Ketika ini kira-kira pukul 5.20 petang. Keadaan lengang tanpa pelanggan lain di dalam ruang kecil kedai makan ini, tetapi dua orang tukang masak lelaki nampaknya sedang sibuk memasak - saya dapat lihat menerusi dinding kaca pemisah ruang makan dengan ruang memasak
Buku menu
Antara pilihan menu di sini. Kami serahkan sepenuhnya urusan memilih hidangan makan malam kami kepada kawan Encik Suami. Kami tak biasa dengan masakan Cina, jadi keliru nak memilih entah masakan jenis apa yang sedap
Minuman pilihan kami, ambil sendiri dari peti sejuk berhampiran meja makan. Perhatikan bahagian penutup botol minuman soya - siap ada lubang untuk masukkan straw. Sangat memudahkan
Black fungus dengan hirisan daging. Black fungus yang saya beli di Malaysia bersaiz besar - perlu dipotong untuk masuk dalam masakan, tetapi yang ini saiz kecil - nampak lebih menarik masakan menggunakan black fungus saiz begini. Mungkin juga ada di Malaysia tetapi saya tak perasan sebab jarang membeli black fungus.
Entah apa namanya masakan timun ni. Sedap rasanya dan rangup potongan timunnya
Tu dia….lima jenis masakan semuanya 😄. Ada satu lagi sup dumpling tak ikut berfoto. Saya rakam foto sebarangan saja sebab segan ada kawan Encik Suami
Nasi dihidang dalam mangkuk, hidangan cara orang Cina. Atas nasi ditabur dengan bijan hitam. Nasi ini sepatutnya dimakan menggunakan chopstick, tapi saya tak pandai guna chopstick maka terpaksalah bersusah payah sedikit - makan nasi menggunakan sudu lauk/sup. Saya perhatikan kawan Cina Encik Suami, laju je suap nasi ke mulut guna chopstick.
Pandangan dari luar kedai tempat kami makan - kedainya dengan papan tanda warna hijau kuning. Tadi masa kami tiba di sini, jalan raya tidaklah sesak begini. Mungkin sebab dah melepasi pukul 6 petang, jalan raya dipenuhi dengan kenderaan orang balik kerja|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |