Kalau Anak Jenis Pendiam Sebenarnya Dia Cenderung Otak Geliga Selesaikan Masalah


Apabila anda melihat perilaku anak, kelihatan seperti dia seorang yang agak pendiam dan menyendiri. Kebanyakan ibu ayah pasti merasa risau, apatah lagi jika anak sudah mahu masuk sekolah. Anak begini dilihat seperti tidak pandai berkawan dan seperti ‘terhalang’ ketika mahu melibatkan diri dengan kanak-kanak lain. Biasanya kanak-kanak yang pendiam begini lebih selesa berada dalam kumpulan kecil.

Kanak-kanak dalam kategori introvert bukan tidak pandai bergaul, sebaliknya mereka boleh berkawan seperti kanak-kanak lain. Cuma kanak-kanak introvert memerlukan lebih banyak masa untuk mendekati dan menyesuaikan dirinya dalam kelompok rakan-rakan barunya itu. Skil bergaul kanak-kanak berkembang pada pada usia tiga tahun di mana mereka sudah mula yakin dalam pergaulan dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
Artikel Menarik: [Kasih Sayang Anak Lelaki Pada Ibu Sangat Special, Dia Tiru Cara Ayahnya!]
Sebagai ibu ayah, jangan cepat melatah. Sekiranya anda mahu berhadapan dengan anak yang mempunyai sifat pendiam atau introvert, ada beberapa perkara yang harus anda ketahui tentang mereka.
KENALI SIFAT MEREKA
Kanak-kanak introvert selalu dilabelkan sebagai individu yang kurang memiliki kemahiran sosial walhal sifat ini wujud secara semula jadi. Si introvert memerlukan masa yang tenang untuk memproses setiap tindakannya menerusi kaedah pemerhatian. Si introvert memerlukan masa untuk sesi memanaskan (warm up). Si introvert lazimnya memiliki tahap kebimbangan yang agak tinggi dalam diri. Mereka juga lebih fokus dengan perasaan dan pemikiran peribadi berbanding interaksi sosial secara langsung.
Artikel Menarik: [Teknik Power Ajar Anak 2 Tahun Tak Kedekut & Marah Bila Orang Ambil Mainan]
INFO: Tahukan anda individu introvert sangat bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga bijak dalam membuat perbandingan atau perbezaan. Selain itu mereka memiliki visual yang kreatif dan sangat ghairah untuk belajar dalam tempoh yang panjang?
APA PERLU BUAT?
Jangan panik dan naik angin bila melayan kerenah si introvert yang seolah-olah sukar untuk bergaul dan fobia bersosial. Kawal reaksi anda kepadanya berkenaan sikap menyendirinya. Hal ini kerana si introvert akan menjadi lebih menyendiri. Apabila mama dan papa menyuruh si manja menjadi individu yang bertentangan dengan keperibadiannya, hal ini secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa anda tidak dapat menerima kekurangan diri mereka itu. Mama dan papa kerap mendesak si introvert untuk menjadi individu yang lebih terbuka dengan menyuruh mereka menyertai acara sukan dan sebagainya. Taktik sebegini bukanlah cara yang bijak kerana keadaan bising dengan jeritan kanak-kanak yang seronok bermain itu akan menjadikan si introvert lebih tertekan.
Perlu difahami yang anak introvert mungkin lebih cemerlang sekiranya melibatkan diri dalam sukan-sukan bersifat individu seperti berenang atau karate. Hormati pilihan anak misalnya dengan siapa dia berkawan kerana mereka selalunya gemar memilih beberapa orang teman rapat dan tidak gemar berkawan dengan seluruh rakan sekelasnya. Apa yang harus diberi keutamaan oleh ibu bapa ialah memastikan si anak memiliki sebuah hubungan persahabatan yang positif. Itulah asas kepada sesebuah perhubungan yang akrab. Ibu bapa perlu memahami bahawa si introvert memerlukan ruang agar privasinya dihormati. Bagi ibu bapa yang ekstrovert, mereka beranggapan bahawa segala-galanya perlu dilakukan bersama tetapi tidak bagi introvert. Mereka lebih bahagia jika diberi sedikit ruang untuk menyendiri.
Artikel Menarik: [Rajin Suap Anak Makan Salah Satu Cara Anak Mudah Dengar Kata]
Kanak-kanak introvert yang memiliki adik-beradik ekstrovert boleh merasai wujudnya ketidakserasian sewaktu berbual. Ibu bapa perlu menyediakan sedikit ruang (one-on-one time) untuk memberikan mereka lebih ketenangan. Di sekolah, ibu bapa perlu memaklumkan keadaan introvert si manja kepada guru agar dia boleh memberikan masa untuk si manja menyiapkan diri dengan suasana baharu. Cara ini sangat membantu.  
 
 
 
The post Kalau Anak Jenis Pendiam, Sebenarnya Dia Cenderung ‘Otak Geliga’ Selesaikan Masalah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-jenis-pendiam-sebenarnya-dia-cenderung-otak-geliga-selesaikan-masalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Bayi 10 Anak Artis Ini Udah Jadi Sasaran Bully Dari Fisik Hingga Masalah Orang Tua

Masih Bayi 10 Anak Artis Ini Udah Jadi Sasaran Bully Dari Fisik Hingga Masalah Orang Tua

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 272 hits
Baru baru ini Onad merasa kesal terhadap satu akun yang terus terusan merundung anaknya Ternyata bukan cuma dia yang mengalami hal ini
Anak Aktif Tanda Dia Sihat Pandai Sesekali Dia Nakal Sebenarnya Nak Perhatian

Anak Aktif Tanda Dia Sihat Pandai Sesekali Dia Nakal Sebenarnya Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 418 hits
Tiada ibu bapa yang sempurna dan kita sendiri pun sering rasa bersalah apabila perlu memarahi anak Apatah lagi sekiranya ibu bapa selalu meninggikan suara atau menengking anak yang masih kecil Alasan yang kita selalu beri adalah bila cakap ...
Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 262 hits
Dalam tempoh membesar anak anak mungkin banyak buat perangai Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak Jangan dibentak atau dimarahi apatah l...
Jaclyn Victor Sudah Move On Tiada Masalah Bercerai Yang Penting Anak Anak

Jaclyn Victor Sudah Move On Tiada Masalah Bercerai Yang Penting Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 312 hits
Penyanyi popular tahun 2004 Jaclyn Victor tidak rasa terganggu dan depresi dengan penceraiannya yang baru sahaja berlaku bulan lalu Dia bercerai secara baik dan tiada dendam langsung terhadap bekas suaminya itu Foto Instagram Jaclyn VictorM...
Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 289 hits
Mungkin anda hanya berfikir masalah stress hanya akan berlaku pada orang dewasa sahaja Tahukah anda gejala stres juga boleh mempengaruhi kanak kanak juga tanpa anda sedari Mungkin masalah seperti ini jarang sekali kita dengar dan berlaku Je...
Kenapa Orang Zaman Dulu Cenderung Punya Banyak Anak

Kenapa Orang Zaman Dulu Cenderung Punya Banyak Anak

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 692 hits
Peribahasa Banyak anak Banyak Rezeki Dalam kehidupan masyarakat kita terutama orang orang dulu ada ungkapan banyak anak banyak rejeki pengertian rejeki disini biasanya lebih mengacu kepada materi Ungkapan ini mungkin tidak banyak dianut ole...
Naik Kereta Anak Asyik Muntah Sebenarnya Dia Alami Motion Sickness Elak Beri Gajet Pada Anak

Naik Kereta Anak Asyik Muntah Sebenarnya Dia Alami Motion Sickness Elak Beri Gajet Pada Anak

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 430 hits
Setiap kali berjalan naik kereta bas atau apa sahaja kenderaan mesti si kecil akan alami mabuk kereta Tentu susah hati mommies untuk merancang sebarang percutian keluarga sebab si kecil ada masalah mabuk perjalanan Mabuk perjalanan normal u...
Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama

Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 325 hits
Sehingga kini tidak jelas punca sebenar yang menyebabkan penyakit ekzema Ekzema bukanlah penyakit berjangkit tetapi ianya adalah satu masalah alahan yang diwarisi dan juga bersangkut paut dengan sistem imun badan bayi yang kurang matang Sel...
Anak Yang Selalu Kena Marah Akan Berada Pada Pemikiran Otak Takut

Anak Yang Selalu Kena Marah Akan Berada Pada Pemikiran Otak Takut

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 314 hits
Apa jadi kepada pemikiran anak yang sering dimarah Ikuti penjelasan daripada Ibu Rose JAWAPAN PEMIKIRAN ANAK YANG TERLALU SERING DIMARAH AKAN BERADA DI DALAM OTAK TAKUT Otak takut adalah nama yang Ibu olah Oleh itu memang tak akan jumpalah ...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy