Cik Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib



Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli  SAKSI ke-25, Siti Syafika Amira hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam. FOTO Sairien Nafis

PEMILIK akaun Facebook (FB) dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua pihak atas catatannya di laman sosial itu berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

Cik Miera atau nama sebenarnya Siti Syafika Amira Mohd Rasani, 27, yang bertugas sebagai jururawat bilik pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, hantaran itu dibuat dalam keadaan mengikut emosi tanpa mengetahui fakta sebenar kes berkenaan.

Saksi ke-25 inkues itu berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan kepada Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang sebelum ini memberikan keterangan berhubung punca kematian anggota bomba berkenaan.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzah pada hari prosiding hari ke-18 di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.

“Saya minta maaf sebab bertindak mengikut emosi tanpa ketahui fakta sebenar kejadian dan semua yang terbabit kerana kekecohan ini,” katanya.

Menurutnya, hantarannya itu dibuat kerana pernah mendapat tahu daripada pembantu pegawai pembedahan di IJN, Muhammad Ashraff Baruji bahawa anggota bomba terbabit ada memberitahu dia dipukul.

“Saya dengar Ashraff sesudah habis melawat Adib, (Ashraff kata) saya (Ashraf) tanya sama ada dipukul, kali pertama Adib menggeleng, kali kedua, Adib menggeleng.... kali ketiga dia (Adib) mengangguk,” katanya.

Ditanya Zhafran kenapa keterangannya pada hari ini berbeza dengan hantaran di FB sebelum ini, saksi itu berkata: “Masa itu, saya percaya Adib dipukul tanpa mengetahui perkara sebenar. Tetapi, saya yakin doktor (forensik) beri keterangan berdasarkan kepakaran.”
ZHAFRAN: AkaunFB kamu masih aktif?
SITI SYAFIKA: Tak. Sebab selepas itu saya terima banyak ‘personal message.’Saksi sama juga tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika menjawab soalan Zhafran berhubung apa yang membuatkan dia sungguh beremosi sehingga memuat naik status berkenaan di FB, pada Jumaat lalu.
ZHAFRAN: Kenapa kamu sangat beremosi sehingga buat kenyataan itu?
SITI SYAFIKA: Sepanjang Adib ada di sana (IJN), saya lihat keluarganya, saya melihat tunangnya... saya melihat keadaan keluarganya yang menangis. Pihak bomba yang tidur di luar ICU (Unit Rawatan Rapi) di atas kerusi menunggu setiap hari.
ZHAFRAN: Dan ini membuat kamu rasa macam mana?
SITI SYAFIKA: Saya lebih merasa dalam keadaan hubungan kekeluargaan.Terdahulu, saksi yang sudah enam tahun bertugas sebagai jururawat turut memberitahu dia diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang ECMO (Extracorporeal Membrane Oxygenation) pada Muhammad Adib, pada 28 November tahun lalu.
ZHAFRAN: Kamu ada lihat Adib, bagaimana keadaan dia?
SITI SYAFIKA: Seluruh badan dia bengkak, dada kanan dia ada bruises (lebam), ada salur tiub pada belah kanan.
ZHAFRAN: Selain itu, ada apa-apa lagi?
SITI SYAFIKA: Bengkak dan lebam pada pangkal peha. Tetapi, saya tidak pasti belah mana.
ZHAFRAN: Selain itu, apa kecederaan lain?
SITI SYAFIKA: Skrotum dia membesar macam belon.
ZHAFRAN: Keadaan muka dia?
SITI SYAFIKA: Keadaan dia pada masa itu, saya tak pasti... yang saya lihat muka dia bengkak dan dada dia ada lebam.
ZHAFRAN: Dia sedar masa itu?
SITI SYAFIKA: Tak sedarkan diri.Selain itu, saksi itu berkata, ada dua masa lain, di mana membantu mengendalikan Muhammad Adib ketika anggota bomba itu dirawat di ICU IJN, masing-masing pada 2 dan 3 Disember.

Katanya, pada kali kedua, anggota bomba itu dilihat tidak sedarkan diri, manakala pada kali ketiga, pesakit dilihat tidak membuka mata tetapi hanya mengangguk selepas mendengar arahan doktor.

Sementara itu, Ketua ICU IJN Datuk Dr Suneta Sulaiman berpendapat Siti Syafika tidak layak memberikan kenyataan berhubung kecederaan pada mangsa kerana tidak mempunyai kepakaran dalam hal itu.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad


LIHAT VIDEO DI SINI

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/cik-miera-mohon-maaf-di-inkues-adib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Cik Miera Buat U Turn Minta Maaf Di Inkues Adib Mahkamah Koroner

Malaysia Cik Miera Buat U Turn Minta Maaf Di Inkues Adib Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 337 hits
PEMILIK akaun Facebook dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua pihak atas catatannya di laman sosial itu berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen Foto Sairien Nafis Saya terl...
Malaysia Dr Hafizam Dicaci Sedih Bila Kenyataan Cik Miera Dibacakan Dalam Inkues Adib

Malaysia Dr Hafizam Dicaci Sedih Bila Kenyataan Cik Miera Dibacakan Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 454 hits
Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur menyatakan rasa sedihnya selepas membaca hantaran komen pemilik akaun Facebook bernama Cik Miera berhubung keterangannya dalam prosiding Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim Sedih saya kata Dr...
Inkues Adib Cik Miera Dipanggil Beri Keterangan Di Mahkamah Koroner

Inkues Adib Cik Miera Dipanggil Beri Keterangan Di Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 459 hits
Seorang jururawat Institut Jantung Negara yang mengkritik kenyataan Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Koroner hari ini lapor ...
Malu Kerana Berlagak Pintar Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

Malu Kerana Berlagak Pintar Miera Mohon Maaf Di Inkues Adib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 475 hits
SAKSI ke 25 Siti Syafika Amira hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam FOTO Sairien NafisPEMILIK akaun Facebook dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua piha...
Jururawat Cik Miera Tak Dipanggil Beri Keterangan Peguam Keluarga Adib

Jururawat Cik Miera Tak Dipanggil Beri Keterangan Peguam Keluarga Adib

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 318 hits
News Diterbitkan Hari ini 6 35 petangINKUES Keluarga allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak akan meminta seorang wanita yang mengaku jururawat di Institut Jantung Negara untuk memberi keterangan pada inkues yang sedang berlangsung bagi...
Dakwa Difitnah Ugut Jururawat Cik Miera Mp Kangar Lapor Lokman Pada Polis Isu Kes Adib

Dakwa Difitnah Ugut Jururawat Cik Miera Mp Kangar Lapor Lokman Pada Polis Isu Kes Adib

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 377 hits
Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad membuat laporan polis terhadap Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang didakwa memfitnahnya berhubung kes anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Noor Amin berkata Lokman melal...
Kes Adib Selepas Kritikan Kepada Doktor Ini Pendirian Terbaru Jururawat Ijn Cik Miera

Kes Adib Selepas Kritikan Kepada Doktor Ini Pendirian Terbaru Jururawat Ijn Cik Miera

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 762 hits
SHAH ALAM Jururawat Institut Jantung Negara Siti Shafika Amira Mohd Rasani yang membuat kritikan terhadap kenyataan Doktor Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur berhubung kema tian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memberi ketera...
Dek Perbincangan Inkues Adib Jururawat Miera Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media

Dek Perbincangan Inkues Adib Jururawat Miera Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 953 hits
Sembang gosip netizens di sosial media sekarang ialah mengenai seorang jururawat bernama Miera Jururawat itu didakwa bekerja di IJN dan antara individu pertama yang bertugas merawat kecederaan arwah Adib Wahai doktor kalaulah semua staf ber...
Saya Minta Maaf Sebab Bertindak Mengikut Emosi Tanpa Ketahui Fakta Sebenar Cik Miera

Saya Minta Maaf Sebab Bertindak Mengikut Emosi Tanpa Ketahui Fakta Sebenar Cik Miera

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 629 hits
Susulan tindakan mengkritik keterangan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan netizen Cik Miera atau nama sebenar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization