Mustahil Undang Undang Syariah Terhapus




Propaganda yang cuba dimainkan oleh Pemuda Pas bahawa undang-undang syariah di negara ini bakal terhapus adalah suatu perkara yang mustahil, kata seorang pengamal perundangan.
Peguam Dr Zulqarnain Lukman menegaskan peruntukan kuasa untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang syariah bagi kesalahan bertentangan dengan ‘precept of Islam’ atau perintah agama itu kekal ada di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
“Dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa DUN berhak untuk menggubal undang-undang (kesalahan) yang bertentangan dengan “precepts of Islam” asalkan ia terpakai untuk orang Islam sahaja.
“Jika Seksyen yang dicabar ini tidak berada dalam maksud precepts of Islam dan berada dalam senarai Persekutuan, maka Seksyen ini tidak sah untuk digubal oleh DUN dan hanya sah digubal oleh Parlimen,” kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Pemuda Pas kononnya undang-undang syariah negara ini sedang dicabar dan terdapat usaha untuk menghapuskan hukum syarak dari mengikat seluruh umat Islam di Malaysia.
Zulqarnain yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah menjelaskan kes yang difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nas­tasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan adalah bagi menentukan bidang kuasa untuk membuat undang-undang antara kuasa negeri dan kuasa Persekutuan.
“Seksyen yang dicabar itu adalah atas dakwaan bahawa ia sepatutnya digubal oleh Parlimen dan bukan DUN. Ini adalah pokok isu dalam kes ini
“Adapun dakwaan bahawa kes ini adalah mencabar hukum syarak adalah tidak tepat sepenuhnya,” kata beliau.
Jelas Zulqarnain, perkara lain yang dibangkitkan oleh Nik Elin juga adalah bahawa Seksyen berkenaan adalah jatuh dalam hukum takzir yang mana ia digubal oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ini tidak bermakna ianya mencabar hukum Allah.
“Mencabar hukum Allah itu seperti mencabar hukum solat, puasa, zakat atau haji,” katanya.
Beliau turut melontarkan persoalan bahawa semenjak Seksyen itu digubal berapa kalikah pendakwaan telah dibuat oleh pendakwa syarie.
“Antaranya seperti kesalahan bersetubuh dengan mayat, ia tidak pernah lagi digunakan. Mungkin pihak kerajaan negeri boleh kemukakan statistik berkaitan Seksyen ini.
“Oleh itu, untuk mengatakan hukum syariah akan lenyap adalah mustahil kerana peruntukan kuasa untuk DUN membuat undang-undang syariah yang bertentangan dengan precept of Islam itu kekal ada di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.
Terdahulu Ketua Pemuda Pas Fadhli Shaari pada 10 November lalu dipetik dari Facebook berkata;
“Tatkala hukum syarak, yang dijamin dalam Perlembagaan, dan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak. Dan hukum syarak ini, hari ini telah dicabar oleh mereka, yang lemah pegangannya, demi membebaskan diri dari hukum agama.
“Di saat kita bersolidariti, untuk saudara seakidah kita yang diancam di bumi Palestin, rupanya undang-undang syariah kita sedang dicabar di negara sendiri!
“Apa matlamat mereka? Hanya satu, untuk menghapuskan hukum syarak ini, dari mengikat seluruh umat Islam di Malaysia,” katanya.
Beliau turut mengerahkan anggota parti itu untuk mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 20 November ini bagi menyatakan solidariti untuk mempertahankan maruah agama.
Pemuda Pas dalam laman X turut dipetik mendakwa undang-undang syariah telah dicabar secara terancang dan perkara itu sudah berjaya di Selangor.
Susulan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Amanah Selangor mahu membuat laporan polis susulan dakwaan Pemuda PAS itu.
Ketua AMK Selangor Izuan Kasim menegaskan hantaran yang mendakwa kononnya usaha melenyapkan peraturan itu berjaya dilakukan di Selangor jelas menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Terdahulu laporan menyebut Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 November ini bagi menyambung pendengaran petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah.
Perkara itu dimaklumkan peguam Yusfarizal Yusoff yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) selaku pemerhati dalam pendengaran petisyen itu.
Katanya, panel bersidang akan mendengar penghujahan pihak-pihak yang dinamakan sebagai sahabat mahkamah (Amicus Curiae) dalam prosiding itu.
Ia terdiri daripada Sisters In Islam (SIS); Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Petisyen difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nas­tasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.
Petisyen didengar pa­nel sembilan hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada prosiding yang bermula 17 Ogos lalu.
Pada prosiding terdahulu, mahkamah mendengar penghujahan peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili ke­dua-dua pempetisyen bahawa 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bertindan dengan undang-undang Persekutuan.
Beliau menghujahkan, peruntukan tersebut tidak sah atas alasan Badan Perundangan Ne­geri Kelantan tiada kuasa menggubal peruntukan undang-undang jenayah tersebut kerana ia bidang kuasa Parlimen.
Peguam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif berhujah, peruntukan undang-undang itu tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan Iki Putra mencabar keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubung ke­salahan seks luar tabii.
Dalam jadual kesembilan Senarai II – Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan termaktub mengenai “…pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.”
The post Mustahil undang-undang syariah terhapus first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36848?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mustahil-undang-undang-syariah-terhapus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Bidangkuasa Mahkamah Syariah Akan Terhapus

Benarkah Bidangkuasa Mahkamah Syariah Akan Terhapus

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 123 hits
Dakwaan Timbalan Presiden Pas Tn Ibrahim Tn Man bahawa sebahagian besar bidang kuasa mahkamah syariah akan terhapus jika Mahkamah Persekutuan menerima Petisyen Nik Elin Nik Rashid adalah satu pembohongan besar kepada masyarakat Bidangkuasa ...
Pertikaian Undang Undang Syariah Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Menteri Pn Buat Apa

Pertikaian Undang Undang Syariah Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Menteri Pn Buat Apa

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 84 hits
Kes cabaran ke atas undang undang syariah negeri Kelantan yang kini di peringkat Mahkamah Persekutuan dan tuduhan pembangkang seolah olah Kerajaan Perpaduan mahu melemahkan undang undang Islam dijawab di Dewan Rakyat hari ini Perdana Menter...
Idris Pn Will Back Amendments To Clarify Syariah Jurisdiction

Idris Pn Will Back Amendments To Clarify Syariah Jurisdiction

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 146 hits
Perikatan Nasional will back amendments to the Federal Constitution that would bring clarity over the jurisdiction of the syariah courts said PAS vice president Idris Ahmad We hope there will be amendments to the constitution if there is a ...
Syariah Dicabar Kerana Orang Islam Hilang Kuasa Politik

Syariah Dicabar Kerana Orang Islam Hilang Kuasa Politik

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 109 hits
Kuasa politik terlepas dari tangan orang beriman menjadi punca berlakunya penindasan pemerkosaan dan kezaliman yang menimpa ke atas umat Islam di seluruh dunia termasuk di Palestin Speaker DUN Kelantan Dato Sri Amar D Raja Dato Mohd Amar Ab...
Selamatkan Syariah Ini Ulasan Pmx

Selamatkan Syariah Ini Ulasan Pmx

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta mana mana pihak termasuk ahli politik tidak menunggang notis petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dengan mengaitkannya sebagai agenda mencabar perundangan syariah di negara ini Perdana Ment...
Benarkah Syariah Dicabar Sebenarnya Pas Yang Tercabar Kerana Kelemahan Menggubal

Benarkah Syariah Dicabar Sebenarnya Pas Yang Tercabar Kerana Kelemahan Menggubal

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 132 hits
BENARKAH SYARIAH DICABAR CHE IBRAHIMAmbo tak nampak polemik yang berlaku hari ini ekoran kes Nik Elin Nik Rashid vs Kerajaan Kelantan sebagai satu cabaran kepada syariah atas berbagai alasan Sebenarnya polemik ini adalah satu ujian dan caba...
Mengapa Kes Ini Ust Budak Tidak Ada Dalam Jenayah Syariah Syariah 2019

Mengapa Kes Ini Ust Budak Tidak Ada Dalam Jenayah Syariah Syariah 2019

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 126 hits
Che Ibrahim Mengapa kesalahan mencabul atau kelucahan melampau tidak ada dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019 Negeri Kelantan sedangkan ianya juga satu kesalahan syariat Kalau kesalahan liwat bersetubuh dengan mayat binatang boleh dimas...
Pm Govt To Set Up Special Committee To Empower Syariah Court

Pm Govt To Set Up Special Committee To Empower Syariah Court

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 95 hits
The government has agreed to set up a special committee sanctioned by the Conference of Rulers in a bid to empower and elevate the status of the Syariah Court said Prime Minister Anwar Ibrahim He said the committee would conduct research in...
Wujudkah Perbezaan Maqasid Al Syariah Dengan Usul Fiqh Serta Apakah Kedudukan Maqasid Al Syariah Dalam Pendalilan Hukum

Wujudkah Perbezaan Maqasid Al Syariah Dengan Usul Fiqh Serta Apakah Kedudukan Maqasid Al Syariah Dalam Pendalilan Hukum

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 341 hits
WUJUDKAH PERBEZAAN MAQASID AL SYARIAH DENGAN USUL FIQH SERTA APAKAH KEDUDUKAN MAQASID AL SYARIAH DALAM PENDALILAN HUKUM Muhammad Nuruddin Bin Bashah Terdapat banyak persepsi dan pandangan agamawan atau orang awam terhadap aplikasi maqasid a...
Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

Kak Jane Pergi Selamanya

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Pakar Tak Semestinya Tinggi Kelulusan Akademik

Blackrock Isu Sebenar Jual Pegangan Aset Strategik Negara



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Enjoy A Variety Of Abundant Prizes Playing Gacor123 Slot

Ulasan Filem Atlas Agak Mengecewakan

Nangka Madu Dari Kebun

Data Driven Decisions For Success

Kkm Digesa Jangan Mengetepikan Pemegang Taruh Kosmo 25 06 2024

Ppim Dakwa Kkm Ketepikan Pakar Dalam Pindaan Akta Perubatan Utusan Malaysia 26 06 2024