Risau Suhu Naik Mencanak Mak Ayah Sanggup Tak Tidur Kalau Anak Demam


Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam. Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas. Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat, tetap tidak sembuh. Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif.

Demam bersuhu tinggi merupakan salah satu daripada gejala-gejala jangkitan virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh menjangkiti anak-anak seperti denggi, influenza, enterovirus (penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot Mouth Disease–HMFD), rotavirus (cirit birit) dan bermacam-macam lagi. Semua virus tersebut boleh menyebabkan demam tinggi, dan beberapa lagi gejala lain yang lebih spesifik untuk setiap jangkitan.
Artikel Menarik: [Tak Perlu Berjimat Simpan Ubat Demam Anak Dalam Peti, Nak Selamat Buang Yang Tak Perlu]
Sekiranya anak menghidap demam denggi, dia mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit sendi dan tulang, sakit perut, muntah dan cirit birit, atau ruam. Anak yang menghidap jangkitan influenza pula akan mengalami selesema dan batuk. Anak mungkin menunjukkan tumbuhnya bintat kecil di tangan, kaki, punggung serta ulser di dalam mulut sekiranya menghidap HMFD. Seterusnya anak yang menghidap jangkitan rotavirus akan mengalami muntah dan cirit-birit.
PANTAU SUHU BADAN ANAK Apabila anak demam, perkara yang paling utama adalah pemantauan kondisi anak secara umum seperti tahap aktivitinya dan selera makan minumnya. Berilah ubat demam sekiranya demam tinggi melebihi 38.5° Celcius.

Sekiranya suhu masih tinggi setelah diberikan ubat demam, ibu ayah perlu menjerlum kepala, tengkuk, dan badannya secara keseluruhan. Ini boleh membantu menurunkan suhu badan anak anda. Galakkan anak anda  minum banyak air/cecair seperti air kosong, susu, jus buah-buahan dan lain-lain.
Sekiranya semua tersebut sudah dilakukan dan suhu badan anak masih tinggi secara berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat tambahan untuk mengawal suhu badan anak anda berdasarkan diagnosis dan keadaan anak.
Artikel Menarik: [Jangan Ingat Saja-Saja, Anak Banyak Berfikir Waktu Dia Korek Hidung]

Sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami jangkitan yang serius seperti denggi, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah.  Sekiranya perlu doktor, akan mengesyorkan pemantauan di wad/hospital.
BUAT UJIAN DARAH Beberapa ujian boleh membantu doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesamaan pada bacaan ujian darah dalam jangkitan virus yang berbeza seperti tahap sel darah putih (white blood cells) dan platelet yang rendah atau menurun. Ujian spesifik untuk mengesan denggi biasanya hanya perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak demam bersuhu tinggi secara berterusan selama melebihi tiga atau empat hari.

Artikel Menarik: [Jika Anak Anda Ada Gigi Berlubang Jangan Cabut Dulu! Ini Sebabnya]
Ini kerana keputusan ujian mungkin negatif jika dilakukan terlalu awal walaupun sebenarnya pesakit sudah dijangkiti. Begitu juga seperti influenza yang sampel hingus pada awal-awalnya mungkin negatif tetapi jika diulang setelah beberapa hari barulah memberikan keputusan yang positif. Sampel najis pula diperlukan untuk mengenal pasti jenis kuman dalam anak-anak yang mengalami cirit birit.
Sumber: Majalah Pa&Ma
 
The post Risau Suhu Naik Mencanak, Mak Ayah Sanggup Tak Tidur Kalau Anak Demam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/risau-suhu-naik-mencanak-mak-ayah-sanggup-tak-tidur-kalau-anak-demam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Cucuk Anak Demam Pastikan Pantau Suhu Agar Tak Naik Mendadak

