Pertikaian Undang Undang Syariah Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Menteri Pn Buat Apa




 Kes cabaran ke atas undang undang syariah negeri Kelantan yang kini di peringkat Mahkamah Persekutuan dan tuduhan pembangkang seolah olah Kerajaan Perpaduan mahu melemahkan undang undang Islam dijawab di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) menyelar pembangkang PN yang beretorik menyalahkan kerajaan Madani berkenaan petisyen difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman, sedangkan cabaran undang undang tersebut dimulakan pada era pemerintahan PN.

"Saya tidak ada permasalahan dalam kes ini, supaya rakyat memahami dan mengetahui bahawa harus ada usaha peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah.

"Namun saya kesal seolah olah ada usaha mengalih tindakan Kerajaan Perpaduan sekarang. Semua tahu kes Selangor tahun 2021 dan Mahkamah Persekutuan telah buat keputusan, yang mana keputusan dibuat oleh DUN (hukuman syariah) bercanggah dengan Perlembagaan negara. Dan saya tidak dengar setahun dua yang lalu jawatankuasa (mengkaji masalah) ditubuhkan tetapi sekarang dihebohkan.

"Saya nak tanya menteri menteri, termasuk menteri undang undang dahulu, dia buat apa? Ada kata, saya tidak tahu. Bagaimana seorang menteri tidak tahu dalam kes seberat ini?

"Saya tegaskan ini kerana ada percubaan nak melagakan seolah olah kita (Kerajaan Perpaduan) tentang (undang undang syariah). Di mana yang kita tentang," katanya dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Mohd Azizi Abu Naim (Pas-Gua Musang).

Tegas PM, isu yang telah dibawa ke mahkamah pada tahun lalu itu sepatutnya dibahas atau dipertikaikan oleh pemimpin PN pada tahun lalu lagi. Bukannya menunggu tahun 2023 untuk dipersalahkan kepada kerajaan yang baharu.

"Kes ini diputuskan oleh DUN Kelantan (peruntukan hukuman), dicabar oleh Nik Elin yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Maknanya DUN tak boleh buat keputusan, parlimen tidak, PM tidak, bawa ke mahkamah.

"Bila dibawa ke Mahkamah Persekutuan? 25 Mei tahun lalu. Siapa yang perintah 25 Mei tahun lalu? Siapa PM? Siapa menteri undang undang? Dan sekarang ini semua dibebankan kepada kita," ujarnya.

Jelas PM, Kerajaan Perpaduan pada ketika ini telah berusaha dan mendapat perkenan Sultan Selangor yang merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji pertembungan undang undang syariah dan sivil dan mencari kaedah penyelesaian.

PM juga membawakan isu Perkara 121 (1a) yang beliau bawa suatu ketika dahulu apabila timbul hukuman yang diputuskan oleh mahkamah syariah sering dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Katanya, hal itu perlu diselesaikan pada waktu ini biar pun telah berdekad dekad lama dipendamkan.

"Kuasa mahkamah syariah harus ditingkatkan, bawa dalam perundingan. Jangan melalui DUN masing masing negeri. Itu terserah (pertindihan) kepada Mahkamah Persekutuan sekiranya (untuk) dianggap teratur (berperlembagaan) atau tidak," katanya.

Oleh itu, PM menolak keras tindakan pembangkang yang mempolitikkan isu pertembungan undang undang syariah yang dicabar di Mahkamah Persekutuan pada waktu ini untuk menyalahkan pihak kerajaan.

Katanya, hal itu cuba sedaya upaya sedang diselesaikan secara kompresensif oleh Kerajaan Perpaduan dan tidak perlu ianya menjadi pertikaian politik sama sekali.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/pertikaian-undang-undang-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Johor Saran Tubuh Jawatankuasa Pantau Guru Tentang Kerajaan

Pkr Johor Saran Tubuh Jawatankuasa Pantau Guru Tentang Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 293 hits
Haryati Abu Nasir Sumber Utusan MalaysiaPUTRAJAYA PKR Johor mencadangkan Kementerian Pendidikan membentuk jawatankuasa khas bagi memantau guru yang tidak menyokong kerajaan Perwakilan dari Johor Haryati Abu Nasir berkata ini ekoran terdapat...
Iwk Dijangka Tak Perlu Subsidi Kerajaan Mula Tahun Depan Kata Menteri

Iwk Dijangka Tak Perlu Subsidi Kerajaan Mula Tahun Depan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 412 hits
Tahun ini peruntukan kepada IWK ialah RM90 juta namun setakat ini ia mampu beroperasi dengan baik menggunakan RM60 juta sahaja daripada peruntukan itu KUALA LUMPUR Indah Water Konsortium dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada keraj...
Kerajaan Kenal Pasti Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Myanmar Kata Timbalan Menteri

Kerajaan Kenal Pasti Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Myanmar Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 270 hits
KERAJAAN sedang mengenal pasti 26 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing Myanmar kata Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin Beliau berkata kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon Myanmar d...
Mustahil Undang Undang Syariah Terhapus

Mustahil Undang Undang Syariah Terhapus

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 510 hits
Propaganda yang cuba dimainkan oleh Pemuda Pas bahawa undang undang syariah di negara ini bakal terhapus adalah suatu perkara yang mustahil kata seorang pengamal perundangan Peguam Dr Zulqarnain Lukman menegaskan peruntukan kuasa untuk Dewa...
Pendedahan Panas Apa Pn Buat Kata Mantan Tim Menteri Undang Undang

Pendedahan Panas Apa Pn Buat Kata Mantan Tim Menteri Undang Undang

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 207 hits
PN sekali lagi diingatkan bahawa ahli Parlimen dari gabungan itulah yang telah menentang usaha memperkenalkan undang undang antilompat parti yang lebih ketat Bekas timbalan menteri undang undang Hanipa Maidin hari ini menyokong kenyataan Se...
Ini 20 Undang Undang Yang Diubah Oleh Kerajaan Kelantan

Ini 20 Undang Undang Yang Diubah Oleh Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 172 hits
W Faudzin Mereka buat undang undang yang lopong menunjukkan kebodohan mereka bila orang tegur tak mahu dengar bila orang cabar di mahkamah mereka kata langgar hukum Allah Hukum Allah itu tak bodoh macam undang undang ciptaan kamu lebai Wakt...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan