Nahas Pesawat Sriwijaya Bahagian Tubuh Manusia Ditemui Dekat Perairan Jakarta
"Empat anggota keluarga saya berada dalam pesawat itu - isteri dan tiga anak," kata Yaman Zai sambil menangis teresak-esak di Lapangan Terbang Pontianak. (Gambar: AFP)
Nahas pesawat Sriwijaya: Bahagian tubuh manusia ditemui dekat perairan Jakarta Para penyelam Indonesia menemui bahagian tubuh manusia, bangkai pesawat dan pakaian di perairan dekat pesisir Jakarta, hari ini (10 Jan), susulan tragedi nahas jet Sriwijaya Air jenis Boeing 737-500. P esawat membawa 62 orang itu dilaporkan terhempas ke laut selepas kira-kira empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, petang semalam. Sio ee 😇😇
Posted by Hendry Endicko on Saturday, 9 January 2021Sebuah kapal tentera "menemui isyarat dari (Sriwijaya Air) SJ182 dan para penyelam menemui bahagian pesawat dari kedalaman sekitar 23 meter, kata kementerian pengangkutan pada Ahad, memetik panglima tentera Indonesia Hadi Tjahjanto.
Kementerian itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada isyarat itu datang dari kotak himtam pesawat tersebut.
Hingga kini, punca kejadian masih belum diketahui, dengan pihak berkuasa menumpukan usaha mencari dan menyelamat yang dilihat sebagai harapan amat tipis untuk menemui mangsa terselamat.
"Beberapa bahagian tubuh manusia ditemui dan kami telah membawanya ke hospital polis untuk dikenalpasti," kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus, kepada AFP.
"Kami percaya barangan milik penumpang juga ditemui."
Penemuan itu adalah hasil operasi membabitkan kapal perang, helikopter dan penyelam yang dikerah ke lokasi terbabit, hari ini.
Pihak berkuasa memaklumkan, pesawat itu membawa 62 penumpang dan kru, termasuk 10 kanak-kanak, yang kesemuanya adalah warga Indonesia.
Sepasang seluar panjang kanak-kanak berwarna merah jambu, jaket pelampung dan serpihan bangkai pesawat juga ditemui, menurut pihak berkuasa dan wartawan yang berada di tapak nahas.
Pesawat terbabit menuju ke bandar Pontianak yang membabitkan perjalanan selama kira-kira 90 minit melintasi Laut Jawa.
Ahli keluarga mangsa berkumpul di Lapangan Terbang Pontianak, malam tadi, untuk menunggu perkembangan insiden berkenaan.
"Empat anggota keluarga saya berada dalam pesawat itu - isteri dan tiga anak," kata Yaman Zai sambil menangis teresak-esak.
Pihak berkuasa berkata, mereka akan meneruskan operasi pencarian di laut dan juga dari udara, selain menggunakan radar sonar untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan.
Lebih 300 kakitangan meliputi tentera laut dan polis bersama 10 kapal perang turut terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat itu.
Data penerbangan Flightradar24.com menunjukkan pesawat itu mencapai ketinggian hampir 3,350 meter sebelum tiba-tiba menjunam ke ketinggian 76 meter. Ia kemudian terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.
Menteri Pengangkutan Indonesia semalam berkata, jet itu seakan menukar haluan sebelum hilang dari radar.
Sriwijaya Sir yang mengendalikan penerbangan di Indonesia dan Asia Tenggara menyatakan ia sedang menyiasat punca pesawat itu terputus hubungan.
- AFP/HA/ha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/01/nahas-pesawat-sriwijaya-bahagian-tubuh.html