Murid Trauma Jadi Mangsa Buli Hingga Kemurungan Cederakan Diri Kosmo 23 09 2025


 

KUALA LUMPUR – Seorang murid perempuan berusia 14 tahun didakwa mengalami tekanan emosi serius termasuk menunjukkan kecenderungan membunuh diri selepas berulang kali menjadi mangsa buli di sebuah sekolah menengah di Hulu Langat, Selangor.
Menurut ibunya, Nurul Afeeza Mohd Tarmedi, 31, anaknya pernah beberapa kali menceritakan kejadian dibuli sejak berpindah ke sekolah itu iaitu pada Julai lalu, namun masalah tersebut tidak pernah selesai walaupun aduan telah dibuat kepada pihak sekolah.
Suri rumah itu berkata, anaknya dibuli oleh beberapa pelajar sama seawal hari kedua memasuki sekolah tersebut selepas anaknya berpindah dari sebuah sekolah di Kedah.
“Dia beritahu saya pernah diejek serta dipulaukan oleh beberapa rakan. Saya sudah maklumkan kepada guru disiplin, tetapi kes ini tetap berulang.
“Kemuncaknya berlaku pada Jumaat, 12 September lalu sebelum cuti sekolah, apabila dia sekali lagi diejek dan diganggu. Saya mula perasan keadaannya semakin teruk apabila dia duduk terperap dalam bilik dan melukis gambar pelik-pelik,” katanya ketika sidang akhbar di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Tambah Nurul Afeeza, lukisan anaknya termasuk imej gelap dan simbol tekanan yang memberi isyarat kemurungan, malah ada yang menggambarkan idea untuk menamatkan hidup.
“Saya terkejut bila dia tulis ‘saya stress, penat dan serabut’. Dia mengaku rasa berserabut kerana hari-hari kena ejek dan dipulaukan. Saya tak sangka buli ini sampai tahap anak saya nak cederakan diri.
“Tapi, perkara ini tidak terhenti di situ apabila anak saya seorang lagi memaklumkan kepada saya bahawa anak saya ini telah menoreh tangannya dan bila saya periksa memang ada beberapa kesan torehan di pergelangan tangan kiri,” katanya.
Katanya, pihak PPIM telah membantu remaja tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan pakar psikaiatri dan pemeriksaan mendapati murid terbabit menunjukkan skor emosi yang sangat tinggi serta simptom kemurungan berisiko ke arah cubaan bunuh diri tahap satu.
Panel Penasihat PPIM, Prof Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah memaklumkan, pakar turut mengesahkan mangsa berdepan buli secara berterusan, termasuk ejekan verbal, fitnah, dan pengasingan sosial yang memberi kesan mendalam kepada mentalnya.
Sementara itu, turut mengalami nasib sama ialah pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Mantin, Negeri Sembilan yang turut menjadi mangsa buli hingga menyebabkan dia berasa takut untuk hadir ke sekolah.
Kakak mangsa, Siti Wan Norasyirah, 24, berkata, adiknya mengalami trauma teruk selepas menjadi mangsa buli sehingga dipukul dengan botol kaca di muka serta ditarik tudung.
“Kejadian berlaku pada 20 Ogos lalu ketika waktu rehat kokurikulum selepas berlaku perselisihan faham kecil.
“Pembuli menuduh adik saya cuba merampas kawan dan teman lelakinya. Disebabkan hal remeh itu, adik saya ditendang di bahagian belakang, tudungnya ditarik sampai nampak rambut dan leher, sebelum wajahnya dipukul menggunakan botol air kaca,” katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, pihak sekolah hanya menyelesaikan kes tersebut di bilik kaunseling dengan meminta pembuli memohon maaf, tanpa memaklumkan kepada ibu bapa atau pengetua sekolah berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Artikel oleh: Kosmo
MURID TRAUMA JADI MANGSA BULI HINGGA KEMURUNGAN, CEDERAKAN DIRI

https://www.kosmo.com.my/2025/09/23/murid-trauma-jadi-mangsa-buli-hingga-kemurungan-cederakan-diri/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/09/murid-trauma-jadi-mangsa-buli-hingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 840 hits
SEBERANG PERAI Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan segera berhubung kes buli melibatkan mangsa seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Hulu Langat Selangor yang didakwa mengalami tekanan emosi serius termasuk menunj...
Ppim Tubuh Anti Bully Center Tawar Sokongan Mangsa Buli Kosmo 23 09 2025

Ppim Tubuh Anti Bully Center Tawar Sokongan Mangsa Buli Kosmo 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1881 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengumumkan penubuhan Anti Bully Center sebagai pusat sokongan komuniti bagi menangani kes buli yang semakin membimbangkan di sekolah Presidennya Datuk Nadzim Johan berkata pusat tersebut akan ...
Bantuan Wang Ihsan Hingga Rm10 000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah

Bantuan Wang Ihsan Hingga Rm10 000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3131 hits
Bantuan Wang Ihsan Hingga RM10 000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah KOTA KINABALU 15 Sept Bantuan Wang Ihsan antara RM1 000 hingga RM10 000 akan disalurkan kepada mangsa bencana di Sabah bagi meringankan beban yang ditanggung ketika ini Jawata...
Ppim Desak Perketat Garis Panduan Tangani Buli Berita Harian 23 09 2025

Ppim Desak Perketat Garis Panduan Tangani Buli Berita Harian 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1551 hits
KUALA LUMPUR Garis panduan menangani kes buli mesti diperketat dengan budaya itu mesti diharamkan sepenuhnya daripada berlaku di sekolah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata walaupun ada garis panduan p...
Buli Mesti Ditegah Sepenuhnya Di Sekolah Ppim Harian Metro 23 09 2025

Buli Mesti Ditegah Sepenuhnya Di Sekolah Ppim Harian Metro 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 2253 hits
Kuala Lumpur Garis panduan buli mesti diperketat dengan budaya itu mesti diharamkan sepenuhnya daripada berlaku di sekolah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata walaupun ada garis panduan pengurusan buli...
Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 616 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan kes buli yang semakin berleluasa kini Tambahnya lagi jika tiada sebara...
Kpm Sedang Siasat Kes Buli Pelajar Perempuan Di Hulu Langat Harian Metro 27 09 2025

Kpm Sedang Siasat Kes Buli Pelajar Perempuan Di Hulu Langat Harian Metro 27 09 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 529 hits
Nibong Tebal Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan segera dengan menyiasat aduan membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang didakwa mengalami tekanan emosi serius selepas berulang kali menjadi mangsa buli di sebua...
Pm Perlu Campur Tangan Hentikan Buli Di Sekolah Nadzim Malaysia Gazette 23 09 2025

Pm Perlu Campur Tangan Hentikan Buli Di Sekolah Nadzim Malaysia Gazette 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 805 hits
KUALA LUMPUR Belum pun selesai kematian pelajar tingkatan satu dan pelatih Palapes dipercayai akibat buli kini timbul pula kes sama melibatkan remaja bawah umur di Selangor Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur Oleh kerana perlakuan buli itu did...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Buy Notion Business Best Alternative To Costly Ai Productivity Tools Whatsapp 91 8586875020


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Penting Confident

Nak Branding Nampak Profesional Tempah Design Printing Custom Untuk Semua Produk Anda

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Mangga Kelapa

Reimagining Bread How Keto Dieters Found Their Perfect Slice

Hal Hal Semasa 15 10 25