Sukur Sabah Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025


Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR) Inisiatif Bantuan Kewangan Rakyat Sabah
Sabah adalah salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.
Bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bahkan menurut Menteri Ekonomi, Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak tujuh daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara juga direkodkan di Sabah.
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Daerah Tongod mencatatkan kadar kemiskinan tegar tertinggi di Sabah dengan 5.9 peratus, diikuti oleh Beluran sebanyak 5.0 peratus, Pitas (4.8 peratus), dan Kinabatangan (4.6 peratus).
Selain itu, beberapa daerah lain seperti Kota Marudu mencatatkan kadar 4.0 peratus, Tuaran (2.6 peratus), Ranau (2.4 peratus), dan Lahad Datu juga pada kadar 2.4 peratus. Kadar ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Justeru itu, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang juga merupakan inisiatif bantuan untuk golongan miskin di Sabah.
Baca juga: Bantuan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) Kategori Bujang & Keluarga
Pengenalan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Program ini akan diselaras pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Pada peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.
Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.
Siapa Yang Layak Terima Bantuan? Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah seperti yang berikut;
1. Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
Warganegara Malaysia; dan Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’. 2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
3. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
4. Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
5. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
6. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.
*Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Isi Rumah miskin bagi Negeri Sabah ialah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 2,742 dengan nilai per kapita RM 671 setiap individu. Manakala miskin tegar pula didefinisikan sebagai isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,218.00 dengan nilai per kapita RM288 setiap individu.
Sumber: Youtube Sabah Governement Official Jumlah Bantuan Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM300 sebulan atau RM3600 setahun.
Amaun bantuan ini akan diagihkan dalam 4 fasa.
Jumlah bayaran bantuan Sentuhan Kasih Rakyat bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
Fasa 1 (Januari – Mac) RM 900 Fasa 2 (April – Jun) RM900 Fasa 3 (Julai – September) RM900 Fasa 4 (Oktober – Disember) RM900 Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej bermula 19 Februari 2025.
Tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat adalah seperti berikut:
Fasa 1 : Bermula 19 Februari 2025 Fasa 2 : Bermula April 2025 Fasa 3 : Bermula Ogos 2025 Fasa 4 : Bermula Oktober 2025 *Penerima tiada akaun bank yang menerima bayaran secara tunai akan menerima bayaran pengagihan sedikit lewat, sila rujuk jadual di bawah:
Baca juga: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Kaedah Pemberian Bantuan Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:
Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau Bayaran akan diberikan secara tunai; atau Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Semakan Status / Kelayakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat boleh disemak di laman web
https://sukur.sabah.gov.my/.
Sila masukkan nombor MyKad untuk membuat semakan.
Anda akan menerima paparan seperti berikut sekiranya layak :
Semakan juga boleh dibuat melalui YONO Superapp, iaitu merupakan aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan.
Muat turun aplikasi YONO :
Iphone : https://apps.apple.com/…/yono-financial…/id6469605201 Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.yono.app Permohonan SUKUR 2025 Permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025.
Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan https://padans.sabah.gov.my/.
Bagi penerima dari senarai tercicir (bukan eKasih) dan disahkan lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025).
Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 2 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa
3 dan RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.
FAQ Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR Sabah) Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Sentuhan kasih Rakyat 2025 ini, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) melalui laman web rasmi PADANS.
Maklumat Lanjut Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :
Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [ Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207 ]; Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sukur-sabah-sentuhan-kasih-rakyat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sukur-sabah-sentuhan-kasih-rakyat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 213 hits
YONO Superapp eWallet Kerajaan Negeri Sabah YONO Superapp adalah satu aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan seperti pinjaman insuran dan banyak lagi servis kewangan Ini termasukla...
Bantuan Tunai 2025 Semakan Status Layak Tidak Str Sara

Bantuan Tunai 2025 Semakan Status Layak Tidak Str Sara

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 201 hits
Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah melalui pelbagai inisiatif bantuan tunai dan bagi yang berkenaan pastikan anda membuat semakan status layak atau tidak Pada tahun 2025 dua program utama yang diper...
Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 163 hits
SYUKUR Sabah adalah program bantuan yang diperkenalkan untuk membantu golongan memerlukan di Sabah khususnya dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima memastikan mereka menikma...
Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 221 hits
Dalam Belanjawan 2025 Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025 Replying to user8072167498436 Ini cara claim mySalam 2024 secara online Hanya yang masuk hospital tahun 2024 2025 je yang boleh claim Anda...
Aktiviti Program Amal Penyerahan Bantuan Sumbangan Persekolahan Sambutan Bulan Ramadhan Al Mubarak 2025 Ppim 23 02 2025

Aktiviti Program Amal Penyerahan Bantuan Sumbangan Persekolahan Sambutan Bulan Ramadhan Al Mubarak 2025 Ppim 23 02 2025

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 174 hits
23 Februari 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Program Amal Penyerahan Bantuan Sumbangan Persekolahan Fasa ke 9 Sambutan Bulan Ramadhan Al Mubarak 2025 anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia di JW Marr...
Setiausaha Politik Pm Anwar Santuni Lima Keluarga Sempena Program Ziarah Kasih Madani

Setiausaha Politik Pm Anwar Santuni Lima Keluarga Sempena Program Ziarah Kasih Madani

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 117 hits
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni keluarga penerima bantuan sempena Ziarah Kasih MADANI Parlimen Bakri pada Selasa Foto Facebook Azman AbidinMUAR 5 Feb Program Ziarah Kasih MA...
Hari Ini Peluncuran Program Anak Kita Untuk Spm 2025

Hari Ini Peluncuran Program Anak Kita Untuk Spm 2025

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 154 hits
Hari ini Majlis Peluncuran Program Anak Kita SPM 2025 untuk negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan meriah di Auditorium Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia di Nibong Tebal Majlis ini dirasmikan oleh YBrs Encik Zainal bin Aba...
Program Pertama Library Untuk Tahun 2025

Program Pertama Library Untuk Tahun 2025

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum wbt Nak tanya pada yang bekerja sektor awam awak pernah dengar ke mengenai Perkhidmatan Meja Ke Meja atau lebih dikenali Program Desk To Desk Kalau ada yang pernah dengar oklah Tapi Pada yang belum pernah dengar inilah cerit...
Ekasih Sabah Bantuan Rakyat Sabah Rm300 Sebulan

Ekasih Sabah Bantuan Rakyat Sabah Rm300 Sebulan

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 153 hits
eKasih Sabah Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Bantuan Rakyat Sabah RM300 sebulan Berita baik untuk rakyat Sabah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor baru baru ini memaklumkan bahawa rakyat Sabah bakal menerima bantuan RM300 setiap ...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20