Munsyideen Rilis Lagu Kembara Hijrah Berkonsep Tilawatil Quran
Berkembangnya nasyid modern tidak membuat grup nasyid Munsyideen terbawa arus perubahan. Tetap mempertahankan nasyid original dalam kemasan modern, Munsyideen merilis lagu terbaru mereka yang berjudul Kembara Hijrah pada hari Rabu 27 November 2019 di Streaming Hub IslamicTunes.
Irama yang biasa digunakan dalam tilawatil Qur”an diterapkan Munsyideen pada lagu terbarunya ini, dikemas secara modern sehingga menghadirkan karakter sendiri bagi Munsyideen.
Para personal kumpulan Munsyideen.
“Lagu Kembara Hijrah berkonsepkan tarannum Bayyati Husaini dan Hijjaz. Di samping kalian didendangkan lagu ni sebagai halwa telinga dalam masa yang sama kita bakal didedahkan dan belajar dengan lagu yang berunsur tarannum dan burdah suara,” kata Muhammad Muzzammil bin Musbah, Pengarah Urusan Munsyideen, saat kami wawancarai melalui akun Whatsapp-nya, Kamis (5/12/2019).
Para personal kumpulan Munsyideen.
Kisah dan Pesanan Lagu Kembara Hijrah dari Munsyideen
Muzzammil juga
mengatakan, “Lagu Kembara Hijrah berkisarkan sirah perjuangan Baginda Nabi
Muhammad SAW, dan kesinambungan perjuangan masa kini. Hijrah sebagai satu
manifestasi cinta menegakkan agama kebenaran, daripada kegelapan kepada cahaya.”
“Ada beberapa pesanan yang ingin kami sampaikan lewat lagu Kembara Hijrah. Hijrah itu perlu niat yang betul. Seperti pengorbanan besar yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW dan sahabat. Hijrah itu juga adalah membawa perubahan yang bagus dan cemerlang, untuk mengajak umat bermuhasabah diri. Hijrah mengajak umat kembali pada ajaran Al – Quran dan Sunnah,” kata Muzzammil, yang juga adalah Studio Ahli kumpulan Munsyideen.
Para personal kumpulan Munsyideen.
Saat ini kumpulan Munsyideen
mempunyai empat anggota; Wan Hakimin, Dai Aiman, Muzzammil, dan Azizul Hakim.
“Umat Islam pada masa kini di ambang fitnah akhir zaman. Dunia mengecam, islamophobia yang melampau. Bahkan kita sendiri berpecah dalam komuniti sendiri. Selain itu, serangan musuh untuk melalaikan anak-anak muda dengan hiburan yang melampau dan tidak halal. Masa kini, dengan ada sosmed seperti facebook, instagram, tik tok, twitter dan sebagainya wajib dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Moga dengan lagu Kembara Hijrah ini mengajak manusia menuju kejayaan dunia dan lebih lagi akhirat,” Kata Muzzammil.
Selain itu Muzzammil juga mengatakan, “Umat muslim dapat kembali meraih kejayaan Islam dengan cara kembali pada ajaran sebenar berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Meraikan kepelbagaian pendapat para ulama’ dan adil-seimbang dalam bermazhab. Hidup kita sebagai duat bukan qudat, menyebarkan kasih sayang bukan menghukum orang,” kata Muzzammil. (*)
The post Munsyideen Rilis Lagu Kembara Hijrah berkonsep Tilawatil Quran appeared first on IslamicTunesNews.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.islamictunesnews.com/munsyideen-rilis-lagu-kembara-hijrah-berkonsep-tilawatil-quran/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=munsyideen-rilis-lagu-kembara-hijrah-berkonsep-tilaw