Pukul 2.08 petang.Kami bertiga berjalan kaki menyusuri deretan kedai - ada kedai makan dan kedai menjual barang keperluan. Selain orang tempatan, saya dapati ramai juga orang berwajah Afrika di sini
Meriah dengan pelbagai jualan makanan halal. Sayangnya ketika ini perut masih kenyang, tak dapatlah singgah mencuba makan di mana-mana kedai makan di sini
Kedai menjual pelbagai jus minuman. Penjualnya, seorang lelaki memberi salam dan tersenyum melayani kami. Jarang-jarang saya jumpa orang bermuka manis di sini
Kami membeli jus delima dan jus sea buckthorn. Entah apa nama buah sea buckthorn dalam bahasa Melayu, tak ada kot. Rasa jusnya seakan rasa jus oren, sedap
Dari jalanan tadi, kami menyusuri lorong kecil dan sempit
Kami berhenti di salah sebuah kedai yang meriah dengan pelbagai pilihan makanan kering - sesuai dibeli sebagai oleh-oleh
Terlalu banyak pilihan sampai saya keliru nak pilih mana satu
Mooncake isi kekacang. Harganya 4 yuan
Keju
Selesai melihat-lihat dan membeli sedikit oleh-oleh, kami beredar dari tempat ini. Tapi tak berpatah balik, kami teruskan berjalan di celah lorong untuk kembali ke jalan besar. Saya dan Encik Suami ikut saja langkah kaki kawan Encik Suami yang sesekali berhenti bertanyakan arah kepada penduduk tempatan yang ditemui
Tadi berjalan di deretan kedai, sekarang masuk celah lorong rumah penduduk pulak 😄. Sesekali kami perlu berhenti sebentar dan ke tepi bila ada motor elektrik nak lalu. Bahaya jugaklah sebab motor elektrik senyap je tanpa bunyi, jadinya kita kena lebih berhati-hati dan peka. Apa pun, ini satu pengalaman buat saya yang sebelum ini tertanya-tanya bagaimana rupa kediaman penduduk di sini|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |