Musuh Agama Mahu Perlahankan Gerakan Islam Kata Nasrudin



Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan hari ini mengingatkan tentang apa yang menurutnya sebagai usaha musuh Islam untuk memperlahankan gerakan Islam dan umat Islam.

Tanpa menamakan mana-mana pihak secara khusus, Nasrudin dalam kenyataan hari ini berkata antara usaha pihak tersebut ialah melalui gerakan liberalisasi.

Beliau memberikan tiga matlamat gerakan liberalisasi iaitu melonggarkan pegangan dan merosakkan keyakinan umat Islam terhadap agama sebagai ad-din (cara hidup); melunturkan semangat juang umat terhadap syariat; dan - akhirnya - menghilangkan rasa bersalah umat Islam untuk menukar agama.

"(Ia dilakukan dengan) menyamakan Islam dengan agama lain melalui slogan semua agama mengajak ke arah kebaikan dan semua agama menuju syurga.

"(Kedua) Mencampur-aduk perkara ibadah khusus dalam Islam dengan amalan adat dan budaya sehingga nilai ibadah khusus itu tidak dipraktikkan mengikut tatacara ibadah yang betul.

"(Ketiga) Meneutralkan amalan agama dan ibadah dalam Islam agar ia boleh dikongsi amal dan tindakan dengan penganut agama lain atas nama perpaduan kaum dan keharmonian agama," katanya.

Walaupun tidak merujuk secara khusus, kaedah ketiga tersebut membangkitkan persoalan sama ada ia merujuk penyampaian zakat oleh pemimpin PH bukan Islam dan majlis berbuka puasa anjuran Pemuda PKR di Gurdwara Sikh.

Terdapat beberapa pandangan berkenaan pengagihan zakat oleh orang bukan Islam.

Menurut Astro Awani 30 Mei, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata dari sudut fikah pengagihan zakat oleh orang bukan Islam ialah 'harus' (dibolehkan).

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad pula berpandangan dari sudut hukum ia tidak salah tetapi amalan itu adalah sesuatu yang "tidak manis".

"Isu sekarang adalah membabitkan isu pengurusan, ia tidak melibatkan soal hukum. Tetapi lebih beradab dan lebih manis jika orang Islam sendiri yang menguruskan agihan zakat," kata Mohamad Shukri.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata sasaran gerakan liberalisasi ialah umat Islam yang tidak mendalami agama dan mudah terpedaya dengan slogan kesaksamaan dan keharmonian kaum, dan yang terdesak dan mudah terpengaruh dengan sumbangan kebajikan.

Penggeraknya pula, beliau berkata, ialah golongan yang "mempunyai rekod anti-Islam" sama ada berperanan di belakang tabir mahu pun secara terbuka.

"Realiti ini kita boleh perhatikan secara mikro bagaimana sesuatu agenda itu direalisasikan lalu kita boleh mengesahkannya dengan penglibatan watak-watak tersebut," katanya lagi.

Sekali lagi, Nasrudin tidak menyebut secara khusus pihak yang dikatakan menggerakkan liberalisasi.

Selepas kritikan terhadap "gerakan liberalisasi", Nasrudin membangkitkan teras Islam yang tidak memusuhi agama lain tetapi tetap menetapkan sempadan.

“Islam adalah agama kasih sayang (dan) memelihara hubungan antara kaum dengan menghormati hak mereka meskipun mereka bukan Islam.

“Namun Islam mempunyai garis sempadan yang perlu dipatuhi. Ia adalah hak eksklusif agama yang tidak boleh diabaikan. Jangan langgar sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/musuh-agama-mahu-perlahankan-gerakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agih Zakat Pimpinan Dap Tunggang Agama Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens

Agih Zakat Pimpinan Dap Tunggang Agama Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 663 hits
SOSMED Sehari dua ini hangat isu pimpinan DAP yang memainkan peranan mengagihkan bantuan zakat ke umat Islam yang layak menerimanya Hal ini menjadi persoalan kerana ramai pihak berpendapat tujuan pimpinan DAP mengagihkan bantuan zakat adala...
Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 382 hits
Umat Islam perlu sedar tentang pentingnya penghayatan terhadap pesanan yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi berbanding melaksanakan ritual keagamaan itu tanpa disertai dengan pemahaman Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysi...
Riset Setara Institute Soal Gerakan Eksklusivisme Agama Di 10 Perguruan Tinggi Negeri

Riset Setara Institute Soal Gerakan Eksklusivisme Agama Di 10 Perguruan Tinggi Negeri

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 396 hits
Setara Institute merilis temuannya dalam studi kasus gerakan ekslusivisme agama di 10 perguruan tinggi negeri yang ada di Indonesia Hasilnya ada tiga kesimpulan dan temuan utama
Diceraikan Suami Selepas Memeluk Agama Islam

Diceraikan Suami Selepas Memeluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 352 hits
TUMPAT Tertarik dengan kisah Nabi Muhammad diceritakan oleh guru agama ketika dalam kelas pendidikan Islam ketika di bangku sekolah menyebabkan Ong Po Swan 42 memilih agama Islam Kini menggunakan nama Nur Amalina Ong wanita itu berkata
Ultra Kiasu Akan Bantah Syor Ajar Subjek Islam Kata Ridhuan Tee

Ultra Kiasu Akan Bantah Syor Ajar Subjek Islam Kata Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 277 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Negara akan lebih aman jika bukan Islam faham mengenai agama IslamBANGI Malaysia akan lebih aman jika orang bukan Islam memahami agama Islam walaupun tidak menganut agama itu kata pendakwah bebas Prof Dr Riduan Tee A...
Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 297 hits
Kata pemimpin Yadim itu isu tersebut diuar uarkan pihak tertentu antara lain untuk menunjukkan mereka kuat dan dapat sokongan ramai
Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 292 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini meminta pemimpin politik bukan Islam agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemberian zakat terhadap orang Islam Katanya tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan belum pernah b...
Jambatan Angkat Bawa Pembangunan Kata Mb Terengganu

Jambatan Angkat Bawa Pembangunan Kata Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 583 hits
Jambatan angkat bawa pembangunan kata MB Terengganu Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 May 2019 9 23AM
Duit Raya Anak Felda Melalak Macam Anjing Kata Penyokong Ph

Duit Raya Anak Felda Melalak Macam Anjing Kata Penyokong Ph

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 407 hits
UMAT Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin depan Tidak seperti tahun tahun lepas sambutan hari raya pada tahun ini sedikit suram bagi peneroka peneroka Felda di seluruh negara kerana sehingga ke saat ini belum ad...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash