Musim Durian Dah Mula Kutip Durian Gugur Belakang Rumah


Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang RumahAlhamdulillah, pada umur 37 tahun baru merasa perasaan bangun pagi teruja nak kutip durian gugur belakang rumah. 
Kalau ikutkan dah lama arwah abah tanam pokok durian, ada lah beberapa pokok yang survive tapi lambat betul nak tunggu dia berbuah. 
Arwah tanam pokok durian kampung je, itu pon dah sedap. Waktu dulu mana ada kesedaran nak tanam Musang King ke kan? Durian ada lebih dari 10 jenis, itu yang aku tahu lah. 





Walaupun tuan pokok dah tiada di dunia tapi hasil penat lelah arwah dapat dirasai oleh anak cucu. Perasaan gembira tu tak boleh dibayar dengan duit. 
Mungkin sebab aku anak Felda dan aku tiada kampung yang ada dusun buah-buahan. Jadi pengalaman pertama kali kutip durian tu memberi seribu satu makna. 
Simple je tapi itu pun dah cukup buat aku bahagia. Emak kata dari awal pokok durian tu berbunga monyet dah tunjuk muka. 







Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang RumahMemang geram sebab dia jatuhkan semua buah yang muda. Banyak pula tu buah yang gugur sebelum betul-betul masak.  
Ada buah yang gugur elok, ada buah yang monyet tu tebuk. Dia keliru buah tu belum masak agaknya. Itulah namanya rezeki kan? 
Dalam banyak-banyak rezeki Allah beri kepada kita terselit juga rezeki untuk makhluk lain. Lapang dada sajalah.  
Syukur juga hasil dari dua pokok durian belakang rumah emak tidak mengecewakan. Tak banyak macam orang lain tapi cukup untuk 10 adik beradik, menantu dan cucu-cucu merasa. 
Macam biasa emak akan bekukan buah durian yang gugur untuk pastikan isi dia kekal manis. Jadi mana-mana adik beradik yang tak dapat balik kampung akan dapat bahagian durian frozen. 
Itulah hati seorang emak. Selagi semua anak dia tak merasa selagi itu hati dia tak tenang. Mana yang tinggal berdekatan emak kirimkan pada adik beradik yang balik kampung. Korang yang tak ada pokok durian atau memang dari dulu beli durian boleh follow 10 tips sebelum membeli durian. 







Buat Tempoyak Durian SendiriDalam banyak-banyak durian yang gugur bukanlah semua isi dia okay. Mana yang kurang sedap dimakan emak mesti akan kumpulkan jadikan tempoyak. 
Sambal tempoyak memang jadi favourite dari dulu lagi. Hanya tumbuk lada dan gaulkan bersama tempoyak. Makan pula dengan ulam timun memang akan bertambah nasi. 
Ikut cara emak ajar buat tempoyak ialah gaulkan bersama sedikit garam dan peram dalam bekas untuk beberapa hari. Lepas waktu tu dah boleh makan. 





Selain sambal tempoyak boleh juga dimasak dengan Ikan Patin. Terliur pula bila bayangkan Ikan Patin masak Tempoyak. Pedas dan masam. Mengancam. 
Sepanjang aku hidup pernah juga beli Ikan Patin selain dari Ikan Patin Pahang, tapi tekak tak boleh terima. 
Pernah beli Ikan Patin yang dijual di Pasar Tani Taman Melawati tetapi rasa dia sangat mengecewakan. Aku cuci dan basuh dengan tepung sebab nak hilangkan bau hanyir ikan Patin tu. 
Malangnya lepas digoreng masih ada lagi bau hanyir dan bau tanah. Rasanya isi ikan tu yang berbau tanah. Memang tak boleh telan langsung. 
Risau Pisang berbuah dua kali, sejak tu kalau teringin nak makan ikan Patin memang tunggu balik kampung Pahang je. Banyak je gerai orang jual Ikan Patin Sangkar tepi jalan Sungai Temerloh tu. 
Apa pun bersyukur sangat dengan setiap rezeki yang Allah beri untuk kami sekeluarga. Aku doakan rezeki melimpah ruah untuk korang yang membaca entri ni juga. 
Sementara musim durian masih ada, ada rezeki nak kutip buah durian gugur jadi kita enjoy sajalah. Nak makan cendol durian padu boleh makan cendol durian viral dekat Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/06/musim-durian-dah-mula-kutip-durian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
41 Buah Rumah Haram Di Bukit Malut Akhirnya Dirobohkan

41 Buah Rumah Haram Di Bukit Malut Akhirnya Dirobohkan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 272 hits
Langkawi Sebanyak 41 rumah yang dibina secara haram di tanah milik Permodalan Kedah Berhad di Bukit Malut di sini dirobohkan secara berperingkat mulai hari ini Operasi merobohkan struktur itu dilakukan selepas PKB mendapatkan perintah Mahka...
Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40

Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 293 hits
Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2022 anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR MyHome dan rumah transit Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara...
Bukan Karena Covid Sri Lanka Tutup Sekolah Dan Minta Pegawai Kerja Dari Rumah

Bukan Karena Covid Sri Lanka Tutup Sekolah Dan Minta Pegawai Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 267 hits
Buntut dari krisis ekonomi yang melanda Sri Lanka sekolah sekolah ditutup dan para pegawai diminta kerja dari rumah
Tergamak Tinggalkan Jasad Bayi Untuk Hadiri Jemputan Majlis 5 Hari Membusuk Di Rumah

Tergamak Tinggalkan Jasad Bayi Untuk Hadiri Jemputan Majlis 5 Hari Membusuk Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 150 hits
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anak sepenuh hati Malah sebagai ibu bapa kita tak tergamak untuk melihat anak dalam kesakitan di depan mata Namun lain pula ceritanya yang berlaku baru baru ini Menurut Tribunnews mayat bayi lela...
Potret Rumah Arumi Bachsin Yang Bergaya Minimalis Ruang Makannya Estetik

Potret Rumah Arumi Bachsin Yang Bergaya Minimalis Ruang Makannya Estetik

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 132 hits
Setelah memberikan warna baru pada dinding rumahnya Arumi Bachsin pun melakukan home tour Bila semula rumahnya hanya didominasi warna putih kini Arumi lebih berani mengaplikasikan warna terang pada dindingnya Yuk intip beberapa potretnya be...
Macam Tengah Breakup Dengan Boyfriend Eina Azman Seb4k Pembantu Rumah Akhirnya Pulang Ke Indonesia

Macam Tengah Breakup Dengan Boyfriend Eina Azman Seb4k Pembantu Rumah Akhirnya Pulang Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 191 hits
Sebelum ini pelakon Datin Paduka Eina Azman 27 mengakui berasa sedih apabila pembantu rumahnya Megawati bakal menamatkan perkhidmatannya dan pulang ke kampung halaman di Acheh Indonesia Menurut Eina Megawati merupakan pembantu rumah yang te...
Penonton Perasan Aksi Meragukan Song Jihyo Ketika Di Rumah Kim Jongkook

Penonton Perasan Aksi Meragukan Song Jihyo Ketika Di Rumah Kim Jongkook

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 260 hits
Makin membara kisah cinta Song Ji hyo dan Kim Jong kook apabila penonton perasan tingkah laku pelik wanita itu ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Running Man telah berkongsi sedutan episod akan datang di mana kesemua ahli menyerbu rumah Kim Jong koo...
Impak Covid 19 Terhadap Pelaburan Hartanah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

Impak Covid 19 Terhadap Pelaburan Hartanah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 325 hits
Impak COVID 19 Terhadap Pelaburan Hartanah 11 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah Penularan wabak Covid 19 memberi impak yang sangat besar di seluruh dunia Ianya menyaksikan banyak sektor ekonomi negara terjejas dan lumpuh seket...
Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 331 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera selesanya la bila dpt menggeliat setelah seharian dok menaip kat laptop ni few kerja hakiki settle esok sambung menggeliat dlm bilik sorang sorang ok la orang lain tak nampak ha ha ha ha ha sakit kot tula...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025