Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport


Catatan Trip ke Jepun 🇯🇵Hari Selasa, 3 Disember 2024 | Berlepas ke Jepun 🛫Hari Rabu, 4 Disember 2024 | Tiba di Narita Airport 🛬
Entri pertama saya bagi siri catatan trip ke Jepun. Jemput baca entri pengenalan —> Kembara ke Negara Matahari Terbit

Sebelum itu, mari kita panjatkan kesyukuran dengan perkembangan terkini gencatan senjata di Gaza yang akan mula berkuat kuasa pada hari Ahad ini, 19 Januari 2025. Alhamdulillah

Walau tempohnya cuma 50 hari, tetapi ia cukup melegakan bagi mereka yang berada di medan peperangan. Bersama-sama kita terus mendoakan masa depan yang lebih baik bagi mereka di sana


Penerbangan Dari KLIA ke Narita AirportSaya dan Encik Suami tiba di KLIA, Terminal 1 pada pukul 8 malam. Penerbangan kami menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijadualkan berlepas pada pukul 11.35 malam

Pintu pelepasan di C37. Perlu naik shuttle bus dari terminal utama sebab aerotrain (APM - automated people mover system) masih belum beroperasi

Pesawat Airbus A330-300 kelas ekonomi dengan susunan tempat duduk 2-4-2. Memang rasa lebih selesa bila dapat duduk berdua saja. Barisan sebelah kami - deretan empat buah kerusi, kosong tanpa penumpang

Tersedia skrin untuk hiburan sepanjang penerbangan. In-flight Wi-Fi pun disediakan juga, tapi bila dah connect dan cuba guna macam tak boleh pulak. Saja mencuba, bukan nak layan telefon pun. Tadi dah puas menguap dan terlelap semasa menunggu masa untuk masuk pesawat, jadi masuk je pesawat memang nak cepat melelapkan mata

Beberapa detik menghampiri pukul 12 tengah malam, barulah pesawat kami berlepas meninggalkan tanah air. Terlewat sedikit dari jadual, entah apa sebabnya

Satu jam kemudian, pramugari datang menghulurkan dua helai borang - Disembarkation Card untuk urusan imigresen dan Customs Declaration untuk urusan kastam. Isi siap-siap dan simpan untuk kegunaan sewaktu tiba di Jepun nanti

Tak lama kemudian, hidangan pertama diedarkan. Semuanya habis saya makan walau mata mengantuk. Sedap! Lepas makan, kita layan mata jelah. Nak tengok luar pun bukan nampak apa - gelap

Hidangan kedua pula diedarkan pada pukul 4.30 pagi. Agak kecewa sebab saya tak dapat menu Pre-Order Meal, cuma dapat menu yang sama dengan penumpang lain

Menurut pramugari, pada sistem cuma nama Encik Suami saja yang request Pre-Order Meal. Padahal masa buat tu memang kami dah pastikan untuk kami berdua. Entahlah. Encik Suami offer tukar dengan hidangannya, tapi saya tak minat pulak dengan pilihan makanan Encik Suami

Nasi lemak yang saya makan ni pula terasa ada butiran nasi yang masih mentah. Saya makan jelah malas nak mengadu pada Encik Suami. Bila Encik Suami makan untuk merasa, dia tanya saya - nasinya masih ada yang mentah ya

MasyaAllah indah sungguh pemandangan ketika cahaya siang mulai kelihatan. Masa ni pukul 5.18 pagi waktu Malaysia

Saya menunaikan solat Subuh setelah berwuduk dengan menggunakan botol spray di tandas pesawat. Sebenarnya, ketika ini sudah pun di hujung waktu Subuh. Saya kurang teliti memahami dan menjaga waktu solat memandangkan ini pengalaman pertama kami perlu menunaikan solat ketika dalam penerbangan. Sepatutnya perlu tunaikan solat lebih awal, iaitu sebaik saja selepas menikmati hidangan nasi lemak tadi

Macam mana kita nak tahu bila masuknya waktu solat ketika dalam penerbangan? Saya merujuk laman halaltrip.com. Buat carian lebih awal sebelum pesawat berlepas. InsyaAllah nanti saya buat entri khusus bab solat dalam penerbangan ni

Selain merujuk laman halaltrip.com, saya turut bertanya kepada pramugari untuk kepastian. Agak lama barulah pramugari kembali dengan jawapan - kita akan mendarat tak lama lagi. Lebih kurang begitu ayatnya. Ketika itu saya dah pun selesai menunaikan solat. Apa pun, saya hargai usaha beliau yang cuba membantu saya

Hari sudah terang, daratan jelas kelihatan di bawah. Saya rasa sangat teruja dan juga berdebar

Alhamdulillah pesawat yang kami naiki selamat mendarat di bumi Jepun kira-kira pukul 7.19 pagi waktu tempatan (6.19 pagi waktu Malaysia) setelah terbang selama kira-kira 6 jam 20 minit.
Pesawat mendarat di Narita Airport yang terletak di Chiba prefecture (negeri)

Urusan imigresen sedikit mengelirukan serta perlu beratur panjang, tetapi tidak berlaku sebarang masalah. Saya kemudiannya berurusan dengan seorang pegawai imigresen lelaki yang kelihatan begitu santai bertugas - gaya rambutnya kelihatan seperti tidak terurus dan mulutnya sedang mengunyah sesuatu. Rasanya ini kali pertama saya berurusan dengan pegawai imigresen yang begitu santai. Tiada sebarang pertanyaan, sekejap saja selesai urusan pasport

Alhamdulillah semua urusan selesai dalam tempoh kurang satu jam tanpa sebarang masalah. Cuma selepas ambil bagasi tu saya rasa sedikit cemas bila menyaksikan beberapa buah beg penumpang lain dihidu oleh anjing pengesan. Sebenarnya, tak perlu cemas pun sebab kami tak bawa sebarang makanan berbau atau apa-apa barang terlarang. Kami datang Jepun cuma bawa bekalan roti dan kekacang

Tandas di Narita Airport. Selama ini saya cuma dengar cerita berkenaan kecanggihan tandas di Jepun. Akhirnya dapat juga saya menggunakan tandas canggih ni (sila klik foto untuk paparan lebih jelas)

Lega sungguh bila ke negara yang ada menyediakan kemudahan untuk bersuci menggunakan air. Pertama kali memanglah tak biasa, kena ambil sedikit masa untuk membaca tulisan dan memerhati simbol yang ada

Boleh pilih untuk cuci bahagian depan atau belakang, juga boleh laras tahap tekanan air. Segan orang dengar bunyi yang tak sepatutnya? Tekan butang ‘privacy’, akan keluar bunyi aliran air yang juga boleh dilaras tahap kekuatan bunyi. Canggih kan? 😀
Dari lapangan terbang, seterusnya kami menaiki tren menuju ke hotel penginapan di Nippori. Bersambung pada catatan akan datang









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/01/penerbangan-dari-klia-ke-narita-airport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naik Keisei Skyliner Airport Express Ke Nippori Station

Naik Keisei Skyliner Airport Express Ke Nippori Station

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 127 hits
CATATAN TRIP KE JEPUN HARI PERTAMA RABU 4 DISEMBER 2024Jemput baca catatan terdahulu Dari lapangan terbang kami menuju ke hotel penginapan di Nippori yang terletak sejauh 72 km Masih awal pagi memang tak boleh mendaftar masuk hotel tapi bol...
Abang Johari Sarawak S New International Airport To Be In Tanjung Embang

Abang Johari Sarawak S New International Airport To Be In Tanjung Embang

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 130 hits
Abang Johari addresses the PBB Southern Zone Branch Delegates Meeting The Borneo Post picKUCHING Jan 19 Sarawak s new state of the art international airport will be located in Tanjung Embang Samarahan Division near the deep sea port current...
Pac To Scrutinise Airport Management Mahb Shares Deal

Pac To Scrutinise Airport Management Mahb Shares Deal

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 120 hits
The Public Accounts Committee will begin proceedings in February to examine the management of Malaysia s airports under the Finance Ministry the Transport Ministry Khazanah and EPF PAC chairperson Mas Ermieyati Samsuddin confirmed to Malays...
How Uk Airport Taxi Transformed My Heathrow Travel Experience

How Uk Airport Taxi Transformed My Heathrow Travel Experience

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 123 hits
Heathrow Airport can be one of the most popular airports in the entire world Going there or away from it may be difficult An efficient transfer is vital whether you re a frequent passenger or not Choosing the right service can make all the ...
Perempuan Sg Puji Polis Klia Kerana Jumpa Bagasi Hilang

Perempuan Sg Puji Polis Klia Kerana Jumpa Bagasi Hilang

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 118 hits
KEHILANGAN bagasi di lapangan terbang boleh jadi pengalaman yang sangat mengganggu penuh dengan kebimbangan dan kekecewaan Tetapi kisah seorang wanita Singapura baru baru ini bertukar menjadi cerita yang menyentuh hati apabila sekumpulan pe...
Hiburan Kod Qr Klia Warganegara Malaysia Yang Mengembara Diwajibkan Memuat Turun Aplikasi Myborderpass

Hiburan Kod Qr Klia Warganegara Malaysia Yang Mengembara Diwajibkan Memuat Turun Aplikasi Myborderpass

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 192 hits
Warganegara Malaysia yang mengembara diwajibkan memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Setelah aplikasi dimuat turun pengemba...
Klia Aerotrain To Be Back In Action By Q2 Of 2025

Klia Aerotrain To Be Back In Action By Q2 Of 2025

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 109 hits
SEPANG The Kuala Lumpur International Airport aerotrain is expected to be operational again by the second quarter of this year says Malaysia Airports Holdings Berhad Its managing director Datuk Mohd Izani Ghani said on Friday that operation...
Hotel Berdekatan Dengan Klia Salak Boutique Hotel

Hotel Berdekatan Dengan Klia Salak Boutique Hotel

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 157 hits
Kisah bulan November 2024 yang lalu macam biasa delay kan main baru nak terbitkan huhu Kak ana tanya dengan abang sepupu yang kerja di KLIA dan tinggal di area sana minta cadangannya hotel mana yang bertaraf butik hotel dan dekat dengan KLI...
Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 210 hits
MyBorderPass Cara Muat Turun Daftar Guna di KLIA Bermula Januari 2025 Jabatan Imigresen akan mula menggunakan sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di 40 lorong khas di KLIA khusus buat warganegara Malaysia Ini adalah inisiatif KDN ...
Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Peluang Untuk Peneroka Felda Tambah Pendapatan

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Buffet Ramadan 2025 Doubletree By Hilton Johor Bahru

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Bebola Kentang Rangup 3 Bahan Mudah Dan Sedap

Many Fish Killed In Horror Poisoning At Swindon Aquatics Centre Wiltshire 999s

Analisis Keputusan Ujian

Jahit Lencana

Tiga Saat Mengerikan Ditelan Ikan Paus Biru Dan Diluahkan Kembali

Dap Diingat Tidak Cabar Kesabaran Toleransi Muslim