Selamatkan Syariah Ini Ulasan Pmx



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta mana-mana pihak termasuk ahli politik tidak 'menunggang' notis petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dengan mengaitkannya sebagai agenda mencabar perundangan syariah di negara ini.
Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian menyebabkan isu sebenar iaitu sama ada bidang kuasa negeri boleh melaksanakan undang-undang sendiri tanpa berunding dengan Kerajaan Persekutuan diabaikan.
"Padahal substantifnya adalah isu bidang kuasa, adakah negeri boleh buat undang-undang (sendiri) atau harus berunding dengan peringkat persekutuan.
"Ini bukan keputusan substantif soal syariah, ia soal bidang kuasa. Apakah negeri boleh buat (undang-undang)?
"Kita bayangkan kalau semua negeri buat undang-undang (sendiri) dan setiap negeri ada percanggahan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) yang ingin tahu pendirian Kerajaan Persekutuan berhubung Notis Petisyen yang difailkan Nik Elin Zurina dan anaknya yang dilihat usaha mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Semalam Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan, isu dalam pendengaran petisyen bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bukan mengenai memburuk-burukkan agama Islam atau melemahkan kuasa Mahkamah Syariah.
Tengku Maimun yang mempengerusikan panel sembilan Hakim Mahkamah Persekutuan, berkata, isu yang timbul melalui sebahagian daripada petisyen itu adalah sama ada Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan yang dipertikaikan.
Terdahulu lebih 1,000 orang hadir Himpunan Selamatkan Syariah dan sertai solat hajat di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, pagi semalam.
Perhimpunan anjuran Perikatan Nasional (PN) itu bagi membantah tindakan Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Mereka mahu mengisytiharkan peruntukan-peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.
Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).
Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual) - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/selamatkan-syariah-ini-ulasan-pmx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Hadi Tidak Bertindak Selamatkan Mahkamah Syariah Semasa Berkuasa

Kenapa Hadi Tidak Bertindak Selamatkan Mahkamah Syariah Semasa Berkuasa

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 238 hits
HarapanDaily comAHMAD MURSIHadi bohong cuba bina persepsi kerajaan tidak bantu Mahkamah SyariahKenapa Hadi tidak bertindak selamatkan Mahkamah Syariah semasa berkuasa Haji Hadi bohong jika cuba bina persepsi kerajaan tidak bertindak bantu s...
Pmx Bertmu Rakyat Malaysia

Pmx Bertmu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 339 hits
Mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di San Francisco Saya dan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai Ruangan ini juga saya minta menteri ka...
Pmx Bertemu Rakan Apec Dan Menyuarakan Kebimbangan Tentang Nasib Di Gaza

Pmx Bertemu Rakan Apec Dan Menyuarakan Kebimbangan Tentang Nasib Di Gaza

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 506 hits
Kerajaan akan mula mengumumkan langkah langkah ke arah pelaksanaan govtech secara berfasa bermula Disember ini Kertas konsep transformasi perkhidmatan awam ke arah digital dan tech akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara Disembe...
Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Ramen Asli Di Wagyuteh Osaka


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara