Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou


[Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Selepas menikmati hidangan makan malam di Xinding Beef Noodles dan sementara menunggu kenderaan datang ambil, kami menuju ke Family Mart yang terletak tak jauh dari restoran tadi

FAMILY MARTSajalah masuk nak tengok bagaimana rupa Family Mart di China, sambil tu bolehlah membeli jika ada yang bersesuaian

Pandangan dari luar kedai. Tak ramai pelanggan masa ni, mudahlah saya nak membelek makanan yang dijual di sini

Di kaunter, nampak macam mesin minuman soya. Di Malaysia ada tak ya? Tak perasan pulak saya, jarang-jarang masuk Family Mart

Nampak menarik makanan yang dijual. Pusing-pusing kedai, kami akhirnya cuma membeli buah pisang sebagai bekalan sarapan esok pagi. Untuk makan supper, kami dah membeli Chinese burger di restoran tadi

Family Mart menjadi tempat terakhir aktiviti jalan-jalan kami di Guangzhou, perjalanan diteruskan menuju ke hotel penginapan yang terletak berhampiran lapangan terbang

Kami menempuh jalanan sesak pada waktu puncak. Jalan raya padat dengan pelbagai jenis kenderaan, di sesetengah tempat ada polis trafik yang menjaga lalu lintas

Situasi bertukar lebih tenang dan aliran trafik lancar sewaktu kami memasuki lebuh raya. Dah tenang-tenang, bolehlah berborak dengan pemandu kenderaan - seorang lelaki Cina tempatan yang mungkin berusia pertengahan 50-an. Sudah tentu yang berborak tu kawan Encik Suami, kami berdua duduk di belakang cuma mendengar tanpa memahami 😄
Tapi fahamlah jugak isi perbualan bila kawan Encik Suami terangkan dalam bahasa Melayu. Antaranya - di sini semuanya hanya ada motor elektrik, kenderaan lori dan sesetengah kereta saja yang masih menggunakan minyak. Patutlah sepanjang di sini saya susah nak nampak stesen minyak, saya jumpa sebuah je stesen minyak sewaktu kenderaan kami menghampiri hotel penginapan yang terletak berhampiran kawasan industri

Kebanyakkan penduduk di sini pula tinggal di rumah pangsa, jadi macam mana mereka nak mengecas kenderaan (basikal, motor, kereta)? Rupa-rupanya, di bahagian bawah bangunan rumah ada disediakan tempat untuk mengecas dengan bayaran tertentu. Seperkara lagi - menggunakan basikal elektrik tak perlukan lesen, sebab tu ramai pengguna basikal elektrik di sini. Beli dan bawa terus

Borak punya borak (baca : orang lain yang berborak, kami cuma mendengar 😂), Alhamdulillah pada pukul 7.20 malam kami sampai di hotel penginapan untuk malam terakhir di Guangzhou. Perjalanan tadi mengambil masa kira-kira 1 jam


GZ BAIYUN AIRPORT MEHOOD LIZ HOTELBukan main panjang nama, tapi bila sampai di hadapan bangunan hotel - tertera Liz Hotel. Ringkas je nama sebenarnya. Sekali lagi sama seperti ketika nak mendaftar masuk hotel sebelumnya, kami menghadapi masalah sistem tak jumpa tempahan bilik kami

Gitu gini, akhirnya jumpa juga. Alhamdulillah lega! Mujurlah ada kawan Encik Suami membantu, sebab staf hotel di sini masing-masing nampaknya tak boleh berbahasa Inggeris. Memang boleh guna Google Translate, tapi jadi lambat proses komunikasi

Cantik karpet laluan di bilik-bilik penginapan - nampak moden dan ceria

Bilik penginapan kami bernombor 5016. Alhamdulillah cukup selesa kecuali tilamnya agak keras, mujurlah cuma satu malam di sini. Langsir tu pulak, boleh buka dan tutup hanya dengan menekan suis. Mudah sungguhlah

Sudut pandang menghadap pintu masuk bilik. Singki terletak di luar bilik air. Bilik mandi dan tandas pula berasingan dan dipisahkan dengan dinding kaca. Sama seperti dinding kaca yang menjadi pemisah bilik air dan tempat tidur (rujuk foto). Mujurlah kami berdua suami isteri, kalau datang dengan kawan entah macam mana nak buat urusan peribadi. Tidaklah nampak jelas, tapi nampaklah bayang-bayang tu kan 😄
Cantik cawan yang disediakan, macam cawan orang hidang untuk tetamu di rumah

Pertama kali saya jumpa hotel sediakan macam-macam begini. Sempatlah saya cuba guna facial cleanser dan body lotion yang disediakan

Bilik mandi dengan rain showerhead. Puas hati mandi

Kelengkapan mandian disediakan dalam botol besar. 
Ruangan tandas di sebelah bilik mandi. Tak ada paip air, kenalah bawa masuk portable bidet setiap kali nak berurusan di sini. Menariknya, tempat duduk tandas ini dilengkapi dengan pemanas. Bukanlah panas sangat ya, tapi rasa hangat selesa duduk

Kami melelapkan mata setelah membersihkan diri, solat jamak Maghrib-Isyak dan makan Chinese burger yang dibeli bungkus tadi. Kami perlu tidur awal sebab esok awal pagi akan bergerak ke lapangan terbang









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/11/family-mart-dan-gz-baiyun-airport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Suspek Tembak Lelaki Di Parkir Hotel Kena Cekup

Dua Suspek Tembak Lelaki Di Parkir Hotel Kena Cekup

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 85 hits
CHERINE JONMangsa mati ditembak oleh kedua dua suspek di tingkat empat kawasan letak kenderaan sebuah hotel di Bintulu malam tadi BINTULU Polis berjaya menangkap dua lelaki yang disyaki suspek bagi kes tembak mati seorang lelaki di tingkat ...
Lelaki Ditembak Mati Di Hotel Warga Brunei Antara 2 Ditahan

Lelaki Ditembak Mati Di Hotel Warga Brunei Antara 2 Ditahan

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 80 hits
FMT ReportersPolis berkata dua lelaki dipercayai suspek utama ditahan di Miri awal pagi tadi dan satu kotak mengandungi 50 Rimfire Cartridges ditemui dalam kenderaan mereka PETALING JAYA Seorang warga Brunei antara dua suspek ditahan bagi m...
Pengalaman Menginap Di Hotel Olympic Malaysia

Pengalaman Menginap Di Hotel Olympic Malaysia

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 190 hits
Hai Baru baru ini saya berkesempatan menginap di Hotel Olympic Malaysia yang terletak di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur Pilihan untuk menginap di sini adalah kerana harga yang sangat berpatutan dan lokasi yang strategik hanya beberapa...
Menikmati Hidangan Makan Malam Di Xinding Beef Noodles Guangzhou

Menikmati Hidangan Makan Malam Di Xinding Beef Noodles Guangzhou

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 151 hits
Trip ke Guangzhou China September 2024 Petang terakhir kami di Guangzhou dari kami menuju ke sebuah kedai makan halal untuk menikmati hidangan makan malam Kami makan malam awal sebab selepas ini akan ke hotel penginapan yang terletak agak j...
Muzium Liwan Guangzhou

Muzium Liwan Guangzhou

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 97 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Selesai berjalan jalan dan membeli sedikit oleh oleh di XianXian Muslim Food entrinya kami menuju ke Muzium Liwan yang terletak di daerah Liwan Pemandu kenderaan sewa menurunkan kami bertiga di...
Christmas Celebration Awaits At Cinnamon Coffee House One World Hotel

Christmas Celebration Awaits At Cinnamon Coffee House One World Hotel

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 197 hits
Hi Everyone Make this holiday season truly unforgettable with a spectacular Christmas and New Year Buffet at Cinnamon Coffee House One World Hotel Experience a grand celebration featuring an exquisite spread of festive delicacies perfect fo...
Restoran Saujana Family Dinner

Restoran Saujana Family Dinner

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 122 hits
Restoran Saujana family dinner Sesekali meronda kembali ke sini Lama jugak tak pekena seafood di luar Ambil order di kaunter Dah ada pilihan set yang ok Tambah sikit sikit ja lagi sebab set ni dah hampir semua ada Meriah seafood malam ni Ha...
Aktiviti Badminton Santai Family

Aktiviti Badminton Santai Family

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 170 hits
nbsp Aktiviti Badminton Santai Family Ada dalam entry blog yang lepas lepas nieyl ada share perancangan nieyl nak buat aktiviti badminton dengan family tu siapa yang ada baca tu dia mungkin tahu lah Alhamdulillah segala perancangan yang nie...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It