Mysikap Jpj Login Pendaftaran Id Semakan Lesen Cukai Jalan


Untuk memudahkan urusan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, kini anda boleh melakukannya secara atas talian melalui Portal MyJPJ, namun anda perlu mempunyai ID MySikap JPJ. Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga mengumumkan bahawa cukai jalan digital boleh digunakan berkuatkuasa 10 Februari 2023.
Terdapat banyak manfaat apabila anda mendaftar sebagai pengguna MySikap.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal mySikap, cara mendaftar, dan perkhidmatan yang boleh dibuat secara online melalui portal MyJPJ ini.
Apakah mySikap JPJ? mySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Tidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.
Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan  untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan. Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda. Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen. Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan. Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom. Syarat Pendaftaran Pengguna MySikap Untuk mendaftar sebagai pengguna, berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan:
Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf; Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran. 2 Kategori Pengguna Berdaftar
Pengguna Awam yang ingin menggunakan mySIKAP perlu mendaftarkan ID mereka terlebih dahulu.
Terdapat dua kategori pengguna awam iaitu:
PERSENDIRIAN Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka. Nombor Rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna; Nombor rujukan boleh juga dijana secara online untuk eID Awam Terdapat 2 tahap capaian* iaitu eID Standard (tanpa cap jari, boleh daftar online) eID Advanced (perlu cap jari di kaunter) SYARIKAT Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan yang akan mendaftarkan id mereka secara atas talian dan Nombor Rujukan akan dihantar melalui emel. Seterusnya, pengguna akan hadir ke kaunter JPJ dengan membawa No. Rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan. *NOTA: Perbezaan ketara antara ID Standard & Advanced adalah seperti berikut:
ID Awam Standard renew lesen online / roadtax beli no running semasa ID Awam Advanced renew lesen online / roadtax beli no running semasa salinan rtax tukar nama pemilik tukar nama pembeli belian maklumat kenderaan Cara Daftar Pengguna MySikap JPJ (Individu Persendirian) Pendaftaran peribadi ialah bagi kategori pengguna awam seperti berikut:-
Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah; Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh pendaftaran ID mySIKAP. Langkah membuat pendaftaran adalah seperti berikut:
Klik pautan https://public.jpj.gov.my/ Lengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi ruang yang bertanda * sahaja Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan Klik Teruskan Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar. Klik Teruskan. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. *Rujuk langkah bergambar di bawah:
PENDAFTARAN PERIBADI
1.      DAFTAR MASUK KALI PERTAMA
Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-
2. Klik pautan Daftar Masuk. 
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
3. Masukkan No. Rujukan;
Klik [Teruskan]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau
Klik [Isi Semula] untuk mengisi semula No. Rujukan;
Nota :  Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya akaun anda telah diaktifkan:-
4. Kemaskini Alamat Emel, Telefon Bimbit dan Telefon Rumah;
Nota : Pengguna hanya dibenarkan mengemaskini alamat emel, nombor telefon bimbit dan nombor telefon rumah sahaja.
5. Klik [Teruskan]. Skrin Pengesahan akan dipaparkan seperti di bawah:-
6. Klik [Ya]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
7. Klik [Tutup]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
Skrin di atas akan dipaparkan sekiranya pendaftaran berjaya. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Contoh emel dipaparkan seperti di bawah:-
Cara Login Kali Pertama Setelah menerima e-mel rasmi dari mySikap, anda bolehlah login ke portal tersebut mengikut langkah seperti di bawah:
Klik pautan https://public.jpj.gov.my/ Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti Klik Simpan. Selesai. Cara Daftar Syarikat Pendaftaran ID Syarikat adalah untuk mendaftarkan Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi. ID bagi Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi digunakan untuk Pertukaran Hak Milik Secara Atas Talian. Terdapat tiga (3) jenis pendaftaran di bawah pendaftaran Syarikat iaitu Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad / Berhad dan Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar).
Syarat-syarat pendaftaran syarikat adalah seperti berikut:
Bilangan Pelulus bagi Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima satu (1) orang dan maksima tiga (3) orang sahaja; Bilangan Pelulus bagi Syarikat Sendirian Berhad / Berhad yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang sahaja; dan Bilangan pelulus bagi Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar) mestilah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang. LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN ID SYARIKAT
Layari laman web https://public.jpj.gov.my/ Pilih Pendaftaran Syarikat melalui drop down list. Masukkan No.  Rujukan yang diperolehi melalui emel yang diterima oleh wakil syarikat; Semak dokumen yang dimuatnaik oleh wakil syarikat. Operator kaunter perlu mengesahkan dokumen tersebut dengan melakukan pengesahan biometrik. Wakil syarikat tersebut akan menerima emel yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara untuk mengakses mySIKAP. *Rujuk langkah bergambar di bawah:
1. Layari https://public.jpj.gov.my
Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-
2. Klik pautan Pendaftaran ID Syarikat.
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
3. Pilih Jenis Pendaftaran sebagai Wakil Syarikat melalui drop down list.
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
4. Pilih Jenis Syarikat melalui drop down list. Contoh jenis syarikat adalah Syarikat Sendirian Berhad / Berhad;
5. Masukkan No. Pendaftaran dan Nama Syarikat;
6. Masukkan Tarikh Luput No. Pendaftaran. Rujuk Panduan Umum untuk panduan menggunakan kalendar.
Nota: Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya tarikh luput no. pendaftaran kurang dari enam (6) bulan dari tarikh semasa.
7. Masukkan Telefon, Faks, Alamat, Negeri, Bandar, Poskod dan E-mel;
8. Masukkan Nama Wakil dan No. MyKad Wakil pada ruangan Butiran Wakil (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan);
9. Muat Naik Dokumen yang diperlukan.
Nota: Hanya dokumen di dalam format .PDF dengan saiz kurang dari 1024kb setiap satu sahaja dibenarkan.;
10. Klik [Teruskan]. Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan seperti di bawah atau klik [Isi Semula] untuk memasukkan butiran pendaftaran yang lain;
11. Klik [Cetak] untuk mencetak Nombor Rujukan Pendaftaran.
Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di mana – mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan dan perlu membawa slip seperti di atas dan dokumen sokongan asal dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh nombor rujukan dijana untuk membuat pengesahan. No. Rujukan yang di cetak juga dihantar ke e-mel wakil yang telah didaftarkan.
Klik di sini untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke e-mel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Berdasarkan Jenis PendaftaranPerniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian MyKad wakil perniagaan Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan) Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah / Sarawak) Surat Lantikan Sebagai Wakil Perniagaan Syarikat Sendirian Berhad / Berhad
MyKad Wakil Syarikat Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) / Borang 13 (Sijil Tukar Nama) Surat Lantikan sebagai wakil syarikat Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)
MyKad Wakil Pertubuhan Borang 3 ROS (Sijil Pendaftaran) Surat Lantikan Sebagai Wakil Pertubuhan Setelah login, anda boleh melakukan pelbagai perkhidmatan online di portal ini.
Jenis perkhidmatan atas talian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam senarai di bawah.
Senarai Perkhidmatan Online JPJ Melalui Portal MySikap Baca juga: Daftar Sistem Temujanji Online Jabatan Imigeresen Malaysia (STO)
SENARAI URUSAN MELALUI ID PORTAL ORANG AWAM mySIKAP JPJ KENDERAAN
Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Permohonan PEK Maklumat Kenderaan Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar) Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu) Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM) Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini LESEN MEMANDU
Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) Permohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM) Permohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Permohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Rayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh Semakan Pertukaran Lesen Memandu Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal Semakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah Memandu Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara Semakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu KESALAHAN & PENALTI
Bayaran Saman JPJ Pertanyaan Senarai Hitam Pertanyaan Saman / Notis Pertanyaan Tempoh Lesen Digantung / Batal Pertanyaan Mata Demerit KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Permohonan Status Kenderaan Vintaj / Klasik Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan Permohonan Cop Semula No.Casis Permohonan Cop Semula No. Enjin Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light) Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan Login MyJPJ Setelah mempunyai ID MySikap, anda kini boleh log masuk aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan Lesen Memandu dan Cukai Jalan Digital.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi MyJPJ, cara semakan dan muat turun, sila rujuk : MyJPJ: Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.
Pengguna disarankan agar merujuk Panduan Umum terlebih dahulu sebelum meneruskan ke pautan yang lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mysikap-jpj/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mysikap-jpj

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Myjpj Semakan Cukai Jalan Digital Lesen Memandu

Myjpj Semakan Cukai Jalan Digital Lesen Memandu

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 328 hits
TERKINI Pelaksanaan Lesen Memandu Digital Cukai Jalan Digital Online MyJPJ Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor atau lebih dikenali sebagai roadtax tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia Mulai 10 Februari ...
Orang Ramai Tak Perlu Lagi Bawa Lesen Memandu Jpj Buat Apps Baru Untuk Papar Lesen Pemandu Secara Digital

Orang Ramai Tak Perlu Lagi Bawa Lesen Memandu Jpj Buat Apps Baru Untuk Papar Lesen Pemandu Secara Digital

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 179 hits
Orang ramai selepas ini tidak perlu membawa kad lesen memandu kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara online menggunakan sebuah aplikasi khas nbsp Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihaknya telah membangunkan aplikasi ...
Myjpj Lesen Memandu Cukai Jalan Online

Myjpj Lesen Memandu Cukai Jalan Online

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 288 hits
MyJPJ Lesen Memandu Cukai Jalan Online Baru saja menerima maklumat terbaru daripada Kementerian pengangkutan Anthony Loke mengenai pelaksanaan Lesen Memandu Digital Cukai Jalan Online MyJPJ Berkenaan pelekat Lesen Kenderaan Bermotor atau le...
Batal Lesen Jika Benar Bolot Tiket Umrah Kata Menteri

Batal Lesen Jika Benar Bolot Tiket Umrah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 75 hits
Agensi umrah tertentu dikatakan membolot tiket penerbangan sehingga menjurus peningkatan kos ke Tanah Suci PETALING JAYA Pembatalan lesen antara tindakan tegas dijangka dikenakan terhadap agensi umrah jika didapati terlibat membolot tiket p...
Senarai Travel Agency Memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji 2023

Senarai Travel Agency Memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 249 hits
Senarai syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji bagi tahun 2023 Bagi Musim Haji 1444H 2023 sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan dan TH Travel Services Sdn Bhd diberikan Lesen Pengelola Jemaah Haji oleh Lembaga Ta...
Cara Dapatkan Lesen Memandu Dan Roadtax Kereta Di Aplikasi Myjpj

Cara Dapatkan Lesen Memandu Dan Roadtax Kereta Di Aplikasi Myjpj

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 184 hits
Sebelum ini ada mengumumkan pelekat roadtax di kereta tidak lagi wajib untuk dilekatkan Orang ramai boleh sediakan secara digital sahaja kalau diminta oleh pihak penguasa iaitu menerusi aplikasi MyJPJ atau portal awam JPJ Jadi sejak daripad...
Th Serah Lesen 22 Syarikat Pengelola Jemaah Haji Tahun Ini

Th Serah Lesen 22 Syarikat Pengelola Jemaah Haji Tahun Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 141 hits
Tabung Haji berkata jemaah haji boleh memilih mana mana syarikat yang memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya...
Pendigitalan Lesen Memandu Amp Sticker Road Tax Dapat Jimatkan Kantung Kerajaan Rm96 Juta Setahun

Pendigitalan Lesen Memandu Amp Sticker Road Tax Dapat Jimatkan Kantung Kerajaan Rm96 Juta Setahun

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 141 hits
Foto BernamaKeputusan Kementerian Pengangkutan melaksanakan pendigitalan Lesen Kenderaan Bermotor dan Lesen Memandu Malaysia persendirian dijangka dapat menjimatkan kantung kerajaan kira kira RM96 juta setahun nbsp Menterinya Anthony Loke b
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Dapsy Open Up Uitm S Cardiothoracic Surgery Post Grad To Non Bumi To Prepare For Ageing Population Challenges

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

Sama Nama Kitabnya Beda Ulama Penulisnya

Definisi Umur Warga Emas

Pangkat Tentera Darat Malaysia Lencana

Sebutkan Satu Ayat Tentang Rahasia Yahudi By Dr Hm Rakib S H M Ag

Ai Team Subscribers Mei 21 2024