Murtad Kebebasan Mutlak Bakal Undang Petaka Dr Kamarul Zaman





FORUM ‘Naratif Malaysia Baharu’ di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019 yang dibuka dan ditutup oleh dua pemimpin DAP sebenarnya bukanlah kali pertama menyaksikan wujudnya anjuran mengenai kebebasan mutlak untuk menukar agama.Saranan begini telah pernah dikemukakan oleh peguam-peguam Kamariah Ali di Mahkamah Rayuan dalam kes Kamariah Ali lwn. Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia & Satu Lagi yang diberikan penghakimannya oleh Tun Abdul Hamid Mohamad pada 2 Ogos 2002.Mengikut peguam-peguam Kamariah Ali, kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada seseorang untuk menganuti mana-mana agama, keluar daripada mana-mana agama atau tidak menganuti mana-mana agama.Hujah mereka, kedudukan seseorang di sisi agama terletak kepada apa yang dia sendiri menetapkannya pada sesuatu masa, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya berbuat demikian dan jika ada ia adalah tidak sah dan batal kerana bercanggah dengan Perkara 11.Tegas Tun Abdul Hamid, hujah (mengenai hak mutlak) ini, jika betul, patut juga terpakai bukan sahaja bagi “menganuti” tetapi juga bagi “mengamalkan” kerana Perkara 11 memperuntukkan mengenai kedua-dua “hak menganuti dan mengamalkan agama”.Tambah Tun Abdul Hamid, jika itulah makna Perkara 11 maka bukan sahaja undang-undang yang menetapkan cara untuk seseorang itu memeluk agama Islam dan keluar dari agama Islam tidak sah, malah undang-undang yang menjadikan suatu kesalahan jika seorang Islam itu berzina, berkhalwat, tidak membayar zakat dan lain-lain itu juga semuanya tidak sah.Hujah ini juga digunakan oleh Majlis Peguam, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) dan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Malaysia (MCCBCHS) dalam kes Lina Joy lwn. MAIWP, Kerajaan Malaysia & Ketua Pengarah Pendaftaran Negarayang diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada 30 Mei 2007.Kata mereka, yang bertindak sebagai pemerhati diarah (watching brief), keperluan mengemukakan sijil/perakuan murtad adalah bercanggah dengan Perkara 11 kerana tiada siapa atau apa pun boleh menghalang seseorang itu dari membuat sesukanya dalam pemilihan agama atau keluar dari mana-mana agama dan jika ada ia adalah tidak sah dan batal. Dalam penghakiman beliau, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim memetik kata-kata Tun Abdul Hamid dalam kes Kamariah Ali dan memutuskan bahawa keperluan mengemukakan sijil/perakuan murtad adalah tidak bercanggah dengan Perkara 11 kerana seseorang yang mahu keluar dari agama Islam hendaklah mematuhi cara keluar dari agama Islam.Di sebalik keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ini, suara-suara yang menuntut supaya rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, diberi kebebasan mutlak untuk menukar agama terus bergema, khususnya dari pemimpin DAP seperti:(1)    Ronnie Liu Tian Khim yang berkata pada 25 Februari 2006: “Kami (DAP) menekankan lagi bahawa wajib wujud kebebasan untuk memasuki dan meninggalkan mana-mana agama selagi mana keputusan itu dibuat oleh individu terbabit secara suka hati. Kepercayaan agama adalah urusan peribadi antara Tuhan dan individu. Tiada jabatan atau pihak berkuasa negara perlu campur tangan dalam urusan ini.”(2)    Teresa Kok yang berkata pada 30 Mei 2007: “Keputusan dalam kes Lina Joy mengecewa dan membimbangkan ramai rakyat Malaysia yang percaya kebebasan beragama adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan sahaja menafikan hak asasinya, tetapi ia juga adalah satu penafian kepada hak orang Islam untuk memilih agama. Adalah menyedihkan bahawa sebahagian masyarakat dinafikan hak untuk menganuti secara bebas mana-mana agama pilihan mereka.”(3)    Lim Kit Siang yang berkata pada 31 Mei 2007: “Kes Lina Joy telah menggoncang keyakinan ke atas jaminan Perlembagaan terhadap kebebasan beragama, ketertinggian Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara dan Kontrak Sosial Merdeka yang mendasari perlembagaan bahawa Malaysia adalah negara sekular.”(4)    Lim Guan Eng yang berkata pada 7 Jun 2007: “Kes Lina Joy adalah pukulan maut ke atas jaminan Perlembagaan terhadap kebebasan beragama, ketertinggian Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara dan Kontrak Sosial Merdeka yang mendasari Perlembagaan bahawa Malaysia adalah negara sekular. Apa makna kebebasan beragama dalam  Perkara 11 jika orang Islam yang mengisytiharkan bahawa mereka mahu keluar dari agama Islam dihukum dengan denda, penjara, penahanan atau ‘pemulihan’?”(5)    Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata pada 11 Jun 2014: “Saya berharap juga orang-orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan dan kalau seseorang itu memang hendak meninggalkan agama itu dan beliau (berusia) lebih daripada 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini”.Oleh itu, tidaklah pelik bila, selepas berlaku perubahan kerajaan, suara-suara yang menuntut supaya rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, diberi kebebasan mutlak untuk menukar agama menjadi semakin kuat dalam forum yang dikaitkan dengan DAP seperti Forum ‘Naratif Malaysia Baharu’ di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019.Ingatlah implikasi kepada kata-kata Tun Abdul Hamid dalam kes Kamariah Ali: Jika kebebasan mutlak begini diberi maka bukan sahaja umat Islam boleh murtad sesukanya malah pada akhirnya umat Islam juga boleh menghujahkan mereka juga mempunyai kebebasan untuk berzina, berkhalwat, tidak membayar zakat dan lain-lain kesalahan agama.Dengan tambahan Datuk Dr Wan Mohd Fauzi Wan Hussein:Kebebasan beragama perlu dibaca dengan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan membenarkan suatu kebebasan yang berlawan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. Pada hari ini bukan sahaja kebebasan beragama yang melampaui Perkara 11 dituntut, bahkan kebebasan untuk tidak beragama. Dalam hal ini, dilihat seolah-olah ada agenda ateism atau humanism bertuhankan hawa nafsu  mempopularkan tuntutan-tuntutan sedemikian.Gerakan atau suara-suara sedemikian pastinya akan akhirnya mengakibatkan  perbuatan yang berlawanan dengan tiga perkara dalam prinsip undang-undang am yang mengawal suatu kebebasan. Jika LGBT dihalalkan, adakah prinsip kesihatan dan moral tidak dilanggar? Jika manusia tidak lagi beragama dan bertuhankan nafsu, adakah akhirnya ini tidak mengundang pencabulan kepada kedaulatan undang-undang?Ahli Parlimen dan Menteri sepatutnya kumpulan paling ke hadapan untuk mempertahankan prinsip kebebasan beragama yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, bukan menjadi jaguh untuk merobek keluhuran Perlembagaan Negara.DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF - HARAKAHDAILY 22/9/2019(Untuk bacaan lanjut mengenai perkara ini boleh baca buku “Jurisprudens Watan: Perlembagaan Persekutuan: Teks, Konteks  Isu-Isu Ketatanegaraan” yang ditulis oleh Datuk Dr Wan Mohd Fauzi Wan Hussein.
Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). 
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
Siri 8: Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
Siri 9: Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...Siri 10: Wanita Saudi Peluk Penyanyi Lelaki Di Konsert Taif...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/09/murtad-kebebasan-mutlak-bakal-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Nobat Komunis Sebagai Hero Makin Mengganas Dr Kamarul Zaman

