Nahas Pesawat Sriwijaya Lebih Banyak Serpihan Dijumpai Termasuk Blaus Kanak Kanak
Antara yang baru dijumpai, blaus kanak-kanak berwarna merah jambu.
Nahas pesawat Sriwijaya: Lebih banyak serpihan dijumpai termasuk blaus kanak-kanak Pihak berkuasa Indonesia hari ini (10 Jan) menemui lebih banyak serpihan yang disyaki sebagai bahagian-bahagian pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang dilaporkan hilang. Ini sedang para penyelamat mengejar masa untuk mencari pesawat itu dan para penumpangnya. M enurut pasukan penyelamat, lima beg berisi cebisan mayat sudah ditemui dan dihantar ke hospital polis untuk dikenal pasti.
Pesawat itu hilang dari radar semalam (9 Jan) hanya empat minit setelah ia berlepas pada pukul 2.36 petang waktu tempatan (pukul 3.36 waktu Singapura) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Pesawat Boeing 737 - 500 itu sedang dalam penerbangan ke Pontianak, Kalimantan Barat.
Ketua Marsyal Udara, Hadi Tjahjanto yang menaiki kapal penyelamat hari ini berkata, pasukan penyelam menemui bahagian-bahagian pesawat termasuk serpihan dengan nombor pendaftarannya serta serpihan yang tertera warna syarikat penerbangan itu pada kedalaman 23 meter di laut utara Jakarta.
"Kami menerima laporan daripada para penyelam bahawa kadar penglihatan di dalam laut agak baik, membolehkan mereka mencari bahagian-bahagian pesawat," kata komander tentera itu menerusi satu kenyataan.
Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional, Soerjanto Tjahjono, pula berkata pasukannya sudah dikerahkan dengan peralatan yang boleh mengesan objek di dalam laut termasuk dua komponen kotak hitam - iaitu peti rakaman suara kokpit (CVR) dan peti rakaman data penerbangan (FDR).
Antara serpihan yang dijumpai hari ini termasuk sehelai blaus kanak-kanak berwarna merah jambu, jaket keselamatan berwarna kuning dan bahagian tayar.
Kesemuanya diserahkan kepada pihak berkuasa yang relevan, kata Brigedier Jeneral, Rasman MS, penyelaras misi agensi mencari dan menyelamat.
"Blaus merah jambu itu akan kami serahkan kepada pasukan Mengenal pasti Mangsa Bencana, sementara bahan yang disyaki bahagian pesawat akan kami serahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional," katanya kepada para wartawan.
Pada malam semalam, para pegawai juga menemui serpihan-serpihan yang disyaki bahagian pesawat dan sudah menyerahkannya kepada pihak relevan untuk dikenal pasti.
Seorang jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus memberitahu Mediacorp bahawa antaranya terdapat bahagian-bahagian tubuh manusia.
- Agensi berita/NK/nk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/01/nahas-pesawat-sriwijaya-lebih-banyak.html