Selepas Cucuk Anak Demam Pastikan Pantau Suhu Agar Tak Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 315 hits
Selepas diberikan vaksin sejumlah kecil kanak kanak mengalami beberapa perubahan yang dikenali sebagai kesan sampingan Jangan risau kerana kesan sampingan ini biasanya ringan dan sudah dijangka Kesan vaksin ini bermakna badan sedang membina...
Tiba Tiba Anak Demam Tengah Malam Air Asam Jawa Turunkan Suhu Badan

Tiba Tiba Anak Demam Tengah Malam Air Asam Jawa Turunkan Suhu Badan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 772 hits
Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika suhu dah mula lebih dari 38 darjah celcius ke atas Untuk kanak kanak kecil dan bayi suhu yang sedikit tin...
Seorang Bapa Terlantar Sakit Sanggup Naik Ambulans Hadir Majlis Pernikahan Anak

Seorang Bapa Terlantar Sakit Sanggup Naik Ambulans Hadir Majlis Pernikahan Anak

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 292 hits
Pernikahan adalah detik terpenting bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga Perkara yang paling diharapkan oleh anak anak adalah kehadiran ibu bapa pada saat itu Bersyukurlah pada mereka yang masih mempunyai ibu bapa dan masih sihat Oh...
Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 536 hits
Adakalanya malang tidak berbau Kecederaan yang berlaku tanpa kita jangka membuatkan anak kecil kita menerima kesan yang berpanjangan hingga membesar Salah satu hal yang perlu dijaga adalah gigi anak anak terutama apabila anak sudah pun mend...
Asyik Buat Mak Ayah Hilang Sabar Rupanya Itu Tanda Anak Nak Kita Pandang Dia

Asyik Buat Mak Ayah Hilang Sabar Rupanya Itu Tanda Anak Nak Kita Pandang Dia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 543 hits
Letih dan tertekan dengan perkara yang berlaku di sekeliling membuatkan kita ada masanya terlepas marah pada anak anak Bukanlah tidak rasa bersalah tetapi sara stres mengatasi segalanya pada waktu itu Kesannya anak yang menjadi mangsa Anak ...
Besarnya Pengorbanan Anak Kecil Ni Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Mak Ayah Cacat Penglihatan

Besarnya Pengorbanan Anak Kecil Ni Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Mak Ayah Cacat Penglihatan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 548 hits
Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak anak tambah pula yang masih kecil tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu Filipina apabila gambar gambar seroang kanak kanak lelaku yang masih kecil diikat tali di badan oleh ...
Pilu Sungguh Nasib 6 Anak Kecil Ini Ayah Pula Meninggal Saat Jasad Si Ibu Dimandikan

Pilu Sungguh Nasib 6 Anak Kecil Ini Ayah Pula Meninggal Saat Jasad Si Ibu Dimandikan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 658 hits
Dalam sehari sekelip mata 6 beradik ini menjadi yatim piatu buat selamanya Ayah mereka meninggal saat jasad ibu dimandikan lebih memilukan lagi arwah meninggalkan 6 orang anak kecil tidak lama kemudian dia pula meninggal ketika kami sibuk d...
Kronologi Ayah Di Tasikmalaya Bunuh Anak Gara Gara Minta Uang Study Tour

Kronologi Ayah Di Tasikmalaya Bunuh Anak Gara Gara Minta Uang Study Tour

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 232 hits
DS siswi SMPN 6 Kota Tasikmalaya yang jasadnya ditemukan dalam gorong gorong depan sekolahnya pada Senin ternyata dibunuh oleh ayah kandungnya BR Aksi keji tersebut dilakukan BR karena DS merengek saat uang yang diberi ayahnya untuk study t...
Pembunuhan Ayah Anak Kesaksian Tetangga Saat Rumah Aulia Kesuma Terbakar

Pembunuhan Ayah Anak Kesaksian Tetangga Saat Rumah Aulia Kesuma Terbakar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 5013 hits
Atit mengaku hanya mengetahui kejadian atau peristiwa kebakaran yang terjadi di rumah korban dan terdakwa Aulia Karena ia memang tinggal persis di sebelah rumah Pupung dan Aulia
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine