Naik Keisei Skyliner Airport Express Ke Nippori Station


CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI PERTAMA - RABU, 4 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu —> Penerbangan Dari KLIA Ke Narita Airport.
Dari lapangan terbang, kami menuju ke hotel penginapan di Nippori yang terletak sejauh 72 km. Masih awal pagi, memang tak boleh mendaftar masuk hotel tapi boleh tinggalkan beg sementara kita berjalan-jalan

Apa pilihan pengangkutan yang ada untuk ke hotel
Dengan bantuan aplikasi Google Maps - terpapar senarai pengangkutan yang boleh kita pilih lengkap dengan kadar tambang dan tempoh perjalanan. Sangat mudah! Ini jauh berbeza dengan pengalaman kami semasa ke Guangzhou, China - tiada paparan pilihan pengangkutan

Kami pilih untuk menaiki Keisei Skyliner Airport Express kerana ia menawarkan perjalanan lebih pantas iaitu kira-kira 45 minit perjalanan, lebih selesa dan lebih mudah kerana tak perlu bertukar tren. Naik satu tren dan lepas tu jalan kaki untuk sampai ke hotel

Kalau nak lebih mudah terus sampai depan pintu hotel, boleh pilih naik e-hailing tapi kena bersedia membayar kadar tambang lebih tinggi berbanding naik tren

Kaunter beli tiket di sebelah kiri

Saya jaga beg, Encik Suami pula ke kaunter membeli tiket. Petugas di kaunter boleh berbahasa Inggeris, jadinya tiada masalah komunikasi. Selain pembelian di kaunter, tiket juga boleh dibeli secara online di skyliner.ec.keisei.co.jp atau beli awal melalui Klook - ada tawaran diskaun tapi perlu buat pengiraan sama ada berbaloi atau tidak dengan kadar tukaran wang semasa. 
Kos tambang dari Narita Airport ke Nippori Station - 2,580 yen seorang
Di platform menunggu tren

Tiket tren. Ada tulisan bahasa Inggeris, mudahlah nak faham maklumat perjalanan. Tertera nombor tempat duduk dan koc (car) yang perlu dinaiki. Masa berlepas pada pukul 9.11 pagi

Kami menunggu di sini - car 3 boarding point.
Beginilah rupa dalam tren Keisei Skyliner Airport Express

Foto ni mungkin nampak sedikit pelik sebab hasil foto zoom-out.Ada tempat khas letak bagasi berhampiran pintu masuk koc. Tapi kami letak je di tempat kami duduk sebab ruang kakinya luas. Beg galas kami letak di ruangan atas tempat duduk. 
Kedudukan kami di koc ke-3 (warna biru pada gambar rajah). Kedudukan fire extinguisher, emergency intercom, AED - automated external defibrillator dan tandas juga dipaparkan pada gambar rajah. Mudah nak cari bila diperlukan. 
Mata mengantuk, tapi saya rasa rugi kalau melelapkan mata tak dapat lihat pemandangan di luar. Kenalah tahan mata demi menikmati pengalaman pertama menyaksikan rupa negara Jepun

Dapat menyaksikan perubahan warna dedaun pada penghujung musim luruh

Cantik dan bersih sungainya

Ada ketikanya, tren berhenti untuk memberi laluan kepada tren lain. Sepanjang perjalanan saya menyaksikan beberapa jenis tren melalui landasan sebelah

Bangunan rumah penduduk

Tak terasa masa berlalu bila mata leka menikmati pemandangan di tempat yang asing. Macam sekejap je perjalanan, tren tiba di destinasi iaitu Nippori Station - stesen yang terletak di Arakawa City, Tokyo Metropolis Prefecture.
Keluar dari stesen, barulah terasa udara sejuk sungguh! Kami kemudiannya terpinga-pinga mencari arah mana satu nak dituju. Walaupun ada panduan pada Google Maps, tapi tidaklah terlalu mudah

Pendek cerita, akhinya kami jumpa juga arah mana satu patut dituju. Dari pintu stesen, kami perlu menuruni anak tangga yang jauh ke bawah 😅
Cabaran tangga pertama buat kami yang baru tiba di Jepun. Ini cuma permulaan, selepas ni banyak lagi anak tangga perlu didaki/dituruni

Kalau tadi saya perhatikan orang turun/naik tangga ni dengan membawa bagasi. Kali ini giliran kami pula bawa turun bagasi melalui tangga ini. Kami bawa dua buah bagasi - Encik Suami bawa turun satu persatu ke bawah

Dari tangga tadi, kami berjalan menuju ke Art Hotel Lungwood dengan mengikut panduan Google Maps. Tak begitu jauh dan mudah sebab jalanan di sini tak sibuk dan laluan pejalan kakinya luas (rujuk foto di atas)

Encik Suami pula suka rela nak bawa semua beg kami - dua buah bagasi saiz 20” dan 24” serta sebuah beg galas, dapatlah saya berjalan santai memerhati suasana sekitar. Kalau ikutkan, tak perlu bawa banyak beg untuk isi keperluan kami berdua selama lima hari di Jepun. Tapi kami sengaja bawa lebih sebab ada niat nak shopping. Eh, bukan niat saya tapi niat Encik Suami sebab tu dia sanggup heret bagasi 😄
Awal-awal saya dah cakap pada Encik Suami - saya bukan orang yang suka shopping semasa travel dan saya tak ada apa nak beli di Jepun. Setakat beli satu dua barang sebagai kenangan, cukuplah! Betul ke tak? Kita tengoklah nanti 😆








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/01/naik-keisei-skyliner-airport-express-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pac To Scrutinise Airport Management Mahb Shares Deal

Pac To Scrutinise Airport Management Mahb Shares Deal

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 131 hits
The Public Accounts Committee will begin proceedings in February to examine the management of Malaysia s airports under the Finance Ministry the Transport Ministry Khazanah and EPF PAC chairperson Mas Ermieyati Samsuddin confirmed to Malays...
Abang Johari Sarawak S New International Airport To Be In Tanjung Embang

Abang Johari Sarawak S New International Airport To Be In Tanjung Embang

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 139 hits
Abang Johari addresses the PBB Southern Zone Branch Delegates Meeting The Borneo Post picKUCHING Jan 19 Sarawak s new state of the art international airport will be located in Tanjung Embang Samarahan Division near the deep sea port current...
Boleh Kena Saman Muat Naik Spoiler Musim Ketiga Squid Game Park Gyuyoung Dikecam Ramai

Boleh Kena Saman Muat Naik Spoiler Musim Ketiga Squid Game Park Gyuyoung Dikecam Ramai

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 178 hits
Susah juga kalau terlalu ghairah ingat memuat naik entri di media sosial risau mengganggu kerja Artikel Berkaitan Terbaru Park Gyu young berkongsi foto disebalik tabir Squid Game 2 dan tanpa sengaja telah mendedahkan spoiler plot untuk musi...
Enggan Ulas Isu Fitnah Presiden Psap Curi Kelapa Sawit Exco Pahang Sedia Tunggu Naik Mahkamah

Enggan Ulas Isu Fitnah Presiden Psap Curi Kelapa Sawit Exco Pahang Sedia Tunggu Naik Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 125 hits
KUANTAN Kalau begitu tunggu naik mahkamah sahaja Berikut merupakan ulasan ringkas Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang berkenaan laporan polis dibuat terhadapnya oleh Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihe...
Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 225 hits
Catatan Trip ke Jepun Hari Selasa 3 Disember 2024 Berlepas ke Jepun Hari Rabu 4 Disember 2024 Tiba di Narita Airport Entri pertama saya bagi siri catatan trip ke Jepun Jemput baca entri pengenalan Sebelum itu mari kita panjatkan kesyukuran ...
17 Express Buses Barred From Travelling Over Technical Violations

17 Express Buses Barred From Travelling Over Technical Violations

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 124 hits
Melaka public works infrastructure public uiilities and transport committee chairman Hameed Mytheen Kunju Basheer checking the travel documents for one of the express buses during the operation last night MELAKA A total of 17 express buses ...
Kopi Kopi Fud S Station

Kopi Kopi Fud S Station

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum WBT MASIH di Kluang kali ini kami ke Fud s Station yang terletak berhadapan dengan Hotel Prime City Kebetulan masa menuju ke Ngepot Kabin ternampak kedai ni dan tertarik dengan tulisan jawi yang digunakan selain tulisan rumi...
Multiple People Stabbed In Central Japan Station One Unconscious

Multiple People Stabbed In Central Japan Station One Unconscious

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 98 hits
This photo shows the area where multiple people were stabbed in front of JR Nagano Station in Nagano central Japan on Jan 22 2025 Photo KyodoNAGANO Multiple people were stabbed on Wednesday evening at a train station in central Japan a hub ...
Not All Heroes Wear Capes Some Work At The Petrol Station In Johor Bahru

Not All Heroes Wear Capes Some Work At The Petrol Station In Johor Bahru

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 145 hits
WE Malaysians take pride in many things Good food Subsidised petrol Definitely subsidised petrol In fact the price of our subsidised petrol is so good that our dear Singaporean neighbours would run over to Johor just to have their tanks fil...
Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guardian Memganjurkan Kempen Hari Raya Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu

Hidup Yang Kekal

Senarai Penaksir Risiko Bising Nra Di Sabah

Tips Sukses Membentuk Sales Pipeline Sesuai Perjalanan Prospek

Bunuh Pelajar Vokasional 2 Tertuduh Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan

Genap Setahun Pemergian Arwah Tok