Ford Mustang Mach-E ialah kenderaan empat pintu elektrik yang dilengkapi pilihan motor elektrik dengan kuasa maksimum 459 kuasa kuda dan bateri yang memberikan jarak operasi sehingga 482 kilometer dengan sekali caj. Lima model akan ditawarkan iaitu First Edition, Select, Premium, California Route 1, dan GT. Perbezan di antara motor terletak pada kekuatan motor elektrik, kapasiti bateri dan panduan 2/4 tayar.
Rekaan lampu belakang dan hadapan terdiri dari tiga palang yang mempunyai DNA Mustang. Bahagian kekisi hadapan pula ditutup kerana kereta elektrik tidak dilengkapi radiator penyejuk. Ruang enjin kini menjadi frunk untuk simpanan kargo tambahan.
Kemasan dalaman Mustang Mach-E adalah sedikit berbeza dengan yang dipopularkan oleh Tesla. Terdapat satu skrin gergasi pada bahagia tengah untuk sistem infohibur dan kawalan asas kenderaan. Masih terdapat tombol fizikal untuk mengawal sistem pendingin hawa dan tingkap. Pada masa yang sama sebuah skrin memanjang di belakang stereng disertakan untuk maklumat mengenai kelajuan dan tahap pengecasan bateri. Sistem audio dari Bang&Olufsen memastikan kualiti audio terbaik untuk mendengar muzik ketika memandu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |