Muzium Liwan Guangzhou


[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Selesai berjalan-jalan dan membeli sedikit oleh-oleh di XianXian Muslim Food - entrinya DI SINI, kami menuju ke Muzium Liwan yang terletak di daerah Liwan

Pemandu kenderaan sewa menurunkan kami bertiga di tepi jalan utama. Dari situ kami berjalan kaki melalui lorong di celah bangunan sehinggalah tiba di penghujung jalan

Papan tanda arah dengan tulisan bahasa Inggeris, sangat membantu pelancong luar yang tak boleh membaca aksara Cina. Bila saya baca papan tanda arah ni, barulah saya tahu di sini ada tarikan lain selain Muzium Liwan. 
Jadinya sebelum ke muzium, kami jalan-jalan dahulu di sekitar kawasan. Masa ni kira-kira pukul 3.30 petang tapi cuaca redup je, memang selesa nak berjalan. Orang pun tak ramai, mungkin sebab kami datang sini pada hari bekerja (hari Selasa)

Berikut merupakan foto-foto yang sempat saya rakam. Tak ada sebarang caption, saya sekadar memotret apa yang terlihat menarik di mata saya tanpa tahu entah tasik atau bangunan apa





Rata-rata pengunjung di sini nampaknya mereka yang sudah berusia. Ada yang sedang duduk-duduk saja menikmati keindahan lanskap taman dan ada yang sedang melakukan senaman Tai Chi

Ada juga yang sedang menonton persembahan Opera Cina di pentas kecil yang terletak dalam kawasan taman ini. Para penonton duduk di ruang terbuka - di bangku-bangku taman. Sebuah tong kecil tersedia di hadapan pentas, mungkin untuk mengisi wang sumbangan dari para penonton


MUZIUM LIWANFounded in December 1996, Liwan Museum is the first district-level museum in Guangzhou, displaying the profound historical heritage and unique cultural charm of Liwan.The first exhibition site - Former Residence of Chen Lianzhong, displays the selected and temporary exhibitions.The second site - Xiguan Folk Customs Museum. Based on the rebuilt Xiguan House, it recreates the architectural style and household scenes of the past mansions.The third site - Former Residence of Jiang Guangnai, displays the Exhibition On Jiang Guangnai and Flames and Glory : Revolutionary Historical Sites of Liwan.The forth site - Former Residence of Chen Lianbo, displays the exhibition Keen in Business and Charming in Personality : Portrait of Canton Merchants.
Bahagian hadapan Muzium Liwan yang menempatkan kaunter tiket. Biasanya kaunter tiket dalam bangunan, tapi yang ni terletak di luar bangunan di bawah pokok dengan payung besar berwarna hijau

Harga tiket masuk - 5 yuan

Terdapat empat tapak pameran di empat buah bangunan berbeza. Tapi kami cuma masuk bangunan A, B dan D sahaja

Lorong ke pintu masuk tapak pameran di bangunan B

Seni bina unik tangga di salah sebuah bangunan. Terdapat ruang pameran di tingkat atas, tapi kami tak naik

Antara bahan pameran yang terdapat di sini. Semuanya dalam aksara Cina, saya gunakan Google Lens untuk memahami info yang disertakan pada bahan pameran

Tak banyak foto di dalam muzium sebab bukan semua tempat kita dibenarkan merakam foto. Ruang pameran yang paling menarik menurut saya - pameran perkembangan Canton sebagai pusat perdagangan di China. Canton merupakan nama lama bagi Guangzhou


FOTO-FOTO DI SEKITAR JALAN LONGJINXISelesai lawatan di Muzium Liwan, kami kembali ke jalan utama - Jalan Longjinxi. Sementara menunggu kenderaan tiba bagi mengambil kami, sempatlah saya memerhatikan suasana sekitar dan aktiviti harian masyarakat tempatan

Kibaran bendera negara China menghiasi bangunan di sini

Lampu trafik pun ada simbol basikal tau, sebabnya di sini memang ramai pengguna basikal. Rata-rata mereka menunggang basikal elektrik. Laju bergerak, boleh saksikan dalam video di hujung entri ini

Lorong kawasan perumahan - Xiguan House Community

Bersih dan teratur

Meriah dengan kibaran bendera. Ini kerana ketika kami berada di sini, China bakal menyambut Hari Kebangsaan mereka pada 1 Oktober. Apa yang menarik, mereka akan bercuti panjang iaitu selama 7 hari. Cuti panjang ini disebut sebagai ‘Golden Week’


Video pendek memaparkan suasana di sekitar Jalan Longjinxi, Guangzhou









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/11/muzium-liwan-guangzhou.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Oleh Oleh Di Xianxian Muslim Food Guangzhou

Beli Oleh Oleh Di Xianxian Muslim Food Guangzhou

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 164 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Selesai ziarah dan solat jamak di kenderaan kami menuju ke suatu lokasi yang menempatkan deretan kedai Muslim XianXian Muslim Food Saya tak pasti kedudukan lokasi ini secara tepat tetapi ia ber...
Menikmati Hidangan Makan Malam Di Xinding Beef Noodles Guangzhou

Menikmati Hidangan Makan Malam Di Xinding Beef Noodles Guangzhou

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 151 hits
Trip ke Guangzhou China September 2024 Petang terakhir kami di Guangzhou dari kami menuju ke sebuah kedai makan halal untuk menikmati hidangan makan malam Kami makan malam awal sebab selepas ini akan ke hotel penginapan yang terletak agak j...
Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 145 hits
Trip ke Guangzhou China September 2024 Selepas menikmati hidangan makan malam di dan sementara menunggu kenderaan datang ambil kami menuju ke Family Mart yang terletak tak jauh dari restoran tadi FAMILY MARTSajalah masuk nak tengok bagaiman...
Muzium Pendidikan Nasional

Muzium Pendidikan Nasional

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 218 hits
Lokasi Muzium Pendidikan Nasional Alamat Universiti Pendidikan Sultan IdrisJalan Utama UPSI 35900 Tanjong Malim Perak Waktu Operasi 8 30 pagi 4 30 petang Minggu Pertama Keempat9 00 pagi 4 30 petang Harga Tiket Percuma Tarikh Lawatan 22 Okto...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Perbandingan Gambar Banjir Bah Kuning Dengan Situasi Terkini Di Kelantan

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Surah Al Kahfi Terjemahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

10 Cctv Rumah Yang Murah Tapi Berkualiti Bawah

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk