My Small Home Office
My Small Home Office | Semua telah sedia maklum bahawa sekolah dan pusat-pusat pengajian diarahkan ditutup sepanjang PKP sejak Mac lalu, tetapi tugasan sebagai pendidik tidak pernah terhenti ya kawan-kawan
Tugasan memerlukan aku sentiasa sedia untuk online demi melangsungkan kelas online mahupun dalam penyediaan bahan pengajaran norma baharu yang cukup mencabar ini.
INFO : Norma = norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu; Norma juga bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya
Suasana di rumah sangatlah berbeza dari tempat kerja ya. Terutama bila terpaksa menyiapkan kerja dalam keadaan duduk di lantai, meniarap, atau lepak di atas katil, memang mood untuk siapkan kerja pun susah nak sampai, sudahnya, kerja ambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. Maybe untuk aku jelah, sebab aku dari zaman sekolah jenis perlukan meja untuk buat kerja.
Akhirnya semasa PKP Fasa ketiga, aku nekad untuk ubahsuai sebuah bilik di tingkat bawah rumahku ini (sebelum ini bilik tetamu) untuk aku jadikan small office. Alhamdulillah suami aku memang supportive sangat dan dia cakap nak sponsor meja untuk bini kesayangan dia ni, ihiks.
Tadaaa... Meja dan kerusi itu kami order dari Shopee je. Tapi memang teruji jugalah kesabaran sementara nak sampai tu. Order 14 April, sampai 5 Mei. Actually aku boleh je nak faham pasal PKP so lambat sikit kan, tapi aku naik marah tu sebab seller tu yang tak post-post keluar, bila aku message dia read je, cis. At least bagi la aku sepatah dua kata yang menunjukkan aku ni tak ditipu, haha. Paranoid.
Oleh sebab ramai yang tanya mana aku beli meja dan kerusi tu, aku share disini lah ye.. So meja tu aku beli dari OKURA (copy url ini : https://shopee.com.my/shop/63469685/) dan kerusi tu aku beli dari TS BRILLIANT CONSTRUCTION SDN BHD (copy url ini : https://shopee.com.my/shop/147974658/ )
Review Okura Wooden Computer Desk ShopeeProduct size : 100 x 52 x 120 cmColor : White
Alhamdulillah, meja yang sampai adalah yang betul aku order. Sebab banyak review cakap sampai warna yang diorang taknak. So far memang agak kecil meja ni tapi bagi aku just nice la saiz dia. Sedap nak guna, boleh letak printer, nak guna laptop pun ok selesa. Ada ruang letak buku di tepi.
Kesimpulannya, walaupun aku tak suka seller tu, tapi aku suka sangat meja ni! Hahaha, boleh ke macam tu
Inilah keadaan sebenar meja bila aku dah sepahkan dengan lambakan buku dan barang kerja aku, hahaha. Akan ada penambahan lagi ni sebab aku nak letak macam jaring orang bakar ikan tu, entahlah nama apa kat depan meja ni, hehe. Then nak beli box untuk letak stationary. Barulah lengkap! Hihi.
Review Emmi Chair ShopeeKerusi ni memang mendapat pujian ramai ye guys. But honestly bagi aku tak berbaloi dengan harganya. Indah khabar dari rupa, at least bagi aku la. Sebab bayar mahal tapi takut nak duduk sebab asyik risau terkoyak
Mana taknya bila sampai je dah ada defect, koyak sikit dekat tempat penyandar tu. Dan bila tengok review, aku bersyukur jelah mampu sebab ada customer dapat koyak lagi dasyat dari kerusi aku. aiyaa. Tak tahu la macam mana koyak tu terjadi, apa yang aku nampak, packaging dia sangatlah cincai boncai. Dia letak dalam kotak buruk gitu je kerusi aku beli mahal-mahal oiii. Dengan apa perlindungan pun takde. Adess.
So kalau budget bawah RM100 utk kerusi, baik beli kerusi Ikea jelah. Nanti aku nak beli kerusi Ikea je kalau kekoyakan kerusi ni bertambah dasyat. Haha
Pokok Hiasan Viral
Heee, cantik tak? Belum tukar pasu lagi tu, sabajapppp. Actually aku saja je gatal tangan tag suami aku dekat penjual pokok ni dalam Facebook semalam, tapi harini dia balik kerja bawa suprise pula. Horayyyy
Ada yang cakap pokok ni toxic pada kucing, aku tanya vet, vet cakap tak pun. So takpe lain kali kita siasat. Lagipun aku letak pokok ni dalam small office aku je, kucing hanya masuk bila aku ada so no worries la. Bilik ni sentiasa tertutup.
Sekianlah sharing pasal aku yang tak habis-habis teruja dengan ruang kerja aku ni. Sampai aku asyik nak duduk sini dan akhirnya terlahirlah entry ini, lol. (Sekolah sedang cuti semester so takdelah kerja sekolah lagi)
Okay, sampai sini saja... Sharelah ruang kerja korang pula~ hihi
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2020/06/my-small-home-office.html