Mungkinkah Ada Hantu Raya Ambil Wang Bagi Pihak Mahiaddin


 
Sebaik namanya disebut dalam keterangan seorang saksi di mahkamah bahawa dirinya pernah menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd semasa menjadi Menteri Dalam Negeri ketika era pemerintahan PH, Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dengan pantas tampil menafikannya.
Katanya, dakwaan itu adalah palsu kerana beliau tidak pernah menerima sebarang bentuk wang sebagaimana didakwa.
Ini kerana tegas Mahiaddin lagi, ketika itu beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan bercuti selama beberapa bulan.
“Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.
“Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu.
“Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” tambah Ahli Parlimen Pagoh itu lagi.
Mahiaddin juga berkata, semasa sedang bercuti untuk pulih daripada kanser, Tun Mahathir Mohmad adalah pemangku jawatan Menteri Dalam Negeri.
David Tan, saksi daripada Ultra Kirana ketika perbicaraan rasuah Projek Sistem Visa Luar Negara melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah menyebut nama Mahiaddin sebagai antara pemimpin yang pernah menerima wang daripadanya.
Beliau mendakwa, sejumlah RM1.3 juta telah diberikan kepada Muhyiddin secara tunai dalam tiga transaksi iaitu pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.
Begitu pun, kenyataan Mahiaddin bahawa ketika tarikh pemberian wang itu beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan menerima rawatan di hospital dipertikaikan oleh musuh politik utamanya, Najib Razak.
Benar, soal Najib sinis kepada Mahiaddin.
Bagi bayaran pertama berjumlah RM300,000 yang disebut berlaku pada 4 Jun 2018, Najib memetik laporan berita yang mengatakan Mahiaddin melawat Bukit Aman pada hari tersebut.
Bagi bayaran kedua berjumlah RM500,000 yang didakwa berlaku pada 4 Julai 2018, Najib memetik satu lagi laporan berita bahawa Presiden Bersatu itu masih belum menjalani pembedahan pada tarikh tersebut.
Najib seterusnya memetik laporan berita yang melaporkan Mahiaddin telah berjaya menjalani pembedahan pada 12 Julai 2018.
Selain itu, Najib juga memetik satu lagi petikan berita yang melaporkan Mahiaddin keluar hospital pada 7 Ogos 2018 dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada 14 Ogos tahun yang sama.
David Tan dalam keterangannya mendakwa Mahiaddin menerima bayaran ketiga berjumlah RM500,000 lagi pada 23 Ogos 2018.
Melihat kepada butiran yang dilontarkan Najib, ternampak jelas ada kelompongan dalam kenyataan penafian Mahiaddin sebelum itu.
Hakikatnya, berdasarkan petikan berita yang disertakan oleh Najib, sebenarnya Mahiaddin tidak pun berada di hospital ketika itu.
Apabila tidak berada di hospital, bermakna beliau boleh ditemui dan tidak mustahil boleh juga menerima sumbangan wang.
Adakah ini bermakna keterangan David Tan adalah sah dan benar?
Tetapi, jika benar pula Mahiaddin tidak pernah menerima wang tersebut, siapakah yang mengambil wang itu?
Adakah mungkin pihak lain menjadi “hantu raya” yang mendakwa kononnya mewakili atau bagi pihak Mahiaddin dan tanpa pengetahuan beliau telah menerima wang itu daripada Ultra Kirana?
Sekali lagi, kiranya benar beliau tidak pernah mengambil wang itu dan tidak pernah memberi restu sesiapa mewakilinya, Mahiaddin sendiri pada waktu ini tentu sekali ingin tahu siapakah “hantu raya” itu?
Jeng, jeng, jeng….siapakah “hantu raya” itu? – ShahbudinHusin 18/06/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/mungkinkah-ada-hantu-raya-ambil-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Hantu Raya Pergi Perang

Drama Hantu Raya Pergi Perang

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 283 hits
Hantu Raya Pergi Perang drama bersiri eksklusif bersiaran di platform sooka my lakonan Hun Haqeem Sharifah Sakinah Rashidi Ishak dan ramai lagi Drama Hantu Raya Pergi Perang mula bersiaran pada hari Jumaat 24 Jun 2022 di sooka my atau boleh...
Pengeluaran Wang Melalui Mydebit Cash Out Akan Dicaj Rm0 50

Pengeluaran Wang Melalui Mydebit Cash Out Akan Dicaj Rm0 50

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 223 hits
Bermula 1 Julai 2022 pengeluaran wang melalui MyDebit Cash Out akan dikenakan caj sebanyak RM0 50 setiap pengeluaran Bank bank tempatan sudah pun mengeluarkan notis ini seawal beberapa bulan lalu MyDebit Cash Out merujuk pada pengeluaran wa...
15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 297 hits
Pada penghujung September Penutupan semula harga di bawah tahap harga 1 1700 telah memulakan pergerakan menurun ke arah tahap 1 1500 di mana beberapa pemulihan kenaikkan telah diperhatikan Tidak lama selepas itu satu lagi penurunan harga be...
Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 13 14 Jun 2022 Buka Pesanan Membeli Di Atas Tahap 1 2150

Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 13 14 Jun 2022 Buka Pesanan Membeli Di Atas Tahap 1 2150

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 311 hits
Sewaktu awal sesi dagangan Amerika pound British mencapai tahap rendah 1 2159 yang bertepatan dengan tahap rendah pada 13 Mei Kita dapat melihat pembentukan corak Double bottom yang boleh menjadi petanda pemulihan teknikal pada hari hari ak...
Lebih Baik Wang Buat Pru 15 Digunakan Bantu Rakyat Susah Salahuddin

Lebih Baik Wang Buat Pru 15 Digunakan Bantu Rakyat Susah Salahuddin

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 185 hits
agendaily com14 06 2022Datuk Seri Salahuddin Ayub Rakyat kini sedang berdepan kesempitan hidup dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barang yang semakin mahal kata Datuk Seri Salahuddin Ayub Timbalan Presiden Parti Amanah i...
Pasangan Mata Wang Usdjpy Cenderung Untuk Melanjutkan Pertumbuhan Harga 13 Jun 2022

Pasangan Mata Wang Usdjpy Cenderung Untuk Melanjutkan Pertumbuhan Harga 13 Jun 2022

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 278 hits
Merujuk kepada carta 4 Jam pasangan mata wang USD JPY diniagakan di atas indikator Ichimoku kami mempunyai kecenderungan kenaikan harga bahawa harga akan meningkat daripada sokongan pertama kami pada tahap 133 638 di mana sokongan rendah ay...
Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 275 hits
malaysiakini comKES 1MDB Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS 20 juta daripada Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al Saud pada 2011 menurut keterangan pengurus Unit Swift bank perdagangan itu Wedani Senen memberitahu Mahkamah Ting...
Zahid Akan Bantu Selepas Terima Wang Kata Bekas Pengarah Uksb

Zahid Akan Bantu Selepas Terima Wang Kata Bekas Pengarah Uksb

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 318 hits
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berkata Zahid terima sumbangan wang itu antara 2014 dan 2018 Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi akan membantu syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd selepas mendapat bantuan kewangan daripa...
Lelaki Mengaku Tak Salah Guna 100 Keping Wang Usd Palsu

Lelaki Mengaku Tak Salah Guna 100 Keping Wang Usd Palsu

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 214 hits
Tertuduh Sekh Ali Subuhal didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda KUALA LUMPUR Seorang pekerja warung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengguna...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Note 50s 5g 50x 5g Menyertai Siri Infinix Note 50 5g

Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global