Nahas Pesawat Elmina Keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Harun Cadang Ambil Tindakan




BENTONG: Pihak keluarga bekas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu.
Tragedi tersebut menyebabkan Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai ketika itu dan sembilan yang lain terkorban.
Anak Allahyarham, Muhammad Shafieq Hafizilman Johari, 30, berkata, tindakan itu akan diambil selepas hasil laporan akhir dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) membabitkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada Jumaat disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
"Pihak keluarga mungkin akan ambil tindakan terhadap pengendali syarikat terbabit.
"Difahamkan ada waris mangsa yang lain akan buat tindakan sama... cuma menunggu masa," kata anak sulung daripada lima beradik itu.
Beliau ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Johari dan kesemua mangsa yang terlibat di Kampung Sum Sum dekat Janda Baik di sini pada Ahad.
Majlis melibatkan ahli keluarga dan waris mangsa turut dihadiri Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam yang juga ADUN Pelangai mewakili kerajaan negeri.
Muhammad Shafieq berkata, mereka sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan reda walaupun mengakui masih terkejut dengan hasil laporan yang dikeluarkan oleh biro terbabit.
"Kami letak 100 peratus kepercayaan khususnya pihak kerajaan untuk menggubal kembali terutama lesen juruterbang dan sebagainya.
"Bila lihat hasil laporan penuh yang dikeluarkan, ia berpunca berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak diguna pakai secara elok supaya dapat menjamin keselamatan rakyat yang ingin menggunakan penerbangan khususnya secara peribadi," katanya.
Dalam pada itu, bercerita pemergian Allahyarham bapanya yang telah genap setahun, Muhammad Shafieq mengakui mereka sekeluarga masih bersedih hingga kini.
"Sejujurnya kami masih bersedih selepas setahun... banyak perkara perlu diselesaikan.
"Seperti apa yang saya cakap, kami menunggu tindakan kerajaan untuk membantu kami serta semua waris yang terlibat agar mendapat pembelaan yang sewajarnya," tambahnya.
Jelas beliau, buat masa ini keluarganya juga tidak ingin mendengar rakaman perakam suara kokpit milik pesawat itu kerana tidak mahu menambahkan kesedihan yang dihadapi mereka.
"Secara jujurnya, kami tidak merancang untuk mendengar rakaman suara tersebut," akuinya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan lokasi majlis itu di Kampung Sum Sum, Muhammad Shafieq berkata, kampung ini dipilih sebagai tanda penghargaan dan hasrat Allahyarham bapanya yang ingin mengadakan majlis di kawasan itu selepas dilantik sebagai Exco Pahang.
"Dua minggu selepas kejadian ada perancangan, sudah ada tarikh nak buat majlis di sini tapi tidak kesampaian selain ia adalah kawasan kampung ayah," katanya.
Dalam kejadian 17 Ogos tahun lalu, pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas di Bandar Elmina ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anak kapal, serta seorang penunggang motosikal p-hailing dan seorang pemandu e-hailing yang melalui kawasan itu.
Sementara itu, Amizar mengakui turut terkilan selepas mengetahui hasil laporan akhir tragedi tersebut yang disifatkan boleh mengundang tekanan dan kegusaran kepada rakyat Malaysia yang ingin mengambil penerbangan udara.
"Ada sedikit kekecewaan berlaku disebabkan (punca) yang dipanggil kelalaian.
"Kita mohon pihak berwajib untuk mengenal pasti semula, mengkaji bagaimana peraturan atau bagaimana setiap penerbangan serta juruterbang yang diberikan sijil ini perlulah dinilai sebaik mungkin agar perkara ini tidak berulang lagi.
"Kita mohon kepada pihak berwajib untuk sekali lagi menyeru mereka berhati-hati dan mencari cara terbaik dalam memberi perkhidmatan seratus peratus sebab ini melibatkan nyawa manusia," katanya.
Tegasnya, sentuhan dan keperibadian Allahyarham Johari sangat memberi impak buat warga Bentong khususnya di DUN Pelangai. #sinarharian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/nahas-pesawat-elmina-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ya Allah Ya Allah Ya Allah Transkrip Perakam Suara Pesawat Dikeluarkan Tragedi Elmina Berdarah Kembali

Hiburan Ya Allah Ya Allah Ya Allah Transkrip Perakam Suara Pesawat Dikeluarkan Tragedi Elmina Berdarah Kembali

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 184 hits
Semalam Biro Penyiasatan Kemalangan Udara telah mengeluarkan akhir insiden pesawat Beechcraft Model 390 yang terhempas di Elmina Shah Alam pada tahun lalu Apa yang dinantikan pastinya salinan transkrip perakam suara kokpit milik pesawat itu...
Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina Ya Allah Ya Allah Ya Allah

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 97 hits
Amalia Azmi amp Fuad Nizamam hmetro com myLOKASI nahas pesawat Beechcraft Model 390 N28JV yang terhempas di Elmina Shah AlamKuala Lumpur Transkrip perakam suara kokpit milik pesawat Beechcraft Model 390 N28JV yang terhempas di Elmina Shah A...
Ibu Tunggal Dakwa Trauma Dihendap Datuk Seri Tawar Rm1 Juta Untuk Hamil Zuriat

Ibu Tunggal Dakwa Trauma Dihendap Datuk Seri Tawar Rm1 Juta Untuk Hamil Zuriat

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 100 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myMichael Chong bersama Chan dan Marcus Chong NSTP NURUL HIDAYAH BAHAUDINKUALA LUMPUR Seorang ibu tunggal mendakwa hidup dalam trauma akibat dihendap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri...
Sultan Pahang Akan Kurnia Rumah Baru Untuk Keluarga Mangsa Nahas Treler Di Ketapang Hilir

Sultan Pahang Akan Kurnia Rumah Baru Untuk Keluarga Mangsa Nahas Treler Di Ketapang Hilir

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 285 hits
PEKAN Prihatin dengan nasib mangsa yang rumahnya musnah akibat dirempuh sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Pekan Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir pada Sabtu Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah...
Kes Keropok Beracun Sebabkan Kematian Dua Budak Pekebun Dakwa Datuk Mangsa Putar Belit Cerita Sebenar

Kes Keropok Beracun Sebabkan Kematian Dua Budak Pekebun Dakwa Datuk Mangsa Putar Belit Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 143 hits
nbsp Bila ada kematian pertama baru aku ditahan Pada hari aku ditahan aku berada di kampung rumah mertua aku sebab aku hantaq anak bini aku balik sana Aku rasa aku akan ditahan sebab tu lah aku hantar anak bini balik kampung mertua aku Kelu...
Fikir Anak Ramai Datuk Aliff Syukri Terkejut Isteri Hadiahkan Ferrari Idaman

Fikir Anak Ramai Datuk Aliff Syukri Terkejut Isteri Hadiahkan Ferrari Idaman

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 169 hits
Usahawan berjaya Datuk Seri Aliff Syukri menerima kejutan yang paling istimewa daripada isteri tercinta Datin Seri Nur Shahida sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 17 Menerusi sebuah posting di Instagram Aliff menerima sebuah kere...
Dr Maimunah Jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur

Dr Maimunah Jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 197 hits
Hari ini saya menyerahkan surat pelantikan kepada Datuk Seri Paduka TPr Dr Maimunah Mohd Sharif yang bakal menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu bermula esok Pelantikan beliau telah mendapat perkenan KDYMM Seri Pad...
Datuk Nenek Dan Cucu Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Pagoh

Datuk Nenek Dan Cucu Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Pagoh

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 102 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myKEBAKARAN sebuah rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh awal pagi tadi FOTO Alias Abd RaniMuar Tiga sekeluarga maut manakala seorang cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya ...
Peniaga Jalan Masjid India Boleh Operasi Hari Ini Kata Datuk Bandar

Peniaga Jalan Masjid India Boleh Operasi Hari Ini Kata Datuk Bandar

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 137 hits
Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif menasihatkan peniaga di Jalan Masjid India berhati hati walaupun mereka boleh beroperasi seperti biasa hari ini PETALING JAYA Operasi perniagaan di Jalan Masjid India boleh dijalankan seperti b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities