Naik Kereta Anak Asyik Muntah Sebenarnya Dia Alami Motion Sickness Elak Beri Gajet Pada Anak


Setiap kali berjalan naik kereta, bas atau apa sahaja kenderaan, mesti si kecil akan alami mabuk kereta. Tentu susah hati mommies untuk merancang sebarang percutian keluarga sebab si kecil ada masalah mabuk perjalanan.
Mabuk perjalanan, normal untuk kanak-kanak 
Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan mabuk perjalanan, bukan?

Umumnya mabuk yang dialami adalah satu perkara biasa dan bukanlah didasari oleh sebarang masalah kesihatan.
Mabuk perjalanan atau motion sickness adalah satu tindak balas normal yang berlaku disebabkan pergerakan yang luar biasa tinggi dan mengambil tempoh masa yang lama. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil sebagai mabuk kereta atau mabuk laut.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanya mengira peringkat usia, bahkan si kecil juga mungkin cenderung untuk mengalaminya. Walau bagaimanapun, masalah mabuk kereta kurang berlaku kepada bayi.
Berbeza pula untuk golongan kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun, mereka adalah lebih terdedah untuk mengalaminya.
Tetapi bagaimana mabuk kereta boleh berlaku?
Percampuran maklumat
Mabuk perjalanan yang melibatkan mabuk kereta atau mabuk laut berlaku apabila otak menerima maklumat bertentangan daripada telinga, mata dan saraf dalam sendi dan otot.
Sebagai contoh, bayangkan anak sedang duduk di dalam kerusi keselamatn kanak-kanak di tempat duduk belakang kenderaan. Si manja anda tidak dapat melihat keadaan di luar tingkap atau anak anda sedang leka membaca buku.
Ketika itu, bahagian telinga dalaman mereka mengesan pergerakan, tetapi tidak pada mata mahupun badan. Situasi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut, terhasilnya peluh sejuk, kelesuan, hilang selera makan atau muntah.
Faktor lain yang boleh menyumbang kepada keadaan mabuk kereta atau mabuk laut turut bergantung kepada keadaan lain seperti laluan yang anda ambil, jarak perjalanan dan juga kedudukan anak anda ketika perjalanan berlaku.
Antara punca klasik motion sickness adalah:
kerap menukar laluan memandu laju melalui jalan raya berliku-liku seperti lereng bukit memandu dalam keadaan lalu lintas yang sesak dengan terlalu banyak lampu isyarat
Tip atasi mabuk perjalanan
Apabila mengetahui kesayangan anda mengalami mabuk kereta, pastinya anda cuba mengelak daripada membawanya menaiki kereta, bukan? Sudah tentu agak menyedihkan.
Tetapi jangan risau, Hello Doktor ada 5 tip yang boleh anda cuba untuk membantu mengurangkan masalah yang dihadapi si manja.
Menukar kedudukan Jika sebelum ini kedudukan kerusi kesealamatn anak anda mungkin berada di belakang kerusi penumpang atau pemandu, anda boleh cuba mengubah posisi kerusi tersebut bagi mengurangkan mabuk kereta.
Penolong Profesor Perubatan Dalaman dan Pediatrik di Le Bonheur Children’s Hospital, di Memphis, Amerika Syarikat, Dr. Elisha McCoy mencadangkan untuk meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada bahagian tengah kerusi penumpang belakang.
Ia membolehkan anak untuk dapat melihat pandangan luar cermin hadapan. Pastikan si kecil menyandarkan kepala ke bahagian penyandar kepala. Manakala jika si kecil mengalami mabuk laut ketika perjalanan atas kapal atau feri, minta anak untuk memfokuskan pandangannya terus ke hadapan.
Apa yang boleh dibuat sewaktu perjalanan Masalah mabuk perjalanan yang dialami si anak mungkin tidak akan berlaku jika mereka dapat tidur sepanjang perjalanan. Ia adalah kerana isyarat visual tidak dihantar ke otak apabila dia melelapkan mata.
Jadi antara cara yang boleh membantu untuk mengurangkan mabuk pada si kecil adalah dengan mengatur waktu perjalanan. Sebaiknya, aturkan perjalanan pada waktu tidur anak anda.
Anda boleh memilih memulakan perjalanan pada waktu malam atau pun pada awal pagi. Secara tidak langsung kedua-dua tempoh perjalanan ini dapat membantu anda mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Tidak perlu makan Mesti ada di antara mommies yang terfikir kalau tidak memberi si manja makan, pastinya dia tidak akan muntah. Namun ia ada 1 tanggapan yang SALAH sama sekali.
“Tidak makan akan membuatkan perut anak anda lebih terdedah kepada irama yang tidak normal yang dikaitkan dengan mual.” –  Pakar Psikologi daripada Siena College, di Loudonville, New York, Profesor Max Levine
Anda tidak perlu mengisi perut si kecil dengan makanan yang terlalu berat sehingga dia kenyang. Tetapi sekurang-kurangnya berikan makanan mudah dihadam dan snek sihat seperti roti disapu dengan krim coklat atau sandwic.
Pastikan juga si manja minum air dengan secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh meningkatkan rasa loya.
Menghindari gajet Tidak dinafikan penggunaan gajrt sememangnya dapat membantu mengurangkan kebosanan si manja, terutama ketika perjalanan jauh. Namun menurut pakar, No-No-No! 
Ini kerana imej daripada filem, permainan video atau animasi – biasanya melibatkan grafik yang bergerak laju – akan menyebabkan wujudnya rangsangan visual berlebihan yang boleh mengelirukan persepsi pergerakan anak dan menyebabkan berlakunya simptom mabuk.
Manakala membaca pula boleh menyebabkan kecelaruan pada deria anak. Ini kerana mata anak ditetapkan pada buku, manakala telinga mengesan pergerakan. Jadi mungkin untuk menghilangkan kebosanan, biarkan anak mendengar sebarang audio kegemarannya.

Perhatikan simptom Jika anda melihat anak mula berasa mabuk, cadangkan kepadanya untuk melihat ke luar tingkap. Tindakan ini dipercayai dapat mengurangkan rasa mabuk tersebut.
Namun, andai keadaannya semakin teruk, dicadangkan untuk anda memberhentikan perjalanan seketika sehingga simptomnya beransur hilang. Berikan peluang kepada anak anda untuk berehat.
Sentiasa ambil peduli tentang mabuk perjalanan
Mabuk perjalanan mungkin bukan satu masalah yang serius sehingga boleh menjejaskan keadaan kesihatan seseorang individu.
Namun mengalami masalah mabuk pastinya akan mengganggu dan merosakkan mood individu, terutamanya si kecil.
Sumber: Hello Doktor
The post Naik Kereta Anak Asyik Muntah, Sebenarnya Dia Alami Motion Sickness! Elak Beri Gajet Pada Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/naik-kereta-anak-asyik-muntah-sebenarnya-dia-alami-motion-sickness-elak-beri-gajet-pada-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Banyak Kes Lupa Anak Dalam Kereta 5 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Elak Lupa Ada Anak Kat Belakang Kereta

Dah Banyak Kes Lupa Anak Dalam Kereta 5 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Elak Lupa Ada Anak Kat Belakang Kereta

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 400 hits
Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang bayi berusia Sembilan bulan yang ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Komplek Tun Razak Indera Mahkota Kuantan Bayi berkenaan Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil...
Selepas Cucuk Anak Demam Pastikan Pantau Suhu Agar Tak Naik Mendadak

Selepas Cucuk Anak Demam Pastikan Pantau Suhu Agar Tak Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 298 hits
Selepas diberikan vaksin sejumlah kecil kanak kanak mengalami beberapa perubahan yang dikenali sebagai kesan sampingan Jangan risau kerana kesan sampingan ini biasanya ringan dan sudah dijangka Kesan vaksin ini bermakna badan sedang membina...
Watak Anak Perempuan Kim Taehee Sebenarnya Lelaki Ini Penjelasan Pihak Produksi Hi Bye Mama

Watak Anak Perempuan Kim Taehee Sebenarnya Lelaki Ini Penjelasan Pihak Produksi Hi Bye Mama

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 320 hits
Drama Hi Bye Mama ternyata tidak menghampakan langsung semasa tayangan awalnya Kim Taehee yang dah 5 tahun berehat daripada dunia lakonan berjaya membuktikan kehebatan lakonannya menerusi watak sebagai seorang ibu yang menjadi roh berkeliar...
Risau Suhu Naik Mencanak Mak Ayah Sanggup Tak Tidur Kalau Anak Demam

Risau Suhu Naik Mencanak Mak Ayah Sanggup Tak Tidur Kalau Anak Demam

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 305 hits
Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat tetap tidak sembuh Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif...
Hanya Tinggal Sekejap Dalam Kereta Anak Di Bawa Lari Lebih 2 Jam

Hanya Tinggal Sekejap Dalam Kereta Anak Di Bawa Lari Lebih 2 Jam

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 292 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7 45 pagi tadi telah berjaya ditemui Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak kanak itu berada Diculi...
Kalau Anak Jenis Pendiam Sebenarnya Dia Cenderung Otak Geliga Selesaikan Masalah

Kalau Anak Jenis Pendiam Sebenarnya Dia Cenderung Otak Geliga Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 427 hits
Apabila anda melihat perilaku anak kelihatan seperti dia seorang yang agak pendiam dan menyendiri Kebanyakan ibu ayah pasti merasa risau apatah lagi jika anak sudah mahu masuk sekolah Anak begini dilihat seperti tidak pandai berkawan dan se...
Anak Aktif Tanda Dia Sihat Pandai Sesekali Dia Nakal Sebenarnya Nak Perhatian

Anak Aktif Tanda Dia Sihat Pandai Sesekali Dia Nakal Sebenarnya Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 423 hits
Tiada ibu bapa yang sempurna dan kita sendiri pun sering rasa bersalah apabila perlu memarahi anak Apatah lagi sekiranya ibu bapa selalu meninggikan suara atau menengking anak yang masih kecil Alasan yang kita selalu beri adalah bila cakap ...
Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 270 hits
Dalam tempoh membesar anak anak mungkin banyak buat perangai Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak Jangan dibentak atau dimarahi apatah l...
Viral Anak Berkebutuhan Khusus Alami Perundungan Diteriaki Dengan Kata Rasis

Viral Anak Berkebutuhan Khusus Alami Perundungan Diteriaki Dengan Kata Rasis

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 191 hits
Anak Berkebutuhan Khusus mengalami perundungan oleh orang tidak dikenal Aksi itu terekam kamera salah seorang warga Rekamannya pun viral di media sosial
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two