Pandang Pertama Tronsmart Spunky Beat Cukup Baik Tetapi Belum Sempurna
Tronsmart adalah adalah satu syarikat yang hadir dengan TWS tersendiri. Dalam artikel lepas, telah saya ulas Tronsmart Spunky Pro, iaitu variasi TWS mereka yang ‘Pro’. Ia bersaiz kecil, ringan, tetapi padat dengan fungsi dan boleh dikatakan hebat. Terkini, mereka telah hadir dengan Tronsmart Spunky Beat pula. Spunky Beat ada kebaikannya dan ada kekurangannya, dari segi fungsi dan ciri ia kurang dari Spunky Pro – tetapi dari segi kualiti audio ia adalah jauh lebih hebat.
SpesifikasiTronsmart Spunky Beat adalah satu set TWS yang hampir sempurna. Ia menggunakan cip Qualcomm® QCC3020, yang mana adalah salah satu cip yang hebat untuk sesebuah aksesori audio nirwayar. Berikut adalah spesifikasi Spunky Beat ini;
Tronsmart Spunky BeatCipQualcomm® QCC3020, Bluetooth 5.0, aptXPemacu AudioΦ6mmBateri35mAh Setiap Fon, 350mAh Pod PengecasanKetahanan7 Jam Tanpa Pod PengecasJenis PengecasanUSB-C atau USB-A yang terbinaBahan BinaanPlastikHargaRM299Kualiti AudioTronsmart Spunky Beat ini mempunyai kualiti audio yang boleh dikatakan hebat. Seperti Tronsmart Spunky Pro, kedalaman bass masih kurang memuaskan – lebih-lebih lagi apabila memainkan muzik dengan banyak kesan bunyi dentuman. Akan tetapi dari segi mid-bass, ia mempunyai prestasi yang memuaskan. Mendengar muzik-muzik yang dinyanyikan oleh lelaki adalah kurang enak dari segi vokalnya, manakala vokal dari nyanyian oleh wanita adalah cukup enak.
Apa yang menjadikan Spunky Beat ini lebih menarik untuk digunakan adalah cip yang terbina pada dirinya, Qualcomm QCC3020. Cip ini menawarkan tambatan yang lebih baik, stabil dan mempunyai latensi yang sangat rendah. Ini bermakna apabila menonton video yang distrim atau bermain permua atas talian seperti CODM atau PUBGM – tiada langsung sela masa. Cip ini juga mempunyai sokongan aptX, yang mana menawarkan kualiti audio yang lebih jelas dan juga boleh menyekat bunyi hingar apabila membuat panggilan telefon. Sekatan bunyi hingar ini turut berfungsi ketika mendengar muzik, ia seakan memimik fungsi pembatalan hingar.
Bateri
Jika Tronsmart mendakwa yang Spunky Pro hanya tahan sekitar 3.5 jam tanpa pod pengecasan. Spunky Beat dikatakan mampu bertahan selama 7 jam. Apabila menggunakan pod pengecasan, Spunky Beat boleh bertahan selama 24 jam. Mengecas setiap fon telinga hingga penuh ambil masa sekitar 50 minit, manakala pod pengecasan adalah sekitar 2 jam. Jika bateri sudah habis dan ingin segera menggunakannya, biarkan sahaja ia dicas sekitar 5 minit dan ia boleh digunakan selama 1 jam. Lebih mengecewakan adalah, Spunky Beat tidak mempunyai pengecesan nirwayar dan hanya terhad kepada USB-C. Menggantikan pengecasan nirwayar adalah kabel USB-A yang terbina.
FungsiFungsi yang menarik turut terbina pada Spunky Beat ini. Contohnya, ia langsung tiada butang dan bergantung sepenuhnya kepada kawalan gestur sesentuh. Agak pelik dan sukar pada awalnya, cuma ada banyak kawalan dan kadang-kala ia amat mengelirukan. Contohnya, sentuh sekali adalah untuk menjeda dan sentuh dan tahan untuk langkau muzik. Tapi, seringkali saya sentuh dan tahan pasti ia hanya menjeda dan bukan melangkau. Tap dua kali juga akan menyeru pembantu digital seperti Siri atau Google Assistant. Pembantu digital yang diseru akan mempunyai kualiti audio yang setanding dan tidak pelik atau tidak sedap.
Kelebihan cip Qualcomm yang digunakan ini juga adalah tambatan pantas dan mengingati peranti yang telah ditambat. Ini bermakna, setiap kali Spunky Beat ditambat dan kemudian telah disimpan – buka sahaja pod pengecasan Spunky Beat ia akan tertambat secara automatik. Pada pod pengecasan TWS ini, turut terbina strap dari bahan seakan kulit untuk mudah disangkut di mana-mana. Untuk perlindungan pula, ia mempunyai kalis percikan IPX5.
RekaanPod pengecas Spunky Beat secara keseluruhan adalah lebih nipis dan lebih kecil. Ia juga berbentuk seakan pil dan memanjang, jadi mudah disimpan di dalam kocek seluar. Kemasan pod pengecasan juga adalah lebih premium dengan kemasan matte black. Ia juga tidak menangka[ sebarang kotoran cap jari. Di bahagian hadapan, kelihatan dengan jelas empat lampu LED, di belakang adalah engsel dan port USB-C dan di sisi pula terdapat strap kulit yang boleh digunakan untuk disangkut di mana sahaja.
Buka sahaja pod pengecasan, akan kelihatan dua fon telinga. Yang mana setiap fon telinga akan bernyala lampu biru atau merah, merah adalah untuk pengecasan dan biru adalah tambatan berjaya. Ya, lampu merah juga adalah indikasi sebagai bateri yang lemah. Setiap fon telinga Spunky Beat ini, ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan lebih minimalis. Hujung fon telinga di bahagian getah juga adalah lebih kecil. Walaupun ia kecil, ia muat sahaja dalam telinga dan sungguh selesa. Bahan getah juga adalah berbeza dan lebih selesa. Disebabkan getah ini jugalah membantu ia menyekat bunyi hingar.
Kesimpulan
Jika dibandingkan dari segi kualiti audio, Spunky Beat adalah sangat berbanding Spunky Pro, Redmi Airdots atau QCY T1/T1S. Hasil audio yang gempak dan menarik, secara tidak langsung memberikan pengalaman yang mengasyikkan. Rekaan dan bahan binaan yang premium juga menjadikan Spunky Beat ini berada dalam kelas atasan. Akan tetapi, harga jualannya adalah RM299 yang mana amat tidak sesuai dan terlampau mahal. Akan tetapi untuk jualan 11:11, ia boleh dibeli pada RM119 sahaja yang mana itulah harga yang berbaloi dan patut dimiliki.
Beli Tronsmart Spunky Beat Di Shopee
KELEBIHANKEKURANGANBass yang lebih baik dan enak didengar.Tiada sela-masa dan latensi yang sangat rendah.Bahan binaan yang premium.Menyokong aptX yang lebih baik dan bateri yang efisien.Harga mahal dan tidak sesuai.Tiada sokongan pengecasan nirwayar.Kualiti audio masih di tahap biasa-biasa sahaja
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2019/11/pandang-pertama-tronsmart-spunky-beat.html