Naik Ets Dari Arau Ke Kl Sentral


[Catatan hari Sabtu, 22 Jun 2024]
Ini bukanlah kali pertama saya dan Encik Suami menaiki ETS (Electric Train Service), tetapi ini merupakan pengalaman pertama kami naik ETS dari Arau, Perlis ke KL Sentral, Kuala Lumpur. Bukan saja berjalan-jalan tetapi kami ke KL atas urusan Encik Suami

Tiket tren kami beli beberapa hari sebelumnya melalui aplikasi KTMB Mobile. Syukurlah masih ada tempat kosong walaupun kami terpaksa duduk pada kedudukan kerusi mengundur (backward) dan tak dapat kerusi untuk duduk bersama.
Tetapi masih pada kedudukan bersebelahan, hanya dipisahkan dengan laluan dalam tren. Dalam aplikasi pembelian tiket, ada tertera jantina untuk kerusi yang sudah dibeli. Jadinya mudahlah kita pilih kerusi kosong dengan jantina yang sama bersebelahan. Encik Suami duduk di kerusi 4B bersama sorang lelaki, manakala saya duduk di kerusi 4C bersama seorang perempuan

Tren tiba di Stesen Kereta Api Arau pada pukul 7.48 pagi, tepat mengikut jadual. Tren berhenti beberapa minit sahaja untuk mengambil penumpang

Kami berada di koc B. Kosong je, tak ada penumpang dari stesen pertama (perjalanan tren dari utara bermula di Stesen Kereta Api Padang Besar)

Koc dan tempat duduk yang cukup bersih dan selesa untuk sebuah perjalanan jauh. Ruang kaki luas dan tempat bersandar boleh laras tanpa mengganggu penumpang belakang. Juga dipaparkan suhu, kelajuan tren dan status tandas (warna hijau - kosong, warna merah - sedang digunakan) di bahagian atas pintu koc

Tak perlu risau bateri telefon habis, boleh mengecas dalam perjalanan

Tak lama selepas tren bergerak, Encik Suami pergi ke kafe di koc D bagi membeli makanan sarapan kami. Tak boleh pergi bersama dan makan di kafe sebab salah seorang perlu jaga beg. Kami beli makanan di awal perjalanan, dapatlah kami menikmati sarapan sementara penumpang di kerusi sebelah masing-masing belum naik. Lebih selesa

Nasi briyani dan nasi lemak, semuanya RM14.50. Rasanya memuaskan

Bahan bacaan pilihan saya sewaktu dalam perjalanan - Road to Japan. Tapi tak sampai halaman 50, saya berhenti membaca kerana rasa pening kepala. Mungkin sebab berada pada kedudukan mengundur atau membaca dalam keadaan tren yang sedikit bergoyang

Kira-kira pukul 9.40 pagi, kedengaran pengumuman memaklumkan tren akan melalui Tasik Bukit Merah dan meminta penumpang bersedia bagi merakam foto. Dapatlah saya memotret foto di atas dari kedudukan kerusi di tepi laluan (aisle). Masa ni penumpang di sebelah saya (duduk di tepi tingkap) sedang tidur dan tingkapnya ditutup sebahagian

Dalam trip kali ini, buat kali pertama saya menggunakan tandas dalam tren. Selepas siap makan sarapan, terus saya menuju ke tandas yang ada di koc kami. Kalau lambat dah ramai penumpang naik, kenalah tunggu giliran. Sepanjang perjalanan nampaknya tak putus-putus orang menggunakan tandas

Macam mana keadaan tandas dalam ETS? Alhamdulillah tandasnya bersih, selesa dan lengkap kemudahan paip air untuk bersuci. Tapi airnya paipnya perlahan je, mungkin nak sesuaikan dengan penggunaan di dalam tren

Alhamdulillah kami selamat tiba di destinasi akhir tren, iaitu KL Sentral pukul 1.12 tengah hari. Perjalanan keseluruhan mengambil masa kira-kira 5 jam 20 minit.
Bagi perjalanan kali ini, kami menaiki ETS Platinum dengan kadar tambang sebanyak RM106 seorang dari stesen Arau ke stesen KL Sentral.
Tren ETS menggunkan kadar tambang fleksi - tidak tetap untuk setiap hari, bergantung kepada tarikh perjalanan dan masa pembelian tiket. Semakan kadar tambang boleh dibuat terus di aplikasi KTMB Mobile. Seperkara lagi, kalau kita nak naik ETS pada hujung minggu atau musim cuti perayaan/sekolah, memang perlu beli awal bagi memastikan dapat tempat duduk dan dapat kedudukan yang kita mahu - kedudukan forward dan duduk bersama dengan kumpulan kita









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/06/naik-ets-dari-arau-ke-kl-sentral.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Pihak Ambil Kesempatan Naik Harga Meskipun Dapat Subsidi

Banyak Pihak Ambil Kesempatan Naik Harga Meskipun Dapat Subsidi

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 246 hits
Tular notis naik harga perkhidmatan semua syarikat akan dipanggil esokSITI NUR ZAWANISejak semalam tular notis pemakluman mengenai penyelarasan harga perkhidmatan yang baharu oleh beberapa syarikat pengangkutan Notis yang dilihat Harapan Da...
Ada Di Bangkok Song Jihyo Muat Naik Foto Menggiurkan Dalam Tab Mandi

Ada Di Bangkok Song Jihyo Muat Naik Foto Menggiurkan Dalam Tab Mandi

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 180 hits
Walaupun jarang berlakon sekarang namun Song Ji hyo sibuk ke luar negara untuk menjalani aktiviti promosi Artikel Berkaitan Terbaru wanita itu dilihat berada di Bangkok Thailand bagi menyertai satu acara kecantikan di bawah nama Glutanex Ap...
Minyak Naik Lagi

Minyak Naik Lagi

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 378 hits
ANKARA Harga minyak naik pada Rabu berikutan ramalan permintaan yang kukuh di Amerika Syarikat pengguna minyak terbesar dunia dan ketidakpastian berterusan mengenai bila pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS lapor Anadolu Penand...
Minyak Naik Diesel Naik Subsidi Dah Kena Potong Mari Kita Berbasikal Che Ta

Minyak Naik Diesel Naik Subsidi Dah Kena Potong Mari Kita Berbasikal Che Ta

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 171 hits
Minyak naik diesel naik subsidi dah kena potong Mari kita berbasikal sinis Rozita Che Wan Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta bertutur secara sinis terutama buat peminatnya mengenai perkembangan isu semasa yang berl...
Harga Kopi Hainan Naik 50 Sen Secawan

Harga Kopi Hainan Naik 50 Sen Secawan

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 212 hits
This is a Public Service message Sila ambil maklum This is taken from Newswav here Cup Of Kopi Rises By 50 Cent Because Of Diesel Price HikeKopitiam issues notice that price of Kopi is going up becuase of rising diesel priceSo it looks like...
Infografis Alur Naik Bus Jemaah Haji Indonesia Rute Makkah Ke Arafah

Infografis Alur Naik Bus Jemaah Haji Indonesia Rute Makkah Ke Arafah

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 243 hits
Jemaah haji Indonesia akan mulai diberangkatkan dari hotel penginapan di Makkah menuju Arafah dengan bus bus
Harga Barang Tak Seharusnya Naik Dengan Penyasaran Subsidi Diesel

Harga Barang Tak Seharusnya Naik Dengan Penyasaran Subsidi Diesel

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 189 hits
malaysiakini comPenyasaran subsidi diesel tidak seharusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Dr Ameer Ali Mydin Ameer berkata ini kerana pengusaha sektor logistik menerima subsidi...
Kerja 30 Tahun Tak Naik Pangkat Sama Ada Tak Perform Atau Tak Ada Kelulusan

Kerja 30 Tahun Tak Naik Pangkat Sama Ada Tak Perform Atau Tak Ada Kelulusan

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 182 hits
Calon PN di Sungai Bakap 30 tahun maintain jawatan Eksekutif Steady tak naik naik pangkat
Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Masak Kicap Ikan Mackerel

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya

Nahas Trak Pru Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau Kebanyakannya Berkaitan Dadah

Beri Cincin Amp Janji Kahwin Wanita Rugi Hampir Rm1 Juta Selepas Jadi Mangsa Love Scam Lelaki Yaman

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu