Murtabak Raja Hidangan Istimewa Istana
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila bercerita mengenai makanan ni, memang antara topik kegemaran aku. Aku adalah individu yang sanggup travel 3 jam sehala untuk breakfast di lokasi berbeza sebelum musim PKP dan pandemik dahulu. Pernah juga memandu lebih dua jam sehala untuk makan malam. Begitulah seterusnya.
Antara kegembiraan dan kepuasan aku apabila dapat menikmati hidangan yang sedap. Sampai satu tahap, adalah sedikit sukar untuk memuaskan tekak aku ni yang dah merasa pelbagai menu yang lebih lazat.
Sedap di tekak netizen, belum tentu mencapai tahap standard sedap yang aku dah tetapkan, bukan nak kata aku ni bagus, tapi begitulah kesannya bila kita dah mencuba pelbagai jenis masakan dan antara pelbagai tahap kesedapannya. Kecuali memang menu tu menu yang belum pernah aku cuba sebelum ni, aku hanya meletakkan ianya di tahap sedap di tekak aku untuk ketika itu, risau akan bertemu dengan yang lebih sedap.
murtabak raja keluaran dapo rizq versi frozen
Baru-baru ni aku cuba murtabak raja daripada peniaga di instagram yang menyediakan murtabak raja versi frozen. Dah beberapa kali lalu kat susur masa aku, tak boleh tahan nak cuba. Semasa perjalanan pulang daripada hospital Seremban menuju ke Hulu Selangor, aku singgah jap untuk pergi ambil murtabak raja ni.
Dalam perjalanan pulang, sempatlah snap jap gambar tepi jalan sebab kebetulan cuaca sangat berkabus, tapi sebab kalut, hanya beberapa gambar yang aku rasa sesuai untuk digunakan, tak apalah, bukan aku nak buat iklan billboard pun kan.
Murtabak raja yang garing dan padat dengan isi
Keesokan harininya, aku keluarkan sejenak murtabak raja ni daripada ruangan beku peti ais, kemudian aku sekadar masukkan ke dalam air fryer. Aku pun tak tanya dengan penjual, kaedah sebenar untuk goreng murtabak ni. Apapun, hasil daripada proses air fryer amatlah memuaskan.
Bahagian luar murtabak raja ni, rangup dan garing elok, dan didalamnya masih lembut. Memang menarik tektursnya. Rasa pun sedap, setanding dengan murtabak lain yang aku dah pernah rasa, kalau nak kata ini yang paling sedap, buat masa ni, ianya sama sedap dengan murtabak terbaik aku pernah makan. Antara murtabak sedap aku pernah makan, adalah murtabak singapore di Muar. garing dan kelembutan murtabak tu dengan murtabak raja ni, sama tahap.
Bezanya, murtabak singapore tu aku tak boleh nak dapatkan secara sejuk beku, nak kena pergi Muar untuk menikmatinya. Di sini, murtabak raja ni menang lah.
murtabak raja dalam air fryer.
Murtabak raja yang aku beli ni, merupakan resepi turun temurun sejak tahun 80 an lagi. Menjadi hidangan istana, dengan lapisan murtabak yang tebal, ianya telah diwariskan sehingga saat ini. Memang berbaloi-baloi kalau dapat makan murtabak raja ni panas-panas.
Andai ada yang ingin mencuba murtabak raja ni, bolehlah terus ke halaman instagram Dapo Rizq atau pautan Linktree Daporizq untuk membuat tempahan. Ada banyak lagi produk mereka yang lain, tapi aku berminat untuk cuba murtabak raja ni. Recommended untuk beli murtabak raja daging, memang sedap. Kena goreng sampai jadi macam dalam gambar aku kata atas ni. hahaha.
Okaylah, selamat mencuba.
The post Murtabak raja – hidangan istimewa istana first appeared on Eizil.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/murtabak-raja-hidangan-istimewa-istana/