Cara Menarik Rezeki Dalam Rumahtangga


1. Bagaimana meningkatkan keberuntungan dan menarik rezeki dalam rumahtangga?  Simple tetapi ramai orang tak buat malahan mengabaikannya. 

2. Pertama, jangan sesuka hati membuang makanan. Setiap makanan yang kita perolehi adalah kurniaan daripada Allah SWT. Ia adalah suatu rezeki yang Allah turunkan dari langit. Maka jangan sesukanya membuang makanan yang datang sama ada yang kita beli sendiri, yang kita masak atau yang diberi oleh orang lain kepada kita. Jika terlalu banyak atau ada yang kita rasa lebih dari keperluan kita, berilah kepada orang lain. Mungkin kepada jiran, kepada guard sekuriti dekat rumah kita atau sesiapa sahaja. Asalkan jangan dibuang sesuka hati. Walaupun kita orang senang atau orang kaya. Keberuntungan dihitung dari setiap satu sentimeter atau sebutir beras atau sesudu garam rezeki yang masuk ke rumah kita. Perhatikanlah. 

3. Kedua, Kebersihan rumah adalah sangat perlu dijaga. Rumah wajib dibersihkan setiap hari, bermula di bilik tidur, bilik air, katil, wordrobe pakaian, dapur, ruang tamu, dapur basah, dapur kering dan sebagainya. Luangkan masa setengah jam untuk membersihkan rumah kita setiap hari. Didik anak-anak kita melipat selimut dan meluruskan cadar biliknya sendiri setiap kali dia bangun tidur, membuang sampah dalam bilik tidur, membersihkan bilik air mereka sendiri. Ajak suami kita mengemaskan barangan peribadinya sendiri, mengemaskan wordrobe pakaian, menyusun buku bacaan. Kita pula mengemas dapur, ruang tamu, bilik rehat, surau, ruang keluarga dan sebagainya. Aura rumah akan menjadi lebih baik dan menarik limpahan rezeki datang ke rumah yang kemas dan bersih. Keberuntungan akan meningkat, kerjaya anak-anak menjadi lebih bagus, perniagaan kita semakin maju, hubungan suami isteri harmoni bermula dari rumah yang kemas tersusun dan bersih. 

4. Sebaiknya ada pergantian udara dan kemasukan cahaya ke dalam rumah kita. Alhamdulillah, seawal 6.30 pagi saya dah buka tingkap bilik tidur saya, buka sliding door balkoni bilik Irah, tingkap bilik Aisyah dan Aimi. Turun ke bawah, sliding door di ruang tamu juga dibuka. Begitu juga sliding door di depan meja makan dan surau. Tingkap tinggi di dapur dan ruang makan keluarga juga dibuka. Bestnya, angin menerjah masuk, cahaya Duha masuk bermula jam 7.30 pagi, angin damai menerpa masuk ke dalam rumah di setiap ruang. Bunyi kicauan burung bersahutan mencari rezeki. Burung-burung ini juga singgah menghinggap di tingkap rumah. Cahaya Dhuha adalah cahaya pembawa rezeki dan keberuntungan kepada rumah kita . Rumah kita tidak akan memerangkap udara yang lama, bergantian udara baru yang segar lagi menyegarkan. Bau wangi dari aroma yang dipasang sungguh menyamankan. Rumah kita  terang dengan cahaya dari sang suria yang memancar indah. Bau yang tidak enak tidak ada di rumah kita. 

4. Buang barang-barang lama yang tidak digunakan lagi di rumah kita. Masyaalllah saya paling tidak suka menyimpan barangan yang tidak digunakan. Bersihkan rumah kita daripada botol-botol kosong, bekas kontainer makanan yang kita beli, bekas-bekas plastik biskut raya, botol kicap, botol jem atau botol segala sambal dan margerin. Hantar ke kedai atau pusat kitaran semula. 

5. Bersihkan dan asingkan surat khabar lama, majalah-majalah lama, buku-buku sekolah anak-anak kita, sekolah rendah, buku tadika, sekolah menengah yang tidak lagi digunakan. Sedekahkan jika masih elok. Surat menyurat, bil-bil yang tidak diperlukan lagi. Resit-resit belian yang sudah disimpan lebih lima tahun juga mesti dibersihkan. Buang juga segala poster, segala flyers lama, fail-fail lama, bahan-bahan bacaan lama yang tidak lagi digunakan. Rumah yang dipenuhi dengan segala kertas, majalah lama ini sangat menyemak dan mengambil banyak ruang dalam rumah. Apa lagi jika kita tidak menyusunnya dengan kemas. Apabila dibersihkan, rumah kita kelihatan lebih kemas, tersusun, ada ruang kosong yang banyak dan kita isikan dengan barangan yang masih diperlukan sahaja. 

6. Jangan sayang barangan yang tidak digunakan. Bagi saya, jika pakaian saya tidak dipakai lebih setahun, saya akan sedekahkan. Baju kurung, baju Melayu, blouse, jubah atau seluar, kot, shawl yang tidak muat lagi kerana badan yang semakin besar atau badan semakin mengecil, pasti akan disedekah. Bersih dan clear wirdrobe bilik kita .  Begitu juga pakaian Dzul, baju Melayu, jaket, kot, seluar, jeans, songkok, sampin, Tshirt semua akan disedekahkan. Barulah kita boleh masukkan pakaian baru yang sesuai dengan saiz badan dan usia kita. Ini mengundang kelimpahan rezeki kerana pakaian itu disedekahkan kepada orang lain yang memerlukannya. Aura bilik kita menjadi sangat berbeza apabila barangan lama dikeluarkan. 

7. Buang sampah setiap hari. Sampah dari kotoran di dapur, sisa makanan selepas makan, bahan buangan selepas memasak, kotoran dari lauk pauk basah yang dibersihkan, mesti dibuang setiap hari. Pada malam hari, tidak ada kotoran basah dan busuk di dalam rumah. Jadi bau busuk tidak ada di dalam rumah kita pada waktu malam. Kerana pada malam hari, limoahan rezeki baru akan masuk ke dalam rumah. 

8. Peti sejuk, dua minggu sekali mesti dikeluarkan barangan yang masih baik atau yang sudah tidak elok. Bersihkan peti sejuk rumah kita. Diasingkan makanan yang masih baik, disusun semula di dalam bekas yang bersih, dibuang jika ia tidak elok lagi. Peti sejuk dibasuh. Kemaskan semula telur, makanan basah, makanan kering, segala sayuran, buah-buahan, dan bahan-bahan lain. Lap dan wangikan dengan arang untuk menyedut bau yang kurang enak di dalam peti sejuk. Susun jika ada fridge magnetic atau nota-nota kecil yang ditampal pada peti sejuk. 

9. Bersihkan pinggan mangkuk, periuk atau kuali atau papan pemotong yang digunakan untuk memasak. Basuh semua peralatan di dapur, pisau, senduk, sudip, sudu garfu yang digunakan sebelum kita tidur. Pastikan bersih dan tidak ada peralatan kotor di dalam sinki atau di atas dapur. Kemaskan meja, lap dengan sabun yang dikhaskan. Lalat, lipas, tikus, cicak tidak akan datang bersarang di dapur yang kemas, bersih dan teratur. Ini juga menarik kebahagiaan, kesenangan hati dan menjadi centre limpahan rezeki . Bangun pagi esok, jiran depan rumah bagi durian, jiran di kiri bagi kek, jiran di kanan bagi kerepek, jiran di belakang bagi cili merah, lengkuas, halia yang ditanam sendiri. Jiran lain bagi makanan kucing lagi. Setiap minggu dapat rezeki pemberian jiran-jiran. Bestkan, jiran yang baik dan pemurah juga rezeki. Ajar anak-anak kita membersihkan dapur bersama-sama. Ini semua tarikan kasih sayang, kerjasama dan keberuntungan untuk rumah dan keluarga kita. 

10. Tingkap bilik tidur, tingkap rumah, cermin-cermin hiasan, sliding door akan dibersihkan sebulan sekali. Begitu juga hiasan lain seperti frame gambar, hiasan kecil dan sebagainya. Nampak bersinar dan menyenangkan. 

11. Sentiasa ajar ahli keluarga kita mengucapkan ucapan terima kasih. Hargai setiap ahli keluarga yang ada. Berikan dorongan dan pujian yang diperlukan semua orang. Setiap orang layak mendapat penghargaan, pujian dan ucapan terima kasih dari setiap kebaikan walau sekecil apapun yang dilakukannya. 

“Terima kasih abah”
“Terima kasih mama”
“Terima kasih kak Ida”(prmbantu rumah kami)
“Terima kasih Aimi atau Kak Aimi”. (panggilan adik-adik)”
“Terima kasih Adib atau abang” (panggilan adik-adik)
“Terima kasih Irah”
“Terima kasih Aisyah”

Begitulah setiap hari kedengarannya. Jadi semua happy, semua rasa dihargai dan disayangi. Semua happy dan ceria. 

12. Rumah kita juga wajar dibuka lebar pintunya. Bukaan pintu yang lebih lebar menjemput lebih banyak rezeki dan kebaikan. Ia membawa energi kebaikan ke dalam keluarga kita. Letakkan pokok atau tanaman hidup di dalam rumah kita walau bunga hidup yang dibeli atau pokok kecil. Tanaman hidup diyakini mendorong lebih banyak aura positif ke dalam rumah dan membawa rezeki. Air pancuran atau ikan yang dibela juga mengundang rezeki. Kolam ikan rumah kami dalam proses untuk dibuat. Bunyi air pancuran pasti memberi aura yang sangat menyenangkan. Damai lagi harmoni. 

13. Yang pasti, rumah yang selalu dibacakan Al-Quran, dibuat solat berjemaah juga akan menarik keberuntungan dan limpahan rezeki. Juga rumah yang selalu dikunjungi tetamu. Selalu diadakan majlis ilmu juga mengundang rezeki dan kelimpahan keberuntungan bagi setiap penghuninya. Majlis khatam Al-Quran Kelab 7 Pagi, majlis ilmu dan usrah sering diadakan di rumah ini selain majlis taalim sekeluarga. Maka selalulah mengajak ahli keluarga untuk membaca Al Quran dan mengadakan solat berjemaah. Insyaallah berkat dan selamat. Rumah yang tenang dan bersih akan menjadi asas pembentukan keluarga yang bahagia, menjadi tempat berehat untuk seluruh keluarga dan menjadi stesen berkumpul yang sangat dirahmati Allah. 

Moga bermanfaat.
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/02/cara-menarik-rezeki-dalam-rumahtangga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Chill Hadap Orang Mulut Puaka

Cara Chill Hadap Orang Mulut Puaka

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 92 hits
Kadang kadang kita tak minta pun kena hadap orang yang jenis mulut tak ada insurans ni Apa yang kita buat semua tak kena semua nak komen macam dia perfect sangatlah kan Ehh ada ye orang macam ni Dia je yang betul Dia je yang sempurna Tapi t...
Cara Beli No Pin Upuonline 2025 Walk In Online

Cara Beli No Pin Upuonline 2025 Walk In Online

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 101 hits
PEMAKLUMAN CARA BELI NO PIN UPUONLINE 2025 Jika anda merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Asasi Sijil Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2025 2026 langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membeli Nombor Pin...
Nota Perempuan Jomblo 5 Cara Tackle Makwe Pakwe

Nota Perempuan Jomblo 5 Cara Tackle Makwe Pakwe

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 117 hits
Tips ini khas untuk kalian yang hidup single dan sepanjang hari bulan berganti bulan dan tahun demi tahun mulai rasa bosan tak tau nak buat apa dah Sehinggakan malam malam tengok dinding pun boleh tembus sampai ke langit Imaginasi yang sung...
Arti As Samad Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Arti As Samad Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 153 hits
Allah memiliki 99 asmaul husna Salah satunya adalah As Samad Apa dalil dan artinya serta bagaimana cara mengamalkan As Samad dalam kehidupan sehari hari As Samad Artinya Maha Dibutuhkan Ash shamad atau as samad artinya Maha Dibutuhkan Kepad...
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat

Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 93 hits
Berbanding dulu anak anak kita sekarang menerima daya rangsangan cukup berbeza Jika dulu kanak kanak teruja bermain kejar kejar lompat getah atau main cop tiang pun seronok Sekarang Mereka duduk diam terpaku pada skrin Ketawa bila tengok vi...
Cara Ubah Mindset Dari Berputus Asa Ke Penuh Harapan

Cara Ubah Mindset Dari Berputus Asa Ke Penuh Harapan

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 126 hits
Setiap orang pasti pernah mengalami masa sukar dalam hidup Rasa putus asa sering kali muncul ketika menghadapi kegagalan kehilangan atau tekanan yang bertubi tubi Namun korang perlu tahu bahawa mindset yang betul boleh membantu kita bangkit...
Kemahiran Proses Sains Jenis Kepentingan Cara Aplikasi

Kemahiran Proses Sains Jenis Kepentingan Cara Aplikasi

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 115 hits
Kemahiran proses sains merujuk kepada kemahiran asas yang diperlukan untuk memahami meneroka dan menjalankan penyelidikan saintifik Ia melibatkan pelbagai aspek seperti pemerhatian membuat inferens mengelas meramal mengukur dan menginterpre...
Resepi Cara Buat Udang Celup Tepung Rangup Dan Cantik

Resepi Cara Buat Udang Celup Tepung Rangup Dan Cantik

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 129 hits
Cara buat udang celup tepung rangup dan cantikBahan bahan1 bungkus tepung jagung10 biji telur10 ekor udang galahBeberapa titis pewarna kuningSedikit garam dan serbuk perasaCara membuat 1 Pecahkan semua telur dan bancuh seketika 2 Kemudian m...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

Sambal Telur Puyuh Campur

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Bingkisan Dari Blogger Mulan

Sultan Pahang Titah Dalamkan Sungai Yang Begitu Betek Bagi Mengelakkan Air Melimpah Ke Tebing

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sagame168 Sagame168th Club 29 April 68 Sagame168 1000 Sagame168 Top 82 By Kasha

Taklimat Dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu

Damselfish Fish Facts Az Animals

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam