Malaysia Kali Pertama Lihat Tulang Rusuk Patah Menegak Lurus Pakar Forensik Inkues Adib


KUALA LUMPUR, 29 MAC 2019 – Saksi dari Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Mohd Shah Mahmud hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi membantu kes prosiding inkues melibatkan kematian Anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID / PEMBERITA – TAUFIK ( KOSMO )
SHAH ALAM 29 Mac – “Ini kali pertama saya melihat kecederaan yang unik iaitu tulang rusuk kiri belakang satu hingga tujuh patah secara menegak dan lurus,” kata seorang pakar forensik pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim di Mahkamah Koroner hari ini.
Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Mohd. Shah Mahmood, 59, berkata kecederaan unik itu dikesan oleh pihaknya buat kali pertama semasa proses bedah siasat yang dilakukan ke atas jasad anggota bomba itu pada 18 Disember lepas.
Beliau yang berkhidmat selama 13 tahun di hospital itu berkata mengikut corak kecederaan pada tujuh tulang rusuk kiri mangsa patah yang dalam susunan garis lurus yang menegak, kecederaan itu disebabkan oleh objek tumpul dan nipis.
“Apabila bedah siasat dijalankan, kami menemui buat kali pertama kecederaan yang tidak dimaklumkan kepada kami iaitu (Adib) patah tulang rusuk kiri satu hingga tujuh dan cederanya unik,” kata saksi ke-27 itu ketika menjawab soalan pegawai pengendali inkues Hamdan Hamzah.
Doktor itu berkata, pihaknya tertanya-tanya mengenai kecederaan unik yang dialami anggota bomba itu di mana tiada langsung maklumat diberikan terlebih dahulu mengenai kecederaan tersebut.
Dr. Mohd. Shah yang mengendalikan lebih 1,000 kes bedah siasat sepanjang 13 tahun perkhidmatannya di HKL berkata kecederaan unik itu tidak dilihat ketika pemeriksaan klinikal terhadap mangsa semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), pada 30 November lalu.
Beliau juga berkata, pihaknya dipanggil bagi membantu polis melakukan rekonstruksi (lakonan semula) insiden berkenaan di tempat kejadian, pada 22 Disember tahun lalu dan pihaknya meneliti enam kemungkinan yang mungkin menyebabkan kepatahan tujuh tulang rusuk kiri pada anggota bomba berkenan.
Katanya dua kemungkinan adalah mangsa terkena bucu kiri dan kanan bahagian belakang Fire Rescue Tender (FRT) dan empat lagi adalah terkena dua tangga di belakang jentera berkenaan.
Beliau berkata pihaknya kemudian mendapati pintu depan kiri van bomba yang dinaiki Muhammad Adib ada terdapat bucu bahagian pintu yang nipis dan menegak dengan anggaran dua milimeter (mm).
“Hanya pada ketika itu, kami berpandangan bahawa objek yang tumpul dan nipis, sangat bersesuaian dengan kecederaan unik tulang rusuk kiri patah secara menegak,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata selepas melihat corak kecederaan dialami mangsa, tidak mungkin mangsa tersepit sebab ia akan menyebabkan kecederaan lebih parah.
Beliau juga berkata tiada apa-apa kecederaan yang menunjukkan kecederaan bercorak tangkisan atau akibat mempertahankan diri dilihat pada kedua-dua tangan dan kaki mangsa.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di IJN pada 17 Disember lepas. Prosiding di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner bersambung minggu hadapan. – Bernama
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Kali pertama lihat tulang rusuk patah menegak lurus – Pakar Forensik Inkues Adib appeared first on Malaysian Review.


sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/03/malaysia-kali-pertama-lihat-tulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Forensik 4 Tulang Rusuk Adib Patah

Forensik 4 Tulang Rusuk Adib Patah

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 222 hits
Seorang pakar perubatan forensik memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini bahawa tulang rusuk keempat dan kelima Muhammad Adib Mohd Kassim yang patah telah menusuk ke dalam paru paru sebelah kanan anggota bomba berkenaan Loading func...
Malaysia Dr Hafizam Dicaci Sedih Bila Kenyataan Cik Miera Dibacakan Dalam Inkues Adib

Malaysia Dr Hafizam Dicaci Sedih Bila Kenyataan Cik Miera Dibacakan Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 474 hits
Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur menyatakan rasa sedihnya selepas membaca hantaran komen pemilik akaun Facebook bernama Cik Miera berhubung keterangannya dalam prosiding Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim Sedih saya kata Dr...
Malaysia Cik Miera Buat U Turn Minta Maaf Di Inkues Adib Mahkamah Koroner

Malaysia Cik Miera Buat U Turn Minta Maaf Di Inkues Adib Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 356 hits
PEMILIK akaun Facebook dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua pihak atas catatannya di laman sosial itu berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen Foto Sairien Nafis Saya terl...
Kematian Adib Mungkin Akibat Kemalangan Pakar Forensik

Kematian Adib Mungkin Akibat Kemalangan Pakar Forensik

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 304 hits
Kematian Adib mungkin akibat kemalangan Pakar forensikPosted By on March 23 2019Pakar forensik memberitahu mahkamah koroner hari ini bahawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan dilanggar pintu kenderaan di bahagian belakan...
Nutrition Pro Kedai Protein Supplement Bodybuilding Paling Murah Di Malaysia Pengalaman Aku Kali Pertama Ke Sana

Nutrition Pro Kedai Protein Supplement Bodybuilding Paling Murah Di Malaysia Pengalaman Aku Kali Pertama Ke Sana

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1146 hits
Sejak setahun dua ini populariti untuk golongan lelaki men sado kan diri semakin meningkat naik Kalau dulu kelibat abang abang sado sukar untuk dijumpai dan kewujudan gym pun boleh dikira dengan jari biarpun di kawasan kawasan bandar tapi s...
Kecederaan Di Badan Adib Tidak Sepadan Dengan Kesan Dipukul Pakar Forensik

Kecederaan Di Badan Adib Tidak Sepadan Dengan Kesan Dipukul Pakar Forensik

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 229 hits
Saksi pakar memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam corak kecederaan pada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah tidak sepadan dengan kesan dipukul Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata ia berd...
Tiada Kesan Cedera Menunjukkan Adib Ditarik Dari Emrs Kata Pakar Forensik

Tiada Kesan Cedera Menunjukkan Adib Ditarik Dari Emrs Kata Pakar Forensik

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 401 hits
SHAH ALAM Tiada kesan kecederaan atau tanda yang menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ketika rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya...
Kecederaan Adib Disahkan Bukan Sebab Dipukol Ramai Tak Percaya Bila Pakar Forensik Ini Jelaskan Punca Sebenar

Kecederaan Adib Disahkan Bukan Sebab Dipukol Ramai Tak Percaya Bila Pakar Forensik Ini Jelaskan Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 343 hits
Seorang saksi pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat mengesahkan corak kecederaan pada badan arwah Muhammad Adib Mohd Kassim tidak bersepadanan akibat dipuk0l ditendang atau ditumb0k Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bertugas di Ja...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut