Anak Tampil Cerita Kisah Sebenar Menimpa Ibunya Bila Kecoh King Menuju Alam Barzakh
Anak Tampil Cerita Kisah Sebenar Menimpa Ibunya Bila Kecoh ‘King’ Menuju Alam Barzakh…
SINONIM dengan gelaran ‘King’ kerana kerap kali dikaitkan dengan kemalangan jalan raya serta pelbagai insiden viral lain, Perodua Myvi sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Kecoh di media sosial pada Khamis susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi terbabas sehingga merempuh ke kawasan tanah perkuburan Islam.
Menerusi perkongsian netizen, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang, Negeri Sembilan.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada pukul 10.40 pagi itu berpunca apabila pemandu wanita berusia 60-an dikatakan terbabas ketika memusingkan kenderaannya sehingga melanggar kubur.
Insiden itu menyebabkan empat kubur mengalami kerosakan termasuk batu nisan tercabut akibat dirempuh kenderaan berkenaan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, pihaknya akan menghubungi waris kubur yang rosak bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Namun di tengah-tengah kekecohan netizen melontarkan pelbagai komen mengenai insiden tersebut, seorang pelayar Facebook mengaku dirinya anak kepada pemandu wanita berkenaan.
Menerusi satu hantaran, pelayar itu tampil memberikan penjelasan dan menceritakan situasi sebenar mengenai insiden tersebut.
“Saya anak kepada owner kereta Myvi ini. Bagi pihak ibu, saya memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yang rosak.
“Sebenarnya ibu saya dalam keadaan hypo (kurang gula dalam darah) kerana menghidap kencing manis.
“Ibu saya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin pusingkan kereta (u-turn). Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan tertekan kerana baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat Covid-19,” tulisnya
Tangkap layar (screenshot) hantaran seorang pelayar Facebook yang menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden tersebut.
Pelayar itu dalam masa yang sama memohon jasa baik warganet agar tidak terus menularkan gambar insiden berkenaan.
“Saya harap agar tiada pihak yang salah sangka terhadap kejadian ini. Alhamdulillah ibu saya selamat dan tiada kecederaan.
“Kami sekeluarga berusaha untuk memberikan semangat kepada ibu. Saya memohon kemaafan sekali lagi,” tulisnya.
mSTAR
Anak Tampil Cerita Kisah Sebenar Menimpa Ibunya Bila Kecoh ‘King’ Menuju Alam Barzakh…
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
Farhash tidak suka Rafizi
PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
Sultan Johor undi kali terakhir
Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya
The post Anak Tampil Cerita Kisah Sebenar Menimpa Ibunya Bila Kecoh ‘King’ Menuju Alam Barzakh… appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/17/anak-tampil-cerita-kisah-sebenar-menimpa-ibunya-bila-kecoh-king-menuju-alam-barzakh/