkan pihak lain dan mahkamah membiarkan perkara itu berlaku tanpa pihak itu berada dalam mahkamah.
“Najib telah menafikan setiap dakwaan ini, malah anda semua perlu tahu dakwaan ini secara ‘tiba-tiba’ sahaja wujud selepas 10 tahun kes ini berlalu buat kali pertama.
“Dakwaan ini di buat pada saat-saat akhir Azilah ke tali gantung, kita percaya ini adalah cubaan terdesak olehnya. Selain itu, jelas sekali tindak tanduk ini seolah-olah di dalangi oleh seseorang yang saya tidak mahu cerita terperinci pada masa ini.
“Jelas sekali, anak guam saya menjadi sasaran mangsa politik agar kes ini boleh digunakan untuk menyumbatnya dalam penjara tanpa permohonan jaminan. Ini sangat jelas sekali,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ketika diasak siapakah yang sebenarnya merancang seperti dakwaan beliau, Muhammad Shafee tidak boleh memberikan apa-apa maklumat sehingga mendapat pengesahan serta bukti rasmi.
Bagaimanapun kata beliau, Najib sememangnya mahu pihak berkuasa menyiasat dengan kadar segera kandungan dalam SD yang telah dibuat oleh Azilah pada 17 Oktober lepas.
SD Azilah yang memaparkan 60 kenyataan itu memetik peranan beberapa individu dalam pembunuhan Altantuya termasuk Najib, Abdul Razak Baginda, Deputi Supritendan Musa Safri serta pertemuannya dengan penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam serta proses ketika beliau ditahan dan disiasat.
Kata Muhammad Shafee, pihaknya hendak tahu siapakah di sebalik Azilah melakukan akuan bersumpah itu walhal ketika perbicaraan terdahulu tidak ada perkara seumapama itu berlaku.
“Ketika itu tidak pula nama-nama ini dipetik mahupun ada SD dengan maklumat tambahan. Jadi, siapakah yang melakukan semua ini kini?
“Kita hendak tahu siapakah di sebalik akuan bersumpah ini? Saya juga dapat tahu tentang sekumpulan ejen Malaysia yang mengadakan pertemuan dengan Sirul Azhar bagi melakukan perkara yang sama tahun ini. Semua ini perlu disiasat. Siapa di sebalik semua ini?
“Kita sendiri lihat bagaimana kes-kes seperti SRC International dan 1MDB ini sebenarnya memakan masa yang sangat panjang dalam menyabitkan kesalahan anak guam saya sekaligus menyumbatnya dalam penjara.
“Ada segelintir pihak mahu kes-kes ini diselesaikan segera dan jatuhkan hukuman secepat mungkin tetapi nampaknya itu tidak berjaya. Apatah lagi kini Najib lebih popular luar biasa dari sebelum ini.,” tegasnya.
Muhammad Shafee berada di Istana Kehakiman hari ini bagi untuk mengemukakan permohonan menjadi pencelah dalam usaha Azilah menyemak semula sabitan Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan ke atasnya pada 2015.
Kes permohonan bicara semula oleh Azilah itu akan diperdengarkan pada tahun hadapan April 20. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/17/kes-altantuya-cubaan-segera-mahu-sumbat-najib-masuk-penjara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 488 hits
Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu Lafaz sumpah beliau...
Teks Penuh Sd Azilah Yang Babitkan Najib Dalam Kes Altantuya

Teks Penuh Sd Azilah Yang Babitkan Najib Dalam Kes Altantuya

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 391 hits
BERITALima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya bekas polis elit Azilah Hadri tampil dengan dakwaan baru yang mengejutkan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu Mahu menyemak semula keputusan itu dan me...
Sd Azilah Kes Altantuya Peguam Anwar Mengaku Najib Razak Tidak Terlibat

Sd Azilah Kes Altantuya Peguam Anwar Mengaku Najib Razak Tidak Terlibat

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 590 hits
Rupa rupanya Akuan Bersumpah Azilah Hadri belum diketahui kesahihannya Pihak polis beritahu mereka perlu mengesahkan SD itu dahulu sebelum perlu tindakan selanjutnya Azilah dan Sirul didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 da...
Najib Mahu Campur Tangan Azilah Ketepi Sabitan Bunuh Altantuya

Najib Mahu Campur Tangan Azilah Ketepi Sabitan Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 584 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak PUTRAJAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berusaha untuk campur tangan dalam permohonan semakan semula yang difailkan bekas anggota polis Azilah Hadri yang mahu sabitannya membunuh warga Mongolia Altantuy...
Altantuya Penjara Nafi Dakwaan Shafee

Altantuya Penjara Nafi Dakwaan Shafee

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 276 hits
Peguam Muhammad Shafee Abdullah semalam membuat kenyataan bahawa berdasarkan maklumat yang sangat dipercayai tetapi tidak boleh disahkan oleh dirinya bahawa banduan itu pernah dibawa keluar pada Februari tahun ini Peguam yang mewakili bekas...
Najib Arah Tangkap Dan Hapuskan Altantuya

Najib Arah Tangkap Dan Hapuskan Altantuya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 367 hits
BEKAS anggota Unit Tindakan Khas Azilah Hadri membuat dakwaan mengejutkan melalui akuan bersumpah mendakwa menerima arahan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya Shaariibuu Azilah membuat dakwaan itu ketika sedang menanti ...
Najib Too Wants Altantuya S Murder Reinvestigated Lawyer

Najib Too Wants Altantuya S Murder Reinvestigated Lawyer

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 403 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak wants the police to reinvestigate the murder case of Altantuya Shaariibuu according to his lawyer His attorney Muhammad Shafee Abdullah told this to reporters today in the wake of a statutory declarat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi