12 Tahanan Dibebas Tiada Saksi Lihat Adib Dipukul




POLIS melakukan 12 tangkapan berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Pegawai Penyiasat Kanan Polis, Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata, enam tangkapan pertama termasuk saksi prosiding inkues Nasaruddin Abdullah yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Saksi inkues ke-28 itu berkata, baki enam lagi adalah individu dipercayai terbabit kes pecah bangunan One City, tetapi ditahan semula bagi membantu siasatan kes Muhammad Adib.

Bagaimanapun, semua suspek yang dibebaskan dengan jaminan polis dan bon jaminan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Dalam siasatan, 12 tangkapan ini memang mereka di persekitaran kuil. Hasil rakaman percakapan dan soal siasat... tetapi mereka tidak terbabit dalam kejadian sebab kebanyakannya berada di sebelah kuil.

“Hanya dua suspek berada berdekatan iaitu (yang bernama) Ganesh dan Nasaruddin,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin pada prosiding hari ke-21 inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Shah Alam.

Menjawab soalan lain Faten Hadni, saksi sama berkata, setakat ini, seramai 61 saksi termasuk 21 orang awam sudah memberi keterangan dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada satu saksi pun yang melihat mangsa dipukul, ditendang atau disepak.

“Hanya lihat ada pergerakan (seperti memukul), tetapi tidak lihat sesiapa ada (yang menjadi mangsa)," katanya.

Sementara itu, Lew berkata, polis Bukit Aman ada membuat hebahan dengan menyiarkan gambar 66 individu yang tidak diketahui identitinya bagi membantu siasatan kes Muhammad Adib, rusuhan dan pecah bangunan One City.

“Tetapi buat masa ini, tiada seorang pun yang tampil,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Rabu.

Kredit Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/12-tahanan-dibebas-tiada-saksi-lihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mustahil Dipukul Dan Ditarik Keluar Dari Van Saksi Inkues Adib

Mustahil Dipukul Dan Ditarik Keluar Dari Van Saksi Inkues Adib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 366 hits
Inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim masuk hari ke 17 SHAH ALAM Sangat mustahil kepatahan tulang rusuk pertama hingga ketujuh di bahagian kiri belakang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan oleh hentakan objek atau lebih tep...
Kecederaan Di Badan Adib Tidak Sepadan Dengan Kesan Dipukul Pakar Forensik

Kecederaan Di Badan Adib Tidak Sepadan Dengan Kesan Dipukul Pakar Forensik

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 223 hits
Saksi pakar memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam corak kecederaan pada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah tidak sepadan dengan kesan dipukul Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata ia berd...
Bomba Minta Tidak Perlu Jalankan Bedah Siasat Terhadap Mayat Adib Saksi Ke 28

Bomba Minta Tidak Perlu Jalankan Bedah Siasat Terhadap Mayat Adib Saksi Ke 28

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 571 hits
Saksi ke 28 dalam Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Subang Jaya Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata ada beberapa pegawai bomba memaklumkan tidak perlu menjalankan bedah siasat...
Adib Dipukul Polis Cadang Panggil Kpn Fuzi Harun Jelaskan

Adib Dipukul Polis Cadang Panggil Kpn Fuzi Harun Jelaskan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 411 hits
Pegawai penyiasat kanan Lew Keng Joe mencadangkan agar Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun disapina untuk menjelaskan kenyataan yang mengatakan Muhammad Adib Mohd Kassim diserang ketika kejadian rusuhan di Seafield Sri Maha Mariamman Nov ...
Tiada Kesan Cedera Menunjukkan Adib Ditarik Dari Emrs Kata Pakar Forensik

Tiada Kesan Cedera Menunjukkan Adib Ditarik Dari Emrs Kata Pakar Forensik

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 392 hits
SHAH ALAM Tiada kesan kecederaan atau tanda yang menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ketika rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya...
Kes Adib Selepas Kritikan Kepada Doktor Ini Pendirian Terbaru Jururawat Ijn Cik Miera

Kes Adib Selepas Kritikan Kepada Doktor Ini Pendirian Terbaru Jururawat Ijn Cik Miera

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 808 hits
SHAH ALAM Jururawat Institut Jantung Negara Siti Shafika Amira Mohd Rasani yang membuat kritikan terhadap kenyataan Doktor Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur berhubung kema tian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memberi ketera...
Straight Line Injury On Adib S Back Not By Parang

Straight Line Injury On Adib S Back Not By Parang

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 266 hits
INQUEST The spine of a parang could not have caused the straight line injury seen on the back of fireman Muhammad Adib Mohd Kassim Hospital Kuala Lumpur medical forensic specialist Ahmad Dr Hafizam Hasmi testified today During the 17th day ...
Adib S Ribs Were Broken In A Straight Line Says Pathologist

Adib S Ribs Were Broken In A Straight Line Says Pathologist

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 329 hits
Hospital Kuala Lumpur s Dr Mohd Shah Mahmood SHAH ALAM A forensic pathologist today said he found out that Muhammad Adib Mohd Kassim had suffered seven broken ribs while conducting the post mortem on the late fireman Dr Mohd Shah Mahmood wh...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi