Nabil Ahmad Bagaikan Mimpi







Asalnya dirinya hanya budak kampung bertubuh kurus-kering yang hidup serba sederhana. Ditemani motosikal cabuk sebagai 'mat despatch', siapa sangka kehidupan pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad, 37, berubah dalam sekelip mata selepas diangkat sebagai juara program Raja Lawak musim kedua.

Selepas enam bulan memenangi program realiti yang mempertaruhkan bakat dalam dunia lawak, graf populariti anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu semakin mencanak apabila diangkat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2008.

Bukan itu sahaja, pengacara program MeleTOP dan Gegar Vaganza itu turut menggondol tiga lagi trofi iaitu Artis Baru Lelaki Popular, manakala dua kali diangkat Artis Komedi Lelaki Popular.

Sekadar berbekal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak ketiga daripada tujuh beradik itu mampu membina nama dan kredibiliti tersendiri. Reputasi cemerlang selama sebelas tahun membina nama dan populariti membawa Nabil terbang tinggi.

Setiap kali mengenangkan semula kenangan manis lebih sedekad lalu, bapa kepada tiga cahaya itu menyifatkan malam kemuncak berprestij dari Arena Of Stars, Genting Highlands itu umpama mimpi dalam mimpi.

"Bayangkan, saya baru enam bulan menyertai industri hiburan ketika itu. Saya masih samar lagi mengenai status seorang selebriti. Saya juga masih kurang jelas mengenai pencalonan dan mekanisme pengundian sama ada nama saya dicalonkan atau tidak?

"Siapa tak terkejut, kali pertama menghadiri anugerah berprestij, nama saya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular. Perasaan bercampur baur antara tak percaya, terkejut dan terkena kejutan budaya apabila pendatang baharu seperti saya diumumkan sebagai pemenang anugerah tertinggi.

"Artis mana pun berada di tempat saya pasti terkejut apabila mampu berdiri sebaris nama hebat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rosyam Nor, Saiful Apek dan Mawi, sedangkan mereka jauh lebih hebat daripada saya. Terbit juga pertanyaan dalam diri apa yang membolehkan saya berdiri sebaris mereka?" imbau Nabil ketika menceritakan detik kemenangan dalam ABPBH.

Nabil berkata, kemenangan besar menerusi ABPBH 2008 banyak mengubah kehidupannya. Tidak menolak, apa yang dimiliki sekarang bersangkut paut dengan gelaran Bintang Paling Popular yang dimenangi.

Katanya, namanya mula menjadi perhatian pelbagai syarikat dan produk yang ingin menggunakan khidmatnya untuk pelbagai tujuan hingga dirinya merasakan apa yang diraihnya terlalu cepat dan dahsyat.

"Apa yang terjadi, saya merasakan seperti sesuatu yang dahsyat untuk artis baharu seperti saya. Kisah kemenangan saya mendapat liputan besar-besaran di kaca televisyen, surat khabar dan majalah pada ketika itu.

"Saya ingat lagi, seluruh perhatian diberikan kepada saya dan kemenangan pula diperkatakan dalam tempoh lama hingga ramai yang ingin menggunakan khidmat saya untuk pelbagai tujuan. Tidak dinafikan, siapa saya pada hari ini juga disebabkan kemenangan saya dalam ABPBH," katanya.

Pelakon filem Romeo Kota dan Pontianak vs Orang Minyak itu berkata, apa yang membuatkannya terharu dirinya tidak mempunyai kelab peminat dan pemilihan yang dibuat disifatkan sebagai sesuatu yang asli.

"Pada zaman itu, saya tidak ada kelab peminat dan tidak ada undian secara atas talian. Sistem undian pada hanya melalui surat khabar, jadi siapa tidak terharu dan bangga kerana peminat sanggup membeli surat khabar semata-mata untuk mengundi saya. Berbeza dengan kaedah hari ini, cara pengundian lebih mudah.

"Saya sebak apabila apabila mengenangkan semula kesungguhan yang ditunjukkan peminat. Zaman dahulu mana ada media sosial untuk membantu berkempen. Selebriti memang menyerahkan kemenangan bulat-bulat ke tangan peminat. Jadi, kami tidak mampu meramal atau membayangkan siapa bakal menang kerana sistem undian sangat berbeza," katanya.

Selepas mengungguli tiga kemenangan pada ABPBH 2008, Nabil sekali lagi mengulangi kejayaan yang sama apabila mempertahankan kemenangannya bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2009.

Malangnya, gelaran Bintang Paling Popular dirampas semula oleh Siti Nurhaliza. Namun, tiada sekelumit pun timbul rasa terkilan di hatinya, sebaliknya berpeluang menggenggam trofi sekali seumur hidup sudah memadai.

"Saya tak terkilan atau sibuk merangka strategi untuk mempertahankan trofi. Bagi saya, menggenggam sekali pun cukuplah, takkanlah asyik muka saya sahaja setiap tahun menang.

"Tiada apa yang dilakukan bagi mempertahankan kemenangan kali pertama, sebaliknya saya menyerahkan kuasa mengundi ke tangan peminat.

"Saya bersyukur kemenangan berlaku 10 tahun lalu kerana saya sukakan keadaan dan hidup yang tidak terlalu disanjung. Kini, hidup saya tenang dan hanya ingin membuktikan kepada peminat hasil kerja dan bakat dimiliki," kata Nabil.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/nabil-ahmad-bagaikan-mimpi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ambil Langkah Pencegahan Awal Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19

Hiburan Ambil Langkah Pencegahan Awal Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 281 hits
Pelawak dan juga pengacara terkenal Nabil Ahmad dilaporkan telah menjalani ujian saringan COVID 19 sebagai usaha mencegah penularan pandemik itu Dia yang memuat naik video sepanjang menjalani swab test itu menerusi ruangan Instagram milikny...
Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19 Memang Muka Swab Test Macam Ni Eh

Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19 Memang Muka Swab Test Macam Ni Eh

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 367 hits
Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID 19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut Menerusi laman sosial Instagram Nabil berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut untuk tatap...
Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 674 hits
Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria Watak Rizal dalam ...
Ahmad Nazlan Lapor Polis Terhadap Anwar

Ahmad Nazlan Lapor Polis Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 574 hits
bharian com myOleh Oktober 8 2020 10 01pmAhmad Nazlan membuat laporan polis terhadap Anwar Foto NSTPJERANTUT Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa menyenarai n...
Masih Mampukah Ahmad Zahid Kemudi Bahtera Umno Pada Pru15

Masih Mampukah Ahmad Zahid Kemudi Bahtera Umno Pada Pru15

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 310 hits
Presiden UMNO Dato Ser iAhmad Zahid HamidiOleh Wan Syamaul Amly BUKAN lagi rahsia apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini berdepan dengan pertuduhan di mahkamah dan keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa bebera...
Dia Amat Bertuah Kerana Ramai Yang Menyayanginya Miliki Anak Istimewa Isteri Dr Ahmad Idham Kongsi Pengalaman Berharga

Dia Amat Bertuah Kerana Ramai Yang Menyayanginya Miliki Anak Istimewa Isteri Dr Ahmad Idham Kongsi Pengalaman Berharga

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 791 hits
Pasangan ini adalah contoh ibu bapa yang hebat jiwanya Benar ujian yang mereka hadapi ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterima Berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalasnya Namun Dr Ahmad Idham dan isteri Amy Aziz antara pasanga...
Ahmad Maslan Akui 16 Mp Umno Berpindah

Ahmad Maslan Akui 16 Mp Umno Berpindah

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 345 hits
FAZLI RADZIBibit perpecahan dalam Umno dilihat semakin ketara apabila Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan mengakui 16 daripada 39 Ahli Parlimen parti Melayu terbesar itu sudah berpindah Ahli Parlimen Pontian itu dalam ciapan di Twitter s...
Ahmad Zahid To Meet Agong Tomorrow Evening

Ahmad Zahid To Meet Agong Tomorrow Evening

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 249 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is scheduled to have an audience with the Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah at 5pm on Thursday Umno secretary general Datuk Seri Ahmad Maslan confirmed ...
Anwar Wajar Undur Dari Politik Negara Ahmad Amzad

Anwar Wajar Undur Dari Politik Negara Ahmad Amzad

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar diterjemahkan sebagai politik matang dan sihat kata Timbalan Menteri Sains Tenaga dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim Ini kerana menurutnya banyak gerakan Presiden PKR i...
Startups Vs Established Industries

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan