Dua Ketua Wanita Cabang Pkr Melaka Letak Jawatan


B Nantha KumarDiterbitkan Hari ini 8:33 malam

Dua ketua wanita cabang PKR Melaka meletakkan jawatan, yang mendorong spekulasi berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu.

Berdasarkan satu mesej yang tular di media sosial menyatakan kedua-dua mereka ialah Ketua Wanita PKR cabang Tangga Batu, Rohanie Mahmud dan Lilla Madon yang merupakan Ketua Wanita PKR cabang Kota Melaka.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rohani mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai ketua wanita PKR cabang dan menyertai Umno.

"Kita berjuang biarlah ikhlas dari hati kerana apa kita lakukan segalanya dilihat dan dinilai oleh masyarakat. Jangan berpolitik pilih kasih. Jangan mencari orang bila perlu. Jangan berpolitik janji manis.

"Hargai orang bekerja menaikkan kamu, hargai orang melawan fitnah demi kemenangan kamu, kenanglah jasa baik orang. Dengan secara rasminya saya tidak bersama mereka buat selamanya," kata Rohanie yang turut memuatkan beberapa keping gambar beliau menyertai Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua PKR Cabang Tangga Batu, Qui Teck mengesahkan Rohanie meletak jawatan sebagai ketua wanita cabangnya.

Namun, katanya Rohanie telah meletakkan jawatan pada 26 Januari lalu dan tugasnya kini dipangku oleh timbalannya.

Menurut Qui Teck yang juga Adun Kelebang, isu perletakan jawatan Rohani telah dimaklumkan kepada Ketua Wanita PKR Negeri Melaka, Ginie Lim pada Februari 2019.

Sementara itu, Ketua Cabang Kota Melaka Ridduan Amin berkata ketua wanitanya meletak jawatan atas isu kesihatan.

"Beliau (Lilla) merupakan seorang cikgu. Dan saya diberitahu olehnya bahawa beliau ingin letak jawatan atas faktor kesihatan," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan bilakah tarikh Lilla meletakkan jawatan sebagai ketua wanita cabang berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha PKR Melaka, Zamri Yusof mengakui menerima mesej tersebut, namun mengesahkan tidak menerima sebarang surat rasmi daripada dua individu berkenaan.

"Saya sahkan terima mesej tersebut. Namun, masih tidak menerima sebarang surat rasmi. Jadi, saya tidak boleh mengulas lanjut," kata beliau.

Menurut satu sumber parti daripada ibu pejabat PKR kedua-dua ketua wanita tersebut meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan negeri yang baru.

"Jadi, hari ini kita nampak ada orang mula keluar daripada parti kerana 'suara' mereka tidak diendahkan.

"Kedua-dua anggota parti ini menang dalam pemilihan PKR peringkat ketua wanita cabang. Jadi, kenapa mereka melepaskan jawatan? Inilah perlu dijawab sekarang" tambah sumber itu kepadaMalaysiakini.

Sumber dari ibu pejabat PKR, mengesahkan kedua-dua ketua wanita berkenaan meletakkan jawatan hari ini dan salah seorang daripada mereka menyertai Umno.

Menurutnya, kedua-dua mereka bertindak meninggal parti itu selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang baru.

"Isu ini memang lama di Melaka. Banyak yang tidak puas hati dengan pimpinan negeri yang baru.

Jadi, hari ini kita nampak ada orang mula keluar daripada parti kerana 'suara' mereka tidak diendahkan.

"Kedua-dua anggota parti ini menang dalam pemilihan PKR peringkat ketua cabang wanita. Jadi, kenapa mereka melepaskan jawatan? Inilah perlu dijawab sekarang," kata sumber kepada Malaysiakini.

Terdahulu, dua keping gambar salah seorang ketua wanita cabang PKR sedang mengisi borang keahlian Umno dan menyerahkan borang berkenaan kepada seorang pemimpin Umno tular di media sosial.

Ketika dihubungi Setiausaha PKR negeri Melaka, Zamri Yusof mengakui beliau turut menerima mesej tersebut.

Namun, beliau mengesahkan tidak menerima sebarang surat rasmi daripada kedua-dua individu tersebut.

"Saya sahkan terima mesej tersebut. Namun, masih tidak menerima sebarang surat rasmi. Jadi, saya tidak boleh mengulas lanjut," kata beliau.

Malaysiakini sedang menghubungi kedua-dua ahli PKR tersebut untuk mendapatkan ulasan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/dua-ketua-wanita-cabang-pkr-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naib Ketua Pemuda Pkr Gesa Latheefa Lepas Jawatan

Naib Ketua Pemuda Pkr Gesa Latheefa Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 336 hits
Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Syah Syed Osman menggesa Latheefa Koya melepaskan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bagi membuktikan sikapnya dalam mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak Sebagai individu yang sering me...
Bila Tarikh Sebenar Dr M Akan Letak Jawatan Tanya Pemimpin Pkr

Bila Tarikh Sebenar Dr M Akan Letak Jawatan Tanya Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 398 hits
May 31 2019 8 09 AMAhli Parlimen Kapar dari PKR Abdullah Sani Abdul Hamid berkata ekonomi adalah masalah yang berterusan PETALING JAYA Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid meminta Dr Mahathir Mohamad memberitahu dengan jelas bilaka...
Latheefa Letak Jawatan Ahli Pkr Hanya Lakonan Dakwa Puad

Latheefa Letak Jawatan Ahli Pkr Hanya Lakonan Dakwa Puad

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 349 hits
Pelantikan KP SPRM baharu sekadar teruskan pendakwaan selektif Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Mohd Puad Zarkashi BANGI Jika Latheefa Koya yang melaungkan integriti gagal membuktikannya kerana menerima pelantikan maka apa ...
Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 447 hits
Adakah wujud konspirasi di peringkat tertinggi untuk lindung pesalah BANGI Sejak dilancarkan Selasa lalu 21 923 rakyat sudah menandatangani petisyen atas talian bagi mendesak Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan Petisyen yang dilan...
Inkues Adib Lepas Desak Ag Letak Jawatan Ummah Mahu Anjur Solat Hajat

Inkues Adib Lepas Desak Ag Letak Jawatan Ummah Mahu Anjur Solat Hajat

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 260 hits
Selain laporan polis dan penghantaran memorandum Gerakan Pembela Ummah kini merancang untuk menganjurkan sembahyang hajat seluruh negara bagi menuntut keadilan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Semalam Ummah membuat ...
Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 369 hits
Mastura Mohd Khalid Pemuda Bersatu Kelantan hari ini mendesak Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Mastura Mohd Khalid untuk meletak jawatan Ini berikutan susulan dengan kenyataannya berhubung cadangan sekata...
Pkr Retak Dua Kem Tunjuk Taring

Pkr Retak Dua Kem Tunjuk Taring

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 456 hits
BIBIT perpecahan antara parti Keadilan Rakyat makin menunjukkan fasa gentingnya apabila Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kini semakin berlumba lumba meraih sokongan rakyat khususnya ahli PKR kata Annuar Shaari Bekas setiausaha sulit Anwar itu be...
Syukri Abdull Kena Dedahkan Kenapa Dia Terpaksa Letak Jawatan

Syukri Abdull Kena Dedahkan Kenapa Dia Terpaksa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 466 hits
oleh Ab Jalil Backer Sebelum menang janji semua badan GLC bebas lantikan politik Bila menang ketua penguatkuasa SPRM pun lantikan politik Lateefah Koya dilantik KP SPRM yang baharu Apa macam Shukri Abdul Kamu buat perjanjian dengan syaitan ...
Tun M Patut Letak Jawatan Sekiranya Beliau Sendiri Tidak Percaya Kepada Kabinet Yang Beliau Bentuk

Tun M Patut Letak Jawatan Sekiranya Beliau Sendiri Tidak Percaya Kepada Kabinet Yang Beliau Bentuk

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 761 hits
Jangkaan saya tepat apabila Tun M sendiri mengakui bahawa perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dibincangkan di dalam Majlis Presiden jauh sekali melalui Kabinet Kenyataan PM itu disahkan sendiri oleh Dato Saifuddin ...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat

Lelaki Ditetak Di Pusat Beli Belah

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

High Court Strikes Out Suhaili S Lawsuit Against Bersatu Labuan Seat In Jeopardy