Mustahil Dipukul Dan Ditarik Keluar Dari Van Saksi Inkues Adib


Shawaliah Hadir
Inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim masuk hari ke-17 SHAH ALAM –  Sangat mustahil kepatahan tulang rusuk pertama hingga ketujuh di bahagian kiri belakang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan oleh hentakan objek atau lebih tepat belakang parang. 

Selain memerlukan daya kuat untuk menghayun objek di belakang Adib, dalam masa yang sama corak kecederaan yang dialami oleh Allahyarham juga tidak konsisten dengan perbuatan tersebut. 

Kesan akibat hentakan atau pukulan objek juga akan menghasilkan calar, namun ia tidak berlaku pada di belakang bahagian kiri Adib.

Itu keterangan saksi ke-24 inkues kematian anggota bomba itu pada hari ke-17 iaitu  Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Doktor Ahmad Hafizam Hasmi.

“Kebarangkalian untuk mendapat kecederaan pada bahagian belakang kiri Muhammad Adib Mohd Kassim jika diukur menggunakan objek seperti belakang parang untuk kes ini adalah sangat mustahil.

“Impak perlu kuat dengan menghayun jika dipukul belakang si mati kemungkinan yang patah tulang rusuk yang menerima impak . Objek juga dalam keadaan menegak kalau objek itu tegak untuk dipukul ia tidak dapat menghasilkan daya yang kuat.

“Jika objek itu ditarik juga mesti ada calar si mati tiada calar di belakangnya itu,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini. 

Selain itu, Ahmad Hafizam menganggap tiada kemungkinan Adib dipukul selepas jatuh selepas didorong daun pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kerana tiada corak kecederaan yang berbeza daripada lebam di bahagian kanan hadapannya. 

“Berdasarkan cedera bahagian hadapan dada kanan tersebut objek yang boleh menyebabkannya satu objek yang tumpul, keras permukaannya sedikit lebar.

“Jika berlaku impak dan kemudian tindakan atau pukulan kuat, tindakan yang boleh menyebabkannya mesti kuat sehingga meninggalkan kesan di luar badan dan boleh dilihat,” tambahnya. 

Hasil pemeriksaan sewaktu anggota bomba itu masih hidup dan bedah siasat juga, ujar beliau lagi, tidak menemui kecederaan yang terhasil akibat ditarik keluar daripada van EMRS.

“Berdasarkan keterangan dan bedah siasat saya, saya tak dapat pastikan bedah siasat beliau ditarik, walaubagaimanapun tiada kecederaan anggota kiri si mati yang menunjukkan adanya kecederaan akibat ditarik orang.

“Untuk seseorang ditarik keluar daripada kenderaan secara paksa, seringkali akan terdapat kecederaan atau kesan genggaman, pada bahagian yang ditarik tersebut tapi dalam kes ini tidak ada sebarang kesan pada anggota atas kiri si mati.

“Saya dimaklumkan si mati penumpang hadapan sebelah kiri jika ditarik keluar daripada kenderaan tersebut pastinya mengakibatkan kecederaan bahagian kiri kerana itu sahaja kecederaan yang boleh diakses,” katanya lagi. 

Namun begitu, beliau tidak menolak tiada kecederaan akan berlaku di badan mangsa jika ditarik pada baju walaubagaimanapun kesan secara tidak langsung akan terjadi terhadap kulit yang bersentuhan. -MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/mustahil-dipukul-dan-ditarik-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tahanan Dibebas Tiada Saksi Lihat Adib Dipukul

12 Tahanan Dibebas Tiada Saksi Lihat Adib Dipukul

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 349 hits
POLIS melakukan 12 tangkapan berhubung kes anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya pada 27 November tahun lalu Pegawai Penyiasat Kanan Polis Asist...
Doktor Perlu Lebih 18 Saat Untuk Tarik Adib Keluar Dari Van

Doktor Perlu Lebih 18 Saat Untuk Tarik Adib Keluar Dari Van

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 439 hits
INKUES Pakar forensik perubatan Hospital Kuala Lumpur itu juga berkata dia mengambil kira Adib sebagai seorang yang berbadap tegap dan terlatih
Kejutan Dalam Inkues Adib

Kejutan Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 317 hits
Kejutan Dalam Inkues Adib Saya terlalu ikut emosi tanpa ketahui fakta sebenar kejadian kata jururawat Institut Jantung Negara yang juga pemilik akaun Facebook dengan nama Cik Miera yang memuat komen di laman sosial itu mengenai kematian ang...
Malu Kerana Berlagak Pintar Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

Malu Kerana Berlagak Pintar Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 483 hits
SAKSI ke 25 Siti Syafika Amira hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam FOTO Sairien NafisPEMILIK akaun Facebook dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua piha...
Cik Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

Cik Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 356 hits
Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli SAKSI ke 25 Siti Syafika Amira hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam FOTO Sairien NafisPEMILIK akaun Facebook dengan n...
Inkues Adib Cik Miera Dipanggil Beri Keterangan Di Mahkamah Koroner

Inkues Adib Cik Miera Dipanggil Beri Keterangan Di Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 468 hits
Seorang jururawat Institut Jantung Negara yang mengkritik kenyataan Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Koroner hari ini lapor ...
Malaysia Kali Pertama Lihat Tulang Rusuk Patah Menegak Lurus Pakar Forensik Inkues Adib

Malaysia Kali Pertama Lihat Tulang Rusuk Patah Menegak Lurus Pakar Forensik Inkues Adib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR 29 MAC 2019 Saksi dari Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Mohd Shah Mahmud hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi membantu kes prosiding inkues melibatkan kematian Anggota Bomba dan Penyelamat Alla...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti