Naib Ketua Pemuda Pkr Gesa Latheefa Lepas Jawatan



Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Syah Syed Osman menggesa Latheefa Koya melepaskan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bagi "membuktikan" sikapnya dalam mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak.

"Sebagai individu yang sering mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak, Latheefa harus menzahirkan pendirian beliau dengan menolak pelantikan tersebut.

Ternyata pelantikan tersebut tidak mengikut saluran yang betul tanpa melalui konsultasi JawatanKuasa Khas Pemilihan Parlimen apatah lagi perbincangan dalam Majlis Presiden PH.

"Tambahan lagi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga mengakui beliau melantik Latheefa tanpa perlu merujuk kepada kabinet terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambahnya, cara pelantikan Latheefa tidak boleh dijadikan amalan dalam kerajaan PH kerana rakyat akan mempertikaikan ketelusan dalam prosedur pelantikan jawatan agensi kerajaan.

"Kita harus lebih peka dengan kehendak rakyat khususnya dalam menzahirkan janji manifesto seperti yang termaktub dalam Janji ke-14 Buku Harapan dengan jelas menyatakan bahawa di bawah kerajaan PH SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada perdana menteri.

"Justeru itu saya menggesa Latheefa untuk meletakkan jawatan serta merta sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM jika beliau bermaruah," katanya.

Syed Badli membuat kenyataan itu meskipun Ketua Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil semalam menggesa agar PH tidak membiarkan kontroversi pelantikan Latheefa menjejaskan kestabilan kerajaan.

Sebaliknya, Faiz menggesa agar Latheefa diberi peluang menjalankan tugas dan mengutamakan usaha PH membasmi rasuah.

Presiden Amanah yang juga merupakan menteri kabinet, Mohamad Sabu semalam berkata beliau yakin perdana menteri akan mengambil perhatianmengenai kritikan terhadap cara pelantikan Latheefa.

Sementara Presiden PKR Anwar Ibrahim pula berpendapat Dr Mahathir perlu menjawab kritikan berhubung pelantikan itu.

Semalam, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew menyertai lebih 1,000 orang menandatangani sebuah petisyen dalam talian, yang mendesak supaya peguam Latheefa Koya berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.

Selain cara pelantikan tidak melalui kabinet dan Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen, pelantikan Latheefa turut mendapat kritikan kerana pernah menjadi ahli PKR serta memegang beberapa jawatan dalam parti itu.

Meskipun Latheefa sudah keluar parti selepas mendapat tahu mengenai pelantikannya dalam SPRM, pengkritiknya masih tidak berpuas hati.

Latheefa dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM sebagai menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memohon perkhidmatannya dipendekkan.

Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Jun lalu bagi kontrak selama dua tahun.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/naib-ketua-pemuda-pkr-gesa-latheefa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latheefa Koya Dilantik Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Baharu Keluar Dari Pkr Serta Merta

Latheefa Koya Dilantik Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Baharu Keluar Dari Pkr Serta Merta

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 709 hits
Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baharu berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu untuk tempoh dua tahun Dalam Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata pelantikan itu selaras dengan subseks...
Latheefa Letak Jawatan Ahli Pkr Hanya Lakonan Dakwa Puad

Latheefa Letak Jawatan Ahli Pkr Hanya Lakonan Dakwa Puad

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 538 hits
Pelantikan KP SPRM baharu sekadar teruskan pendakwaan selektif Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Mohd Puad Zarkashi BANGI Jika Latheefa Koya yang melaungkan integriti gagal membuktikannya kerana menerima pelantikan maka apa ...
Dua Ketua Wanita Cabang Pkr Melaka Letak Jawatan

Dua Ketua Wanita Cabang Pkr Melaka Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 429 hits
Diterbitkan Hari ini 8 33 malamDua ketua wanita cabang PKR Melaka meletakkan jawatan yang mendorong spekulasi berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu Berdasarkan satu mesej yang tular di media sosial menyatakan kedua dua mereka ialah Ket...
Latheefa Koya Ketua Baru Sprm

Latheefa Koya Ketua Baru Sprm

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 886 hits
Peguam dan Pengarah Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dalam kenyataan kepada media Pejabat Perdana Menteri menyatakan Latheefa mengganti...
Latheefa Koya Ketua Pesuruhjaya Baru Sprm

Latheefa Koya Ketua Pesuruhjaya Baru Sprm

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 688 hits
Peguam dan Pengarah Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dalam kenyataan kepada media Pejabat Perdana Menteri menyatakan Latheefa mengganti...
Saifuddin Sahkan Lantikan Latheefa Tidak Dimaklumkan Kepada Kabinet Pkr

Saifuddin Sahkan Lantikan Latheefa Tidak Dimaklumkan Kepada Kabinet Pkr

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 489 hits
MALAYSIAKINI Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan bahawa pelantikan peguam Latheefa Beebi Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM baru tidak dimaklumkan kepada kabinet sebelum it...
Apa Rahsia Latheefa Koya Diasak Pkr Berundur Dari Sprm

Apa Rahsia Latheefa Koya Diasak Pkr Berundur Dari Sprm

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 768 hits
LATHEEFA TAK BERSALAH YANG BERSALAH MUNGKIN YANG MELANTIKNYA LATHEEFA KOYA TIDAK BOLEH BERUNDUR ATAS DESAKAN PKR DAN SEGELINTIR RAKYAT KERANA ITU BERMAKNA MENCABAR KEPUTUSAN PERDANA MENTERI DAN YANG DIPERTUAN AGONG HANYA SEKALI NI SAHAJA TA...
New Macc Chief Latheefa Still Listed As Pkr Member Says Sec Gen

New Macc Chief Latheefa Still Listed As Pkr Member Says Sec Gen

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 703 hits
Newly appointed Malaysian Anti Corruption Commission chief commissioner Latheefa Koya is still a PKR member party secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said today He said he did not get any resignation letter from Latheefa ...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Dinner Mee Kolok Masam Masam Manis Kat Paroq Vaie

Padang Besar Here We Come Part 1

Hardcover Rigid Box Chipboard Kotak Keras Simbol Kemewahan Kualiti Premium Untuk Jenama Anda

Strawberry Smoothie