Usaha Nobat Komunis Sebagai Hero Makin Mengganas Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 251 hits
SEKITAR bulan Ogos dan bulan September setiap tahun sejak kebelakangan ini perbincangan mengenai sejarah kemerdekaan negara sentiasa panas termasuklah usaha untuk mengubah kandungan buku teks sejarah yang digunakan di sekolah sekolah dalam ...
Semua Teknologi Bakal Musnah Saintis Barat Akui Kebenaran Petanda Akhir Zaman

Semua Teknologi Bakal Musnah Saintis Barat Akui Kebenaran Petanda Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 387 hits
Maklum kaum Muslimin menyakini menjelang akhir zaman segala Teknologi yang dibangunkan oleh peradaban manusia yang kita lihat hari ini akan Musnah sama sekali Apa yang menjadi puncanya sehingga diperkatakan nukleur elektrik dan segala macam...
Mengapa Kritik N Islam Pas Bila Bercakap The Kingdom Of God Dr Kamarul Zaman

Mengapa Kritik N Islam Pas Bila Bercakap The Kingdom Of God Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 341 hits
Negara Islam PAS vs K jaan Kristian DAP DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF ADALAH sesuatu yang lumrah bagi pemimpin DAP untuk mengkritik PAS kerana dikatakan berpolitik menggunakan agama khususnya kerana mahu mendirikan negara Islam dan kerana dikatak...
Ke Arah Kristiankan Sejarah M Sia Dr Kamarul Zaman

Ke Arah Kristiankan Sejarah M Sia Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 344 hits
SEBELUM ini saya ingat saranan Dr Tajuddin Rasdi pada forum anjuran Dong Zong di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 5 Ogos 2019 supaya mata pelajaran sejarah distruktur semula dengan memasukkan sejarah Kristian dari mana...
Duel Pelatih Beda Pengalaman Bakal Mewarnai Laga Timnas Indonesia Vs Thailand

Duel Pelatih Beda Pengalaman Bakal Mewarnai Laga Timnas Indonesia Vs Thailand

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 208 hits
Dua pelatih asing akan beradu strategi dalam laga Timnas Indonesia kontra Thailand Timnas Indonesia bersama Simon McMenemy asal Skotlandia sementara Thailand bersama Akira Nishino yang merupakan pelatih asal Jepang
Margot Robbie Bakal Terbitkan Filem Reboot Tank Girl

Margot Robbie Bakal Terbitkan Filem Reboot Tank Girl

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 266 hits
Filem Tank Girl yang diterbitkan pada tahun 1995 bakal dihasilkan semula oleh penerbit yang juga pelakon Margot Robbie menerusi syarikat produksinya LuckyChap Entertainment Berita mengenai penghasilkan semula filem tersebut didedahkan penci...
Penyetopan Audisi Bulu Tangkis Bakal Hambat Suplai Atlet Ke Pbsi

Penyetopan Audisi Bulu Tangkis Bakal Hambat Suplai Atlet Ke Pbsi

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 205 hits
Harusnya bakat anak bisa tersalurkan Tahun depan sudah gak bisa ikut audisi lagi Padahal audisi bisa mengembangkan bakat anak lebih baik kata Luky
50000 Kad Kahwin Percuma Untuk 300 Bakal Pengantin Bertuah Bermula Mac 2017

50000 Kad Kahwin Percuma Untuk 300 Bakal Pengantin Bertuah Bermula Mac 2017

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 247 hits
Kad kahwin merupakan antara item yang wajib bagi majlis perkahwinan dan masih perlu ditikberatkan walaupun pelbagai medium seperti facebook whatsapp wechat twitter atau sebagainya boleh digunakan untuk menjemput para tetamu Kad kahwin juga ...
Smartphone Premium 5g Besutan Motorola Bakal Dirilis

Smartphone Premium 5g Besutan Motorola Bakal Dirilis

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 260 hits
Motorola akan kembali ke pasar premium dengan rencana merilis smartphone 5G Kehadiran smartphone ini akan semakin meramaikan pasar smartphone 5G
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025