Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat


Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air? Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat
Pasport merupakan dokumen rasmi yang amat penting bagi setiap warganegara Malaysia ketika ingin merentas sempadan negara.
Ia bukan sekadar bukti pengenalan diri di peringkat antarabangsa, malah menjadi kunci utama untuk menikmati kemudahan perjalanan, keselamatan dan pengiktirafan global.
Pasport selalunya menjadi dokumen pertama yang disediakan apabila seseorang merancang untuk ke luar negara, selain dokumen penting lain seperti visa.
Namun, ada kalanya beberapa hari sebelum tarikh perjalanan, barulah pemilik pasport menyedari terdapat kerosakan pada dokumen penting itu.
Seorang pengguna Threads telah berkongsi panduan tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya pasport mengalami kerosakan, sama ada kerana terkena air, terkoyak ataupun rosak akibat faktor lain.
Apa perlu dilakukan sekiranya pasport anda rosak? Menerusi hantaran @mijamiejoo di Threads, wanita ini berkongsi pengalaman apabila pasport miliknya pernah menjadi basah akibat terkena air kencing kucing peliharaan.
Difahamkan, dia meninggalkan pasport di atas meja kerana baru pulang dari bercuti di luar negara. Namun kucing peliharaannya tiba-tiba kencing di atas meja sehingga terkena pada pasport tersebut.
Selepas itu, @mijamiejoo mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya pasportnya masih boleh digunakan untuk ke luar negara.
Dia diberitahu bahawa pasport dengan kesan basah itu berkemungkinan menyebabkan masalah ketika perjalanan dan diminta untuk melaporkan situasi tersebut kepada pegawai.
Perlu memerincikan jenis kehilangan atau kerosakan pada pasport @mijamiejoo kemudiannya telah ke pejabat imigresen di Jalan Duta pada waktu pejabat untuk bertemu dengan pegawai tersebut.
“Sekali kena isi borang, ada beberapa soalan yang dia tanya. Terus mengaku sebenarnya anak kucing saya kencing kat situ,” katanya.
Difahamkan, wanita ini turut memerincikan jenis kehilangan atau kerosakan yang berlaku. Di ruangan balas, dia berkata telah menyatakan kerosakan pasport akibat terkena air kencing kucing sebagai ‘bencana alam’.
Selain borang tersebut, pemohon juga perlu mengemukakan salinan dokumen lain termasuk kad pengenalan dan muka depan pasport.
“Lepas dah buat report, kita kena tunggu dalam lima hari waktu bekerja untuk mengambil pasport baru,” ujarnya lagi.
@mijamiejoo turut dikenakan bayaran sebanyak RM400 yang merangkumi RM200 sebagai denda dan RM200 lagi bagi mendapatkan pasport baharu.
BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak https://www.threads.com/@mijamiejoo/post/DNepivWzqoL?xmt=AQF0sHv5K6j7NjYjmO22zE_LxwR8pzMrlFd48uJi-AHUhg
Sumber: @mijamiejoo via Threads
The post Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air? Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/08/pasport-rosak-atau-basah-terkena-air-wanita-ini-kongsi-apa-yang-perlu-dibuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 4950 hits
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang menjadi keperluan penting dalam setiap rumah Lebih lebih lagi ia sangat membantu dalam meringankan kerja harian Denga...
Wanita Cuba Serang Sultan Perak Direman Tiga Hari

Wanita Cuba Serang Sultan Perak Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2839 hits
Wanita Cuba Serang Sultan Perak Direman Tiga Hari IPOH 1 Sept Seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak semalam direman sela...
Wanita Minta Keringkan Sungai Gelang Emas Hilang

Wanita Minta Keringkan Sungai Gelang Emas Hilang

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1766 hits
Wanita minta keringkan sungai gelang emas hilang Tangkap layar video menunjukkan beberapa petugas berusaha mencari gelang emas di sekitar kolam yang dikeringkan TikTok JAKARTA Sebuah kolam tadahan air terjun di Indonesia terpaksa dikeringka...
Polis Siasat Penyebaran Palsu Terkait Bangsa Wanita Di Media Sosial

Polis Siasat Penyebaran Palsu Terkait Bangsa Wanita Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3902 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar umum siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap berita tidak benar berkait kes wanita ditahan kerana menaiki pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 negeri Perak...
Ceroboh Pentas Hari Kebangsaan Wanita Direman Tiga Hari

Ceroboh Pentas Hari Kebangsaan Wanita Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2007 hits
Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025 IPOH 1 Sep Seorang wanita yang menceroboh pentas utama sambutan Har...
Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian

Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4141 hits
Apabila seorang wanita bergelar isteri tanggungjawab dan kehidupan berubah 360 darjah Lebih lebih lagi apabila menguruskan rumah tangga dengan anak yang ramai kerja seharian bukanlah sesuatu yang mudah Ada kala suami tidak nampak segala pen...
Kajian Dedah Otak Wanita Berubah Semasa Hamil Ini Punca Ada Alami Baby Blues

Kajian Dedah Otak Wanita Berubah Semasa Hamil Ini Punca Ada Alami Baby Blues

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3379 hits
Ramai yang tahu bila hamil tubuh wanita akan melalui pelbagai perubahan hormon Tapi mungkin ramai tak sedar otak ibu juga sebenarnya berubah semasa mengandung Kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik dari University of California menunjukk...
Ucapan Berbaur Hasutan Polis Buru Wanita

Ucapan Berbaur Hasutan Polis Buru Wanita

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1175 hits
Buletin TV3 nbsp TAWAU Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan ketika Himpunan Solidarity Justice For Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini malam kelmarin Ketua Polis Daerah Tawau ...
Wanita Datang Klinik Kerana Pendarahan Bongkar Pembuangan Bayi

Wanita Datang Klinik Kerana Pendarahan Bongkar Pembuangan Bayi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 920 hits
Wanita Datang Klinik Kerana Pendarahan Bongkar Pembuangan Bayi IPOH Kehadiran seorang wanita Orang Asli dalam keadaan pendarahan serius ke sebuah klinik membawa kepada penemuan mayat seorang bayi di RPS Kemar Gerik Ketua Polis Perak Datuk N...
Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Bila Perut Tak Tenang

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Salam Bertani Hidupan Alam Semulajadi Keindahan Cipataan Ilahi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Nak Buat Apa Dengan Bekas Dan Perhiasan Hantaran

Dia Belum Jumpa Lagi 4124 Aiza

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah

Kasih Pintu Belakang

Selamat Tinggal Https Selamattinggal Blogspot Com