Nadiyah Shahab Dedah Kehidupan Sebenar
Nadiyah Shahab Dedah Kehidupan Sebenar
BIARPUN sudah enam tahun terlibat secara langsung dalam industri seni, namun kelibat Nadiyah Shahab mungkin jarang dilihat di kaca televisyen.
Apatah lagi sebaik mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dengan pelakon dan usawahan, Ben Ali, Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab secara perlahan-lahan beralih kepada perniagaan berasaskan makanan, Absolut Chocolat setahun kemudian.
Dalam kesibukan merencana karier seni dan perniagaan, wanita yang bakal mencecah usia 31 tahun Mei depan juga baharu sahaja menyempurnakan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Singapura.
“Tidak dinafikan, kehidupan saya sangat sibuk sejak berkahwin. Selain sibuk berlakon, saya dan Ben memulakan perniagaan Absolut Chocolat dan ada beberapa cabang lain menerusi pengurusan acara dan artis.
“Dalam masa sama, saya juga sibuk menyelesaikan pengajian undang-undang dan alhamdulillah sudah graduate tahun lalu.
“Walaupun sibuk, saya cuba sebaik mungkin untuk mengaturkan karier seni. Saya masih menerima tawaran berlakon, tetapi tidaklah back to back sebab saya kesiankan Ben untuk uruskan perniagaan bersendirian.
“Jadi saya lebih selektif dan ambil tawaran yang benar-benar menarik buat masa ini,” katanya ketika ditemui pada Isnin.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Nadiyah dan suaminya sudah bergelar jutawan semenjak mengusahakan perniagaan, selebriti itu menafikannya.
Jelas Nadiyah, segala keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan tidak masuk ke akaun peribadi.
“Kalau jutawan, saya rasa tak kerja dah. Walaupun kadang-kadang jualan boleh mencecah jutaan ringgit, tetapi duit itu masuk ke akaun syarikat dan bukannya ke akaun peribadi untuk dinikmati.
“Kami juga hidup seperti orang biasa, yang setiap bulan ambil gaji dan hakikatnya gaji kami sendiri tidak lebih RM5,000. Malah ada pekerja kami yang gajinya lebih daripada kami.
“Bagi saya, kalau naikkan stardard hidup, saya bimbang akan terkial-kial untuk kekalkan standard itu setiap masa. Bak kata pepatah, besar periuk, besarlah keraknya.
“Jadi penting untuk hidup secara sederhana dan mempunyai simpanan untuk kecemasan pada masa hadapan,” ujarnya yang memiliki 68 pekerja.
Sedia bergelar ibu
Hidup dengan kesibukan sebelum ini, Nadiyah berkata, dia kini sudah bersedia untuk melangkah ke satu fasa baharu dalam hidupnya iaitu bergelar ibu.
Nadiyah dan Ben sudah bersedia untuk melangkah ke satu fasa dalam hidup mereka iaitu bergelar ibu dan bapa.
Katanya, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, dia merasakan ini masa yang sesuai untuk mempunyai anak.
“Ketika awal perkahwinan, kami merasakan hanya bersedia untuk bergelar ibu bapa selepas kerja selesai. Tetapi kami belajar bahawa tidak ada kerja yang akan selesai kerana akan sentiasa ada perancangan baharu.
“Saya tak mahu mengandung, kemudian bersalin dan selepas itu tinggalkan anak dengan pembantu. Atas sebab itu saya tangguhkan dulu hasrat untuk memiliki cahaya mata.
“Memandangkan kami dah buang masa tiga tahun, jadi saya harap dikurniakan anak kembar sebab keluarga saya ada banyak sejarah anak kembar,” ujarnya.
Tambah Nadiyah, dia juga sudah bersedia untuk menjadi ‘suri rumah’ apabila bertukar status kelak dan memberi tumpuan kepada anak.
“Sejak beberapa tahun lalu saya dah puas bekerja, belajar. Jadi saya beritahu Ben, kalau ada rezeki saya mahu beri tumpuan kepada anak.
“Saya nak menikmati perjalanan sebagai ibu dan pengalaman membesarkan anak,” jelasnya. SPlus
Baca Artikel Menarik:
Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy
Cari duit makan la tu
Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP
Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib
Zizan tinggalkan dunia forex, minta peminat doakan untuknya
Dulu ratu cantik, sekarang pemandu treler
AMK sifatkan ‘perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya tidak menambah’
Tips Main Mesin Yang Kuat Telan Duit (Video)
Jururawat nafi cucuk angin anak Khairy
Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab
Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri
Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran
Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi
The post Nadiyah Shahab Dedah Kehidupan Sebenar appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/16/nadiyah-shahab-dedah-kehidupan-sebenar/