Myasnb Login Pengalaman Kemaskini Nombor Handphone Di Pejabat Pos
Assalamualaikum,Selamat Petang.
Begitulah situasi seorang ibu yang ada anak kecik, masih lagi directfeeding... Setiap urusan yang melibatkan urusan rasmi memang asyik ditunda je. Sampaikan Fiza punya Akaun ASNB pun masih lagi belum dikemaskini.
Semalam bersembang dengan encik suami. Dia ingat pagi dalam pukul 11 nak ke pejabat pos. Katanya nak bayar bil. Jadi, Fiza tanyalah dia... Jam 11 ramai tak orang. Selalunya time tu memang tak ramai. Terfikir pulak Fiza. Kalau dah jam 11 tu... Memang la tak ramai, sebab waktu kerja. Lepas tu pulak, time tu mesti ramai yang sibuk ke dapur untuk masak. Kan?
Apalagi, Fiza pun bagitau la encik suami. Nak update ASB Fiza sekali. Sebelum ni Fiza pernah mintak tolong encik suami update kan nombor phone.
Haha... Lawak kan. Ingat! Kerja melibatkan duit ni mudah ke, boleh suruh orang lain buatkan... Waima yang diwakilkan itu ada pertalian saudara. Tak boleh ye. Kena jugak tuan punya badan yang uruskan.
Sumber dari Facebook Amanah Saham Bumiputra
Rasanya dalam akaun Fiza ada lagi bakinya. Jadi, Nak jugak update nombor phone. Senangla nak menyimpan secara online nanti. Nak semak baki pun senang. Bukan apa, kalau duit dalam bank cimb... Fiza rasa memang tak menabung sangatlah jawabnya. Al-maklumlah, bila tengok shopee... Confirm! Korek akaun bank.
Kena insaf dah ni. Haha...
Apakah dokumen yang diperlukan untuk Kemaskini MyASNB Di Pejabat Pos?Ok, pertama sekali nak bagitau awal-awal... Fiza buat pengemaskinian di Pejabat Pos kawasan kampung je ek!. Jadi, mungkin lain tempat lain prosedurnya.
Sebelum ke pejabat pos... Fiza ada jugak search di google tentang dokumen apa yang perlu dibawa semasa nak kemaskini nombor handphone bagi tujuan daftar Masuk MyASNB. Ternyata, ramai yang cakap... Kena bawa IC dan salinan IC.
Jadi! Fiza sediakanlah apa yang patut. Nombor phone pun Fiza tulis siap-siap di sticker note. Senang! Tak perlu cakap. Orang mintak, kita hulurkan terus. Musim convid ni... Kita pakai mask, kekadang apa yang kita cakap kurang jelas. Untuk elak tersalah nombor phone, better tulis di atas kertas. Lebih selamat. Sebab ada kes, lepas update nombor phone di bank... Boleh pulak, tak boleh login lepas tu. Alasannya, nombor phone salah. Jadi, baik tulis siap-siap. Kan?
Nak dijadikan cerita, sampai pejabat pos... Alhamdulillah rezeki Fiza. Sunyi takde orang pun. Apalagi Fiza terus scan MySejahtera dan suhu badan. Lepas tu terus ke kaunter dan bagitau staff kat situ nak update ASB untuk tujuan daftar masuk MyASNB Online. Terus staff tu mintak Nombor IC, dia scan ke key in... Kemudian dia suruh Fiza thumbprint untuk tujuan verification. Bila dah berjaya, dia mintak no phone pulak untuk di key in dalam sistem. Then, dia print maklumat kemaskini dan suruh sign di belakang maklumat tersebut. Dah settle. Tak perlu isi borang dan tak perlu pun salinan kad pengenalan. Sangat mudah. Alhamdulillah... Settle dalam masa tak lebih daripada 10 minit.
Selain di pejabat pos, pengemaskinian nombor handphone jugak boleh dibuat di beberapa cawangan ASNB terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Alliance Bank, Ambank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank dan Bank Islam.
Sekiranya tinggal berdekatan dengan cawangan ASNB, korang juga boleh update di kiosk yeah.
Tu antara lain pengalaman Fiza semasa mengemaskini ASNB. Kena juga buat, yelah sekarang orang dah tak guna buku akaun. Semuanya di atas talian.
PenutupWalaupun jauh dari cawangan bank, tak bermakna korang tak boleh update akaun ASNB korang. Di pejabat Pos Malaysia pun boleh ye. In Shaa Allah, next blogpost Fiza akan share cara nak daftar masuk MyASNB secara online pulak. Dah berjaya nanti, Fiza akan share next steps pulak cara bagaimana nak pindahkan duit Dari akaun CIMB ke akaun ASNB secara online...
Okeh! Bye...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2021/12/myasnb-login-pengalaman-kemaskini